Halaman

Isnin, 2 Februari 2015

Mesin Jahit Lurus Industri, Juki DDL 8100 E

Alhamdulillah angan-angan yang selama ini dah menjadi kenyataan. Syukur alhamdulillah. Thank you Allah di atas rezekiMu. Inilah dia mesin jahit yang aku duk verangan slama nie. Besar gedabak kan. Mesin ini untuk jahit lurus sahaja. Contohnya mcm nak jahit baju tuuuuuu. Langsir pon buleh gak nak jait. Harga asal RM1600.00. Best price yang aku dapat RM1549.00. Harga pon dah mampu milik bagi aku. Untuk model ini ianya di datangkan sekali dengan meja, serta roda.

Mesin Jahit Juki DDL 8100 E
Mula-mulanya memang aku mmg nekad nak beli at LSN jew. Time promosi last month mmg aku pon dah pergi sana. Aku memang dah excited nak beli mesin nie. Pastu aku duk tanyer-tanyer sikit at staff mereka. Amat mengecewakan aku, mesin nie kena add delivery charge pastu takder pon bagi free a few tapak jahit. Puas aku duk mujuk. Smua wat muka kekwat.

Kiranya lama gak ler aku duk lepak dalam saner sambil duk mikir plan B. Yang amat mendukacitakan aku adalah kenapa posternyer terpampang FREE DELIVERY. Memang aku argue secara berhemat dengan staff mereka. Lepas tu juga aku pon amat kecewa gak kerana xdpt pon apew-apew free. Mujurlah fikiran aku time tu ligat berfikir. Takpasal-pasal plan B aku menjadi. So aku pon meninggalkan LSN yang sebelom ini menjadi pojaan hatikuuuuuuu.

Lantas aku trus deal dengan owner Syarikat D Awana Multitrade iaitu Pn Ida. Memang rezeki Pn Ida sgt coz LSN dah kekwat ngn aku kan. Cambiasa aku pon tanyer apew yang patut. Apa yang aku terujanya jika aku serius, esoknya dier akn hantar trus mesin tu FREE DELIVERY. Jika aku beli dengan LSN, kena tunggu seminggu okeyyyyyy.

Mak oiiiiiiii saper tak suka kan. Memang suka sangat dengan service dier. Dah buat deposit, esoknya terus sampai. Time hantar tu suami Pn ida yang settlekan. Apa yang bestnyer, rupanya kedai Pn Ida nie dekat jew dengan rumah aku. So if anything problem about this machine aq tak der masalah kot.

Aku juga buat penambahan tuk beli SERVO MOTOR yang mana akan menjimatkan tenaga elektri serta tak bunyi bising sangat time on machine nie.

Servo Motor
Jika customer buat penambahan Servo Motor ini, suis on & off dier pon sedikit berbeza. Jika machnie anda tidak ada buat penambahan servo motor akan ada dua suis, satu suis on dan satu suis off.
Contoh suis tanpa servo motor
Tetapi jika anda membuat penambahan servo motor hanya ada satu sahaja suis on & off. Tentang harga pula sedikit murah berbanding LSN.

Contoh suis dengan servo motor
Tentang warrantynya pula memang SETAHUN dan hanya buleh panggil technican datang kerumah MAXIMA TIGA KALI SAHAJA dalam setahun.

Actually aku bukan nak kutuk kaw-kaw LSN tapi aku amat sedikit dukacita dengan promosinya. Posternyer sedikit berbeza. Aku minta maaf kepada peminat tegar LSN. Bagi aku untuk pemilihan mesin  nie ader pro & contra dari Syarikat A or Syarikat B. Jadi sebagai pengguna aku juga berhak mendapat yang terbaik untuk diri aku.

Akhir sekali terima kasih banyak-banyak kepada kekawan yang turut berkongsi idea sebelum aku membuat keputusan memiliki sebuan mesin jahit jenama Juki. 

7 ulasan:

Unknown berkata...

perkongsian yang baik. terima kasih.
tengah cari mesin jahit lurus gak. hehe
lepas pasang motor servo ok x?
yang palin pelahan speed dia berapa pelahan ek.

tq in advance

chairuddin berkata...

Kalau harga second berapa?

Mak iti berkata...

Brp Harga skrg

Unknown berkata...

Berapa harga

Unknown berkata...

Salam sy nak jual mesin jahit high speek juki..lama dh beli plan nak mejahit..x guna sgt..

Unknown berkata...

Sy ada mesin jahit high speek juki..nak jual x guna sgt..rm1000

Tn syed berkata...

Try pm sy..clutch motor atau servo ya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...