Halaman

Jumaat, 26 September 2014

KLCC Sky Bridge

Ini adalah lawatan sambil belajar aku secara 'solo' di Menara Berkembar Petronas (Sky Bridge Petronas Twin Tower), tapi korang dah naik k blomm?

Sedikit fakta yang perlu tahu agar anda boleh plan dengan baik dan bagi mengelakkan sebarang kekecewaan :
  • Masa operasi : 9.00am - 8.15pm
  • Harga tiket : RM80/adult, RM30 kanak-kanak bawah 11tahun. Jika bawa Mykad harga lagi murah.
  • Tiket adalah limited. Setiap jam hanya 80 orang boleh masuk, jadi dalam 1 hari mereka keluarkan tiket sebanyak 880 tiket sahaja (80 orang x 11jam).
  • Masa masuk sudah tercatit di tiket. Sila pilih dengan betul. Jadi kalau anda termissed, mungkin tak dapat masuk. Rugi tuu... dah bayar mahal-mahal takleh masuk plak kan... Cubalah nasib untuk merayu kepada pegawai bertugas. Kekadang tu dorang bagi je join group lain.. kekadang takleh.
  • Tidak boleh lepak lama-lama di jambatan tu nanti.. lepas 20minit di situ, mereka akang panggil anda untuk keluar, contohnya.." Green Tag, your time is over. Please proceed to the exit lift".
Dah sampai KLCC, aku  terus beli tiket yang terdapat di Aras Concourse, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC. Jika tak tahu dimana arahnya sila jangan segan silu untuk bertanya. Wat muka slamber jew. Act aku mmg saja gerak awal kluar dari rumah, tak nak lewat. Masa sampai tu KLCC tak bukak lagi.  sampai KLCC terus  beli tiket utk jam 11PG.  dah beli tiket g breakfast kejap at DOME KLCC... yahooo dapat juga tiket.

breakfast

Bila waktu dah hampir jam 11PG aku pun turun smula k entrance nak beli tiket tadi. kena ingat taw, kena ada Aras Concourse tu 15 minit sebelum waktu lawatan korang.  staff mereka akan bagi tag dan tag tersebut mewakili group anda semasa naik nanti. sblm nak masuk, pemeriksaan keselamatan, sebijik mcm korang nak fly. pastu klu ader bag tuk tinggalkan buleh ambil locker.
RM 25 jika bawa MyKad
sesudah tu, tunggu brief bagai melalui digital door. ummm mmmg kelasss. dah abis brief, group kami pon di bawa naik ke tingkat 41 yg menghubungkan kedua-dua menara. wow excited sgt. yerlah 1st time kan. bila dah smpai tu ader brief lg. yerlah, staff mereka pon nak jugak eleborate bagai kan sblom any visitor tanyer soklan. dari level nie jelas kelihantan Bandaraya Kuala Lumpur. ummm verangan abis nie. cam biasa sesi ambil gambo bagai. memandangkan aku datang secara 'solo' jadi aku mintak tolong  staff mereka ambilkan gambar aku. wat muka seposen jew.






selain daripada panorama KL yang cantik, aku jugak turut tertarik dengan Insulated pipe yang menjalar di atas bridge nie, terkesima jap. sebenarnya bridge nie sedikit bergoyang, tetapi kerana excited view KL yang menarik, kita tak perasan pon brigde nie akan bergoyang.


 dah abis view sekitar bridge nie, group kami pon di panggil. pastu naik ke level 86 pula. Lif ini hanya untuk ke level 84,85 dan 86. Tapi kita akan dibawa ke level 86 sahaja. Terdapat lagi dua level tertinggi di menara ini namun level tersebut hanya utk penyelengaraan sahaja.

dari level nie buleh nampak puncak tower sebelah. aper lagi aku pon selfi ler as kenang-kenangan aku dah sampai di sini. korang biler lagiiiiiiiii. Memang teruja bila melihat secara dekat
 


 
selain itu juga, kita juga boleh mendapatkan maklumat dari video interaktif yang terdapat di sini.


tengah-tengah nak verangan masa lawatan pon dah tamat. alahaiiiii... kejap jew . lepas tu group kami pon di bawa turun semula ke tingkat bawah dan tag tadi pon dipulangkan. di tingkat bawah nie ada kedai cenderama. bagi aku ia satu pengalaman baru untuk view panorama Kuala Lumpur di puncak KLCC. tapi jika naik time nak senja pon best gak, buleh view sunset.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...