Halaman

Sabtu, 10 Januari 2015

Buka Current Account Maybank secara Online

Salam sejahtera semua. hari nie aku nak share camner aku buka akaun semasa (Current Account) d Maybank melalui ONLINE tanpa bawa INTRODUCER.

Sebenarnya dah banyak kali aku duk mikir camner nak buka akaun nie. Dalam masa yang sama juga duk mikir juga nak buka account nie di Maybank atau CIMB. Memandangkan aku dah ada saving account di Maybank, jadi Maybank menjadi pilihan hatikuuuuuu.

Syarat-syarat dier pon xder ler cerewet sgt, tp tang INTRODUCER tu maner pulak aku nak cekau nyer. Atas dasar untuk men'struktur'kan kewangan aku (ayat skema sgtttt), so aku pon buka lah account nie. Bukan nak habaq aku nie banyak duit taw.

Nak buka current account nie ada 2 cara :

1. Mohon melalui online.

2. Walk in sendiri mana-mana branch Maybank bersama-sama dengan introducer.( pastikan dah register nama syarikat at SSM)

Untuk tidak memeningkan kepala aku, jadi aku memilih untuk buka akaun nie secara online. Macam sulit sikit nak cari tang introducer tu. Lagipon aku nak registerkan atas nama aku sendiri.

Pada 19 Dec 2014 yang lalu, aku telah momohon untuk membuka akaun nie secara online. Memang mudah sekali caranya.


1. Pastikan ada akaun Maybank yerk. Log in cam biasa.


2. Click pada "APPLY ONLINE"


3. Account type pilih "PERSONAL CURRENT ACCOUNT"
    Product type pilih "MAYBANK2U PREMIER"


4. Masukkan semua data dalam nie. Pilih branch mana nak nak collect nanti. Aku pilih Negeri Selangor dan branch nak collect nanti Taman Putra Ampang. Semasa key in data, aku masukkan alamat surat menyurat kat kampung walaupon aku nak collect nanti di Selangor. Nanti masa pergi collect, bank officer akan minta alamat yang sekarang. So tidak ada masalah untuk kes nie. Asalkan tahu diman lokasi branch yang nak collect nanti. Jika nak req BUKU CEK pon buleh jika tak nak pon buleh juga. So aku pilih beserta dengan buku cek.


5. Dah submit form, sila PRINT out. Time nak collect tunjukkan slip nie. Sila simpan elok-elok. Perhatikan betul-betul form tersebut  kerana RM7.50 sudah pon dicaj. Jangan lupa g cari no.telefon branch sekarang untuk kol nanti setelah 3 hari bekerja.



















6. Selepas 3 hari bekerja aku dah boleh nak  call branch Taman Putra Ampang Selangor untuk collect buku cek dan ambil no account yang baru. Memandangkan aku sibuk,  jadi aku pon terlupa, dah tu lepas Krismas baru aku teringat nak call. Bank akan simpan buku cek dalam masa sebulan sahaja, selepas itu akan dilupuskan dan jika berminat lagi nak buka currect account tu kena apply baru. ader fahammmmm.

7. Jadi untuk kes aku nie aku cuma bz sikit. Awal tahun 2015 baru aku gi collect jumpa ngn officer bank Pn. Siti. P kaunter kater nak collect buku cek. Pastu tunggu jap kena Q dulu. Bila dah jumpa Pn. Siti, kena isi form dulu. Terketar-ketar jugak isi form  nerves..... bila dah siap smua bagai ader kena sign-sign sikit. 

8. Semasa Pn Siti duk enter data aku bagai, aku pon ader req tuk minta "LINK" kan sekali ngn saving account aku yang sekarang nie. Maksudnya jika req untuk link, hanya guna satu BANK CARD sahaja. Dan nak semak account pon senang kan.

9. Bila Pn. Siti dah bagi no account baru untuk current account, aku dikehendaki untuk memasukkan deposit dalam new account aku tu. Minumum RM 500. So sila tunjukkkan tahap ke'seriou'san anda di sini kepada pihak bank. Ingat....bank akan melayan orang yang berduit sahaja dalam accout.  Aku pon pergi dekat ATM tuk wat transfer at new account. 

10. Dah siap tranfer ambil resit tu dan bagi at Pn. Siti.

11. Sebelum Pn. Siti bagi buku cek, dia akan interview dulu kita untuk apa buka account nie?. Hu hu hu..... cambiasa Pn. Siti pon ader promoto ASB bagai. (act aku dah ready, coz aq taw mmg ader soklan-soklan camnie) So aku pon berceritalah secara jujurnya and xderlah havoc sgt pon.

12. Dah siap sesi soal jawab, so dapatlah buku cek. Yahoooooo girangnya hati ini. Alhamdulillah. Terima Kasih Pn. Siti.

 
13. Bila dah ada new account, pastkan aliran tunai juga kena aktif juga. InsyaAllah.....



Salah satu kelebihan memohon currect account ini adalah boleh diguna pakai sebagai dokument sokongan jika suatu hari nanti nak beli rumah. So rancanglah masa depan anda sekarang sama ada gemiling atau sebaliknya.
Terima kasih.

72 ulasan:

Unknown berkata...

Maaf, tumpang tanya..kalau nk buka current acc atas nama company, boleh register online ke?

Zahabuddin zakaria zek berkata...

Maaf lambat reply. Untuk makluman jika buka acc atas nama company, kita kena walk in sendiri di outlet Maybank beserta dengan sijil SSM (dah daftar nama syarikat) serta bawa seorang introducer.

ezurul berkata...

hai salam.. perlu ke bawak seorang introducer?
bukan just amek maklumat sahaja n cop..
boleh terangkan? terima kasih..

Azura berkata...

Salam. Kita x perlu bawa introducer. Cuma ambil maklumat dan sign dari introducer je (kalau introducer pemegang current akaun personal) atau cop company (kalau introducer pemegang current akaun comp). Introducer mesti ada current akaun at least setahun. Kalau nak buka current akaun comp, kena walk in dan kena isi borang (sediakan cop comp dulu dan borang pendaftaran SSM). Setiap branch, borang berbeza.

girl berkata...

Lepas 3 hari bkerja tu terus g branch atau kna call dulu?? Klu kita reg ari selasa, hari jumaat tu dah boleh ambil ke??

Unknown berkata...

Nak buka current Acc company rm500 jugak ke utk 1st trnsaksi? Dgr kata ada yg ckp 2k..mana yg betul?

Harunizal berkata...

Ya dengar2 pun mcm 2k la..

Harunizal berkata...

Ya dengar2 pun mcm 2k la..

Unknown berkata...

salam.. saya ada apply 2hari lepas, dan bila saya pergi ke maybank, staff tu kata xblh buat, mgkin kah sbb dia tanya saya nak buat ape, saya ckp sy ada buat bisnes online, jd dia xdpt nak aktif kan account saya sbb sy ada buat bisnes.. kalau nak buat pon kena ada introducer jgk.. apa yg perlu saya jwb bila staff tanya nak buat ape apply personal currcurrent account?

Unknown berkata...

salam.. saya ada apply 2hari lepas, dan bila saya pergi ke maybank, staff tu kata xblh buat, mgkin kah sbb dia tanya saya nak buat ape, saya ckp sy ada buat bisnes online, jd dia xdpt nak aktif kan account saya sbb sy ada buat bisnes.. kalau nak buat pon kena ada introducer jgk.. apa yg perlu saya jwb bila staff tanya nak buat ape apply personal currcurrent account?

wantrader82 berkata...

Untuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer....tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 93 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 3 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq

wantrader82 berkata...

Sila lawati blog saya untuk maklumat lanjut ttg current account.tq

http://kaya-knowledge.blogspot.my

BLUEDIANTHUS berkata...

Terima kasih di atas maklumat ini.

Sila lawati blog saya Bluedianthus.com

Terima kasih. :)

Unknown berkata...

2008-buka akaun Personal Current Account Maybank, 2009-Basic Current Account RHB, 2012-AmStar Extreme Ambank, 2013-Hybrid Account Alliance Bank. Tapi 2014 dah tutup akaun semasa ambank. Tinggal 3 buku cek personal. Sebenarnya simpan buku cek ni leceh, sebab kalau balance kurang RM1000, ditolak RM10 setiap 6 bulan dan yuran kad RM8-RM12. Sebaiknya buat instant transfer lagi mudah. Klik je terus duit masuk walaupun bank penerima lain. Ada je bank yang boleh bagi free of charge untuk instant transfer dan meps free :)

Unknown berkata...

salam.nak tanya kalau buka current akaun online ni tapi nak letak nama syarikat boleh ke?bukan nama personal.

Tanpa Nama berkata...

Salam blh ke sy whatsapp awak. .pasal introducer????

Tanpa Nama berkata...

Salam blh ke sy whatsapp awak. .pasal introducer????

ZIETA berkata...

Wslm..
Untuk nama company kena apply current account for babes..X boleh isi online..kena direct ke cawangan maybank..hanya prsonal current account sahaja boleh isi online..

MattJatt berkata...

Klau nk bukak current acc personal kena ada SSM jugak ke?

MattJatt berkata...

Klau nk bukak current acc personal kena ada SSM jugak ke?

Wan berkata...

Untuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer....tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 100 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 4 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq

Wan berkata...

Untuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer....tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 100 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 4 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq

Aretie berkata...

Dua ribu

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) berkata...

Salam. Tahniah tuan di atas perkongsian yang bermanfaat. Jika perlukan bantuan sebagai introducer Current Account Maybank atau CIMB Bank boleh whatsapp saya 013-9790000.

Unknown berkata...

Kalau kita buka akaun ni, maksudnya, kita akan dua atm kad ke? Kalau yang link kan dengan saving account tu, boleh terangkan detail tak? Maksudnya nanti, kalau nak keluar duit kat atm, akan ada keluar pilihan ke, antara savinf & current?

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya nk tanya kalau buka kad maybank dan maybank2u untuk oku kecacatan fiZikal nak buka untuk perniagaan borang apa sahaja yang akan di perlukan?

Me is Cinonet berkata...

Salam... tadi saya ke maybank utk buat current acc tapi xdpt... saya baru je berniat nak buka acc tu sbb saya baru nak start buat bisnes online... hmm...

Unknown berkata...

Assalamualaikum.saya kena buat projek digital entrepreneurship untuk sem ini dan diminta untuk buat current acount untuk memudahkan urusan transaksi.saya ingin tahu apa maksud introducer tu sebenarnya. Minta dijelaskan dalam bahasa yang mudah difahami sebab saya kena mula buka akaun semasa dalam minggu ni jika hendak lulus dalam subjek ini

laman sembang berkata...

kamus je.hehe.

azam berkata...

Ada yg sudi x jadi introducer maybank untuk buka akaun company

azam berkata...

Kalau ada whatapps saya di 0143492584 semoga ada hamba Allah yg sudi

Unknown berkata...

Assalamualaikum nak tanya, wajib ka ada syarikat bru boleh buka acc sendiri?

Unknown berkata...

Salam sis, boleh share tak, apa alasan maybank tak bolehkan sis buka current acc? Saya pun baru berniat nak buka current acc maybank.

Unknown berkata...

Salam sis, boleh share tak, apa alasan maybank tak bolehkan sis buka current acc? Saya pun baru berniat nak buka current acc maybank.

Tanak Kampung berkata...

untuk apply online, paling kurang RM500. maksudnya duit korang dlm akaun kena ada lebih daripada RM500. sbb masa korg apply online, bank akan minta korang masukkan amount at least RM500. Lepas tu korang boleh tggu panggilan daripada branch yg korg pilih. atau boleh update sendiri terus ke cawangan tu. urusan cawangan, cuma ikut apa yang pegawai bank arahkan nti. kadang tak sama.

ZIETA berkata...

X perlu ssm utk persendirian.. Mcm saye buka prsonal current akaun buka di Bank rakyat rm500..

Dan akaun company di maybank rm2000

Pondok Nurul Iman berkata...

Kadang kalau kita ada masalah dgn ctos pon x boleh nak bukak current acct utk company...

Unknown berkata...

Kalau nak buka acc syarikat maybank tapi x ada acc dgn maybank boleh bukak tak? Ssm company ada

NEYSA berkata...

Salam...nak tye...blh ke kalau saya nak bukak akaun semasa lbh dari dua?mksd saya nak bukak 2 akaun semasa selain dari akaun semasa yang sedia ada

Tsu Feiya berkata...

Salam encik.. ada sebarang caj ke untuk urusan encik jadi introducer

ilyana bustamam berkata...

assalamualaikum.. jika company dh dftar ssm, boleh ke statement biz tu nnt guna akaun psendirian? samada semasa atau simpanan..

Unknown berkata...

Salam..kalau blacklist boleh apply currnt acc utk syarikat ke

Yati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Syasyafaez berkata...

Salam..nk tanya..kalau buka current account company depo rm500 jugak ke?? Personal current acc rm500 then current acc company brapa pulak ye?

Unknown berkata...

Tak... Utk current acc company xde kad tp bank akan bagi no kad. Mostly transaction pakai cheque or online. Better guna online m2u transfer ke akaun saving or mana2 akaun sebb cheques ada fees so agak rugi. Dan akaun saving dgn current acc company berbeza. M2u skrg boleh masukkan 2 atau lebih id. Jd dah mudah.

Unknown berkata...

Saya buat 2016 current acc company depo rm1k dan introducer

Unknown berkata...

Ye sy pun nak tau jugak

Unknown berkata...

salam.nk tanya klu kita ada bt pelaburan trade(forex)boleh bt ke.sy dah register maybank2 premier ni secara online.da dpt akaun br cuma x transfer rm500 lg

Unknown berkata...

Kalau apply current account thru online ni tkkena daftar lhdn ke? Mohon penjelasan please

Unknown berkata...

salam..sy dh buka current acc dgn mybnk.ats nama company..memang dia tak bg kad atm ke? mcmn pula sy nk buat apa2 bayaran yg biasa sy buat sblm ni dgn key in 12 digit dgn
3 digit nombor blkg kad tu ye?

Unknown berkata...

personal current account online premier maybank bole guna untk bisness online tak?

Unknown berkata...

Yup, just amk makkumat acct dan sign shaja.

Yati berkata...

Assalammualaikum sesiapa berminat mncari introducer boleh pm sy di 0136544769

Unknown berkata...

Boleh tanya kalau nak Loan Bank perlu ke nak buka current account

eidarindu berkata...

salam tuan nk tanya sy ada buat personal loan sdh lulus tp syarikat yg sy buat pinjaman tu nk 500 utk buka current akaun mybank tp sy xda wang sebanyak tu. jika sy ada 500 loan 5k sy serta merta dpt skejap tu dgn 500 tu.adakah ni mmg betul atau sy ditipu. sbb risau dh mauk 500 loan xdpt.smpai skg sy xbuat lg sbb takot trtipu

hudahayder berkata...

Ada charge ke utk introducer? Sbb sy mmg tgh me cari introducer

Unknown berkata...

Personal current account premier blh guna untuk perniagaan kedai runcit tak?

Unknown berkata...

kalau nak buka account company tapi daftar ssm letak alamat rumah takpa ka?

MIEZA berkata...

Daftar ssm guna alamat rumah ..boleh ja ..saya buat

otai kemaman berkata...

nk tny yg pakar, sy login maybank2u td, tertulis clearance check 1day float maksudnya duit tu hri ni ke atau esok bru blh guna?

Unknown berkata...

Hai tuan. Saya pun ade maslah yg sama. Pihak pinjaman minta 1500 berada dlm mbank. Utk pengaktifan. Sy dah bagi depo 450 and 1080 utk insurans. Tp dorg xlepas nak transfer 10k sb acc sy saving.

Rahim88 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

No akaun ssm mybank

Unknown berkata...

Nak tanya pd yg pakar,sy buat bisnez online. Rm dlm 3x ada masuk akaun dan byk buat transaksi dlm 3-7x sehari. Akaun semasa jenis apa yg sy harus mohon,syarikat atau individu?

Unknown berkata...

Assalamualaikum... Duit yang kita bagi untuk deposit... Boleh diambil semula atau tidak...

Unknown berkata...

Boleh xde masalah

Kitahero berkata...

Boleh masukan dalam maybank saye iaitu 114178758926 tapi cek tipu.

Tanpa Nama berkata...

mmg kene ade balanve rm500 selepas semua transaksi ke.... then duit tu mmg xboleh aamik ke mcmane

Tanpa Nama berkata...

saya pn mk kan hal yg sama,, plssyg lebih arifff tlg jelaskan

Unknown berkata...

Maaf nk tanye ..skrg klo.bukak current acc mmg x dpt buku cek ke?

Unknown berkata...

Salam, saya ada apply buka current akaun Maybank premier secara online jadi apa yang perlu saya jawab ketika ditanya tentang soalan saya ingin buka current akaun Maybank premier untuk apa??

af berkata...

Maaf bertanya. Sudah buka CA utk company. Mcm mana nak apply utk dpr cheque boook ya? Dan CA under company mmg tiada ATM card?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...