Halaman

Sabtu, 1 Oktober 2016

RACE : SULTAN MAHMUD BRIDGE INTERNATIONAL RUN 2016

Tudiaaaaaaaaaaaa excited punyer pasal sampai ke Pantai Timur aku berlari. Apalah yang aku cari nie agaknya. Seperti seorang pengembara pulak. Run kali ini memang aku teruja sangat kerana ini adalah pertama kali aku berlari di bumi GANU KITER. Bak kata pepatah "IBARAT SIRIH PULANG KE GAGANG". Itulah sinonimnya dengan diri aku ini. Aku sampai di KT pon sehari sebelum event.

Oleh kerana esoknya aku akan run di KLCC aku membuat keputusan untuk naik flight sahaja dari KLIA2-KT. Setelah sampai aku pon pergi collect bib di Stadium Tertutup Batu Buruk Kuala Terengganu depan Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu.


Nak kata aku familiar dengan jalan sekitar KT nie tak lah jugak dan waze banyak membantu aku. Untuk penginapan pula, aku check in di sebuah guest house yang betol-betol berhampiran dengan pantai Batu Buruk, syok woooooooo . tak sangka pulak dekat dengan pantai. Petang tu aku tak melepaskan peluang untuk makan kepok lekor, ikan celop tepung dan bersiar-siar di tepian pantai. Nyaman betol suasaanya....... sempat ler jugak aku main air laut. ha ha ha ha ha. Actually pantai nie tidak sesuai untuk mandi kerana pantainya tidak mendatar dan sedikit mencuram. Tapi siyes begitu mendamaikan jiwa duk feeling-feeling and jiwang-jiwang. 

Selepas bermain pantai, aku pon melihat-lihat juga kawasan sekitar flag off esok pagi. Lokasinya amat berhampiran sekali dengan guest house aku tu. Kiranya after subuh gerak terus ler. After dinner layan pantai kejap pastu kena tidur awal sikit. Esok kita run.

Awal pagi after Subuh aku dah gerak dan aku warm- up kejap keliling track depan guest house. Dari jauh aku nampak dah ramai lautan manusia. Entah berapa puluh ribu orang nie. Tapi masa tu gelap gelita lagi. Ada yang datang naik bas bagai. Maybe budak-budak skolah ramai yang joint nie. 

Seperti biasa 12KM menjadi pilihan hati aku lagi untuk kali ini. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Kerana aku pon tak tahu sangat route dia bagaimana. Yang pasti, aku tahu naik jambatan Sultan Mahmud nanti.

Race ini rupanya banyak jugak kategorinya. Pulun betol Kerajaan Negeri buat event. Tapi yang tak bestnyer Full Marathon flag off jam 6.15 pagi Maybe wajib sembahyang subuh dulu kot ha ha ha ha ha. This is GANU KITER ok. Flag off untuk semua kategori bermula di Dataran Pantai Batu Buruk.

KATEGORI

6.15 PAGI : 42 KM FULL MARATHON
  • A International Men Open
  • B International Women Open

6.30 PAGI : 21 KM HALF MARATHON
  • C Malaysian Men Open
  • D Malaysian Women Open
  • E Terengganu Men Closed
  • F Terengganu Women Colsed

6.45 PAGI :12 KM
  • G Malaysian Men Open
  • H Malaysian Women Open
  • J Malaysian Men Veteran Open
  • K Malaysian Women Veteran Open
  • L Terengganu Men Veteran Closed
  • M Terengganu Women Veteran Closed
  • N Malaysian Men University/College Open 
  • P Malaysian Women University-College Open
  • Q Malaysian Secondary School Boys
  • R Malaysian Secondary School Girls

 7 PAGI : 5 KM FUN RUN
  • S Malaysian Primary School Boys
  • T Malaysian Primary School Gilrs

7.15 PAGI : 3 KM FUN RUN & VIP RUN
  •  U Fun Run

Tudiaaaaaaaa banyak jugak kategorinya. Jumlah partcipate untuk tahun 2016 adalah seramai 50219 orang. Tapi untuk 12KM memang ramailer lautan manusia.Mujurlah aku bermula berhampiran dengan starting line jugak. Selepas sahaja flag off memang semua sakan berlari. Seperti dengar hentakan tapak kuda pulak.

Oleh kerana kali ini berlari di Pantai Timur, dan umumnya matahari akan terbit awal dari yang di jangka. Memang teriklah jugak. Tapi apa yang kurang berkenannnya tentang route untuk 12KM ini adalah, secara umumnya tidak semua akan berlari dan pasti akan ada yang berjalan. Oleh kerana banyak sangat kategori untuk 12KM ini, runner-runner yang sudah buat U-TURN dari jambatan Sultan Mahmud akan bertembung dengan runner yang baru nak memasuki Jambatan Sultan Mahmud. Mungkin di masa hadapan organizer lebih peka route ini. Mungkin jugak perlu di lepaskan secara berperingkat-peringkat. Sekadar pandangan peribadi sahaja.

Sepanjang route ini dapat merasai kemeriahan sokongan daripada penduduk tempatan yang duduk di tepi jalan. Ini kan run international. Pasti penduduk tempatan tak nak melepaskan peluang.

Syukur alhamdulillah aku berjaya menghabiskan larian 12KM ini di Negeri Terengganu untuk julung kalinya. Untuk rekod masa tu tak lah membanggakan sangat. Tak kuat "kederat" doh nok pulun.

Dah abis collect medal bagai pergi cari tempat untuk rest kejap. Memang ramai ler jugak ummat manusia di sini. Meriah macam fun fair ler pulak. Seperti biasa aku stay untill end event yerlah nok jugok tengok MB Ganu Kiter secara live, ha ha ha ha ha.


After dah habis event balik guest house kerana perlu check out before 12pm. Semalam dah abih bodek nak check out lambat sikit taknyerdi baginyer. So after check out baru pergi lunch.
 

Petang nie balik KL dah. bila mikir tak ada apa yang nak buat aku pun terus sahaja ke Sultan Mahmud airport. Duk lepak-lepak saner. Esok kita run at KLCC pulak 5KM jew fun run. Jumpa esok pulak. Anyway thank you Allah di atas segala nikmat dan rezekimu. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...