Seperti biasa aku bangun awal lah jugak pagi nie kerana pagi nanti ada race lagi. Aku pergi mendapatkan kasut yang aku jemur semalan dek kerana basah berlari dalam hujan semalam. Syukur alhamdulillah, dah kering kasut aku nie dan bertambah excited nak lari. Tapi dalam masa yang sama lutut aku masih lagi sakit. Aku redho jew jika tak dapat berlari pagi nanti. Aku pon try ler run terkedek-kedek dalam rumah. Adoiiiiii camner nak run untuk 12km nie. Memang bahaya nanti nie.
Selepas solat subuh, aku pon dapat petunjuk bahawa aku tidak perlu bahayakan diri aku untuk sebuah medal. Buat apa nak lari jika kita telah awal-awal tercedera. Jadi pagi tu aku nekad aku nak pergi collet medal dan goodies bag sahaja. Jam 7 pagi aku dah gerak keluar dan pada time tu dah flag off untuk 12km di Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur..
Sampai sahaja aku duk lepak-lepak tepi jalan masuk Saloma Bistro kerana kat situ ler boleh lihat muka-muka juara nanti dengan rekod masa mereka.
Selesai sahaja event di Lanai Matic aku meneruskan perlajalan aku ke KLCC untuk collect bib untuk next run dengan lutut yang masih sakit lagi. Gigeh betol aku nie kan.Thank you Allah di atas segala nikmatMu. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan