Halaman

Khamis, 5 Februari 2015

Daftar Perniagaan di SSM

Jika di ikutkan perancangan, memang sudah lama aku nak register nama syarikat nie. Kerana duk mikir nak letak nama apew bagai, so asyik tertangguh jew.

Dari penghujung 2014 dah di rancang nak registerkan, tapi asyik hold jewwwww. Akhirnya aku gagahkah diri pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Untuk makluman, ini adalah kali ke-2 aku ke sini. 1st time aku datang, cust penuh sampai melimpah ruah. Macam SSM nie adew wat sale jew. So nextnyer aku nekad juga datang awal-awal pagi lagi.


Sebenarnya nak registerkan syarikat nie takder lah remeh sangat pon. Simple jew . Untuk memudahkan korang smua, aku suggest better isi siap-siap borang dirumah sesambil tu dah boleh mikir nak letak nama apew bagai. So takder lah kelam kabut or entah apew-apew nama syarikatnya kan kan kan.

Selain itu juga SSM telah membuat panduan bagaiman nak registerkan nama syarikat. CLICK JEW

Di sini aku kongsikan cara aku registerkan nama syarikat baru aku milikan tunggal ( statment macam bisnes riban-riban, padahal online jew)

1. Aku print out siap-siap dirumah, pastu isi apa yang patut berdasarkan panduan yang di berikan. Pastikan isi "Borang Pendaftaran Perniagaan BORANG A"


2. Jangan lupa juga, "Permohonan Kelulusan Perniagaan BORANG PNA 42" juga kena isi siap-siap. Kena tulis 3 nama syarikat yang korang nak registerkan. Ikot keutamaan yang mana korang rasa terbaik skali.


3. Pergi mana-mana office SSM yang terdekat dengan rumah. Untuk kes aku nie aku pilih Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Kuala Lumpur.


4. Dapatkan no.giliran tekan Borang A. Jika time korang nak ambil no.giliran tu adew staff SSM, mereka akan semak dulu sebelum korang di beri nombor. Alhamdulillah aku sampai awal skali dan dapat ler no 1. Hu hu hu gembiranya.


5. Bila d kaunter dengan staff SSM, mereka akan semak dulu. Mereka juga akan interview jugak kita dan juga jika maklumat yang ditulis itu bercanggah, mereka akan soal selidik juga kita. Jika nama yang di pilih itu sesuai, mereka akan luluskan, tapi jika staff SSM pon blur-blur sikit, mereka akan terus usulkan kepada manager on duty. 

6. Bila dah dapat kelulusan nama syarikat tersebut, staff SSM akan kembalikan semula Borang A dan  minta kita tulis sendiri pada bahagian maklumat perniagaan.(tulis nama yg mereka luluskan)

7. Yuran yang dikenakan dalah seperti berikut :     
  •      Memilih nama trend RM 60.00 contohnya :            ZBZ DOT COM
  •      Memilih nama sendiri RM 30.00 contohnya :          ZAHABUDDIN BIN ZAKARIA
  •      Maklumat perniagaan RM 10.00
8. Sblm wat payment, nanti staff SSM akan tanyer nak wat daftar tuk berapa tahun nie?. Utk mudah citer, aku pilih 5 tahun trus.

9. Setelah aku bayar smua bagai yurannya, staff SSM minta aku duduk kejap. Dalam 20 minit staff SSM akan panggil semua kita tapi dengan nama syarikat kita contohnya, ZBZ DOT COM. So kena alert sikit ler telinga tu yerkkk. Mujur cust awal-awal pagi tak ramai. Klu  ramai  jenuh aku duk nunggu.


10. Keesokan harinya, SSM akan hantar SMS tuk ucapkan ribuan terima kasih kerana mendaftarkan perniagaan serta bagitaw supaya sila pamerkan SIJIL PENDAFTARAN di premis niaga anda.
 
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga, sambil senyum keriangan. Thank you Allah memudahkan urusan aku. Amin.

Sedikit peringatan, kepada semua peniaga terutamanya, PENIAGA ONLINE silalah daftar perniagaan anda dengan kadar segera. Nanti jika disabitkan kesalahan memang makan tak habis. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...