Halaman

Selasa, 19 Mei 2015

Track and Trace Parcel Pos Laju

Kali nie aku nak kongsi sikit bagaimana nak trace parcel poslaju apabila kita dah beli barang  melalui online. Caranya mudah sahaja semudah A B C,

1. Kepada semua penggua smartphone, sila install dulu. Caranya mudah sahaja pergi ke PLAY STRORE, dan taip POS LAJU  dan sila install POS MALAYSIA TRACK and Trace di telefon anda.


2. Bila dah install, select  TRACK and TRACE.


3. Masukkan TRACKING NUMBER dalam petak tersebut. Bagaimana nak dapatkan tracking number ini? Sebelum atau selepas pengirim pos barang kepada kita, kita akan diberikan tracking number untuk tujuan rekod. Pastikan tracking nombor yang berikan itu adalah betul dan tepat dan pengirim telah pon pos barang di mana-mana pejabat pos atau pusat pos laju.


4. Tunggu beberapa saat untuk mendapatkan rekod track and trace anda. Selepas beberapa saat, anda akan dapat lihat sendiri status parcel anda di mana ianya berada. Perlu di ingat, Track and Trace parcel ini boleh dilakukan selepas 12 jam selepas pengirim poskan barang anda.



5. Jika ada sebarang masalah tentang parcel, sila hubungi talian bebas tol Pos Malaysia 1300 300 300 untuk tujuan semakan. Pastikan juga dapatkan no telefon Pusat Pos Laju yang berhampiran melalui alamat anda untuk memudahkan membuat semakan sekiranya ada sebarang masalah parcel nanti.  

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda semua.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...