Aku nie berangan nak jadi atlit ke? mana taknyer, serious bagai sampai pergi buat foot ID test. Jika di ikutkan perkembangan aku yang terkini, aku baru sahaja sebulan lebih training. Itupon kena paksa diri. So far sekarang alhamdulillah adalah sedkit progress untuk aku yang newbie ini kan. Tapi malulah pulak nak share my rekod here.
1st day aku training memang semput giler babas. Sampai sakit urat bagai. Tapi aku nekad jugak nak training. Bila everyday dah berlatih aku terpaksa pinda track larian aku kerana ada track yang sibuk dengan lalulintas dan ada track yang melalui kawasan kediaman berpagar (ada guard jaga jalan perumahan). So sedikit sebanyak apabila di buat rombakan, track aku masih lagi dalam lingkungan 2KM untuk satu pusingan.
Berbalik kepada cerita aku mula-mula tadi, sebelum aku terlibat secara tidak langsung dalam larian ini, aku pernah terbaca tentang artikel foot ID test ini. Tujuan utama foot ID test ini adalah untuk mendapatkan kasut yang bersesuain denga saiz kaki kita yang sebenar dan kita akan di rujuk dengan kasut-kasut yang betul-betul sesuai dengan saiz kaki kita. Seolah-olah kita akan jumpa pakar saiz kasut kot. Tapi entahlah kerana tak jumpa secara reality lagi.
Secara mata kasar, mungkin kita berminat pada sepasang kasut berdasarkan design serta warna, mungkin ianya tidak sesuai dengan kita. Itulah kesilapan aku yang sebelum ini. Apabila kita sudah selesai membuat test ini, laporan penilaian cara kita berjalan, berlari akan dirumus dan secara tidak langsung kita akan dapat tahu bagaiman cara kita berjalan sebelum ini. Pada masa itu mungkin kita akan kata " patotlah kasut aku haus sebeleh kiri kan"
Untuk makluman, di Klang Valley ini hanya satu outlet sahaja yang buat foot ID service ini. Pada awalnya aku terjah sahaja di Asics Outlet Bukit Bintang, staff mereka inform ujian tersebut hanya di ASICS Outlet One Utama sahaja. Sebelum itu juga, aku review dulu dalam Fb Official ASICS Malaysia.
Tetapi hati aku ini berat sangat nak pergi kerana terpengaruh dengan komen-komen negatif. Antara komen-komen negatif adalah mengenai service. Tetapi aku tetap berfikiran positif serta gagahkan kaki untuk melangkah masuk, mungkin itu dulu kot, maybe sekarang dah lain. Aku cuba neutralkan jiwa dan perasaan aku. Aku pergi outlet tu on weekday.
Masuk-masuk sahaja terus inform nak buat foot ID service, untuk makluman, service ini PERCUMA, yang kena bayar adalah time beli kasut tu nanti ok. Aku dimaklumkan, aku di minta menunggu dalam masa 30 minit kerana pada masa itu ada seorang customer yang sedang membuat foot ID service juga. Dalam tempoh menunggu aku pon duk belek-belek dulu kasut-kasut yang tersusun rapi di rak-rak.
After 30 minit, aku pon di panggil dan sedikit butiran-butiran peribadi perlu di isi dalam form. Dah selesai, kaki aku akan di scan kiri dan kanan satu persatu ala mcm scan papper at office tuuuuu.. tapi design jew lain. Masa scan ni kena tanggalkan kasut dan stokin ya.
Selepas itu aku, di bagi sepasang kasut untuk test diatas trademill nanti. Aku nasihatkan korang supaya pakai stoking atau bawa stokin kerana apabila kita pakai stokin pada kasut yang di berikan kita akan rasa selesa dan itu antara faktor-faktor penyumbang kepada result yang akan di print out nanti.
Seterusnya aku di minta untuk berjalan dan seterusnya berlari di atas trademill yang disediakan. Untuk makluman di belakang trademill di rakam video untuk merakam cara kita berjalan serta berlari. Di sini pelanggan akan dapat melihat juga gaya sebenar semasa berjalan. so baru tahu kan. Aku suggest untuk ujian, ini better sport dress kerana result akan lebih tepat lagi.
Salah satu objectif membuat foot ID service ini adalah (wah ayat seperti seorang consultant pulak kan), kita dapat memperbaiki cara kita berjalan serta berlari dan dapat memiliki kasut yang bersesuaian dengan saiz kaki kita. Yang pasti kasut ini bukan untuk menambah dan meningkatkan kelajuan kita semasa berlari tetapi memberi keselasaan dan mengurangkan tekanan kepada kaki kita. Yang pasti cara landing tapak kaki kasut pun main peranan juga. Untuk kelajuan, itu bergantung kepada stamina kita. Jangan salah faham ya.
Setelah official result dah keluar, staff pon berkongsi maklumat bagai dengan aku. So masa ini aku akan tahu saiz sebenar kaki aku dan video cara jalan dan berlari pon di tunjukkan sekali. ha ha ha ha. nak gelak pon ada. tapi korang jangan risau video itu di ambil paras betis sahaja.
After di breffing bagai beserta sesi soal jawab aku pon di tunjukkan dengan kasut yang sesuai berdasarkan result tadi. Model GEL KAYONO 22 adalah yang terbaik untuk kaki aku. sebelum itu aku pon di beri penerangan serba sedikit, yerlah benda kita tak tahu kan. Harga memang ratus-ratus yer adik kakak sekalian.
Sedikit tak puas hati apabila warna dikehendaki tiada dalam stok. Tidak terfikir pulak masa itu untuk minta staff mereka call Outlet Bukit Bintang atau Sunway Pyramid. Nak tak nak rembat lah jugak walaupu bukan warna pilihan hati. After that try dulu pakai sepasang and jalan-jalan dalam kedai amik feel. tapi siyes memang best dan terbaik kasut nie.
Aku pon tak lama sangat dalam outlet nie kerana memang betol apa yang di komen dalam fb about this outlet. Untuk penambahbaikan di masa akan datang saya cadangkan agar :
1. Semua staff harus mesra pelanggan (welcome greating)
2. Staff haruslah memberi penerangan terperinci sebelum proses foot ID dijalankan A-Z.
3. Staff harus berkeyakinan semasa menyampaikan laporan selepas foot ID dijalankan.
4. Staff haruslah memberi penerangan yang detail tentang kasut yang sesuai berdasarkan result foot ID. Anggaplah pelanggan zero knowledge.
5. Staff haruslah terlibat dalam larian marathon agar experience mereka dapat di kongsi dengan pelanggan, dan pelanggan berkeyakinan dengan kasut yang di syorkan.
6. Saya tidak mahu dilayan seperti raja, tetapi saya mahukan info-info serta perkongsian pengalaman tentang kasut up to date agar berbaloi dengan pelaburan yang saya buat.
7. Pada hemat saya ada staff yang memenuhi kritea brief yang bagus semasa pemerhatian saya sebelum membuat foot ID test.
8. Saya suka layanan staff dari outlet Sunway Pyramid, selalu memberi feedback dalam FB Official ASICS Malaysia, apabila ada customer yang komen. Penerangannya jelas walaupun dalam online.
9. Antara faktor penyumbang saya buat komen ini kerana saya dapat staff
yang baru kot semasa sesi saya, kerana asyik tanya pada senior mereka sahaja. (tak ada
keyakinan diri, dah nasib badan labuuuuu ). Tidak ada masalalah untuk bertanya rakan-rakan sekerja, tetapi jika kerap kali, senior perlu pergi terus mendapatkan junior staff tersebut.
Kasut yang aku beli ini warranty nya dua hari sahaja. Jika ada sebarang kerosakan dalam masa dua hari boleh tukar tukar terus. Tetapi dalam tempoh dua hari itu, aku tidak dapat merasmikan lagi kerana aku sibuk sikit. Seminggu selepas itu baru aku rasmi dan yang pasti kasut ini selesa dengan kaki aku dan aku perlu mencari ramuan pula untuk meningkatkan stamina pula.
Bagi pendapat aku foot ID test ini perlu bagi mereka yang serious dalam dunia sukan. Untuk bersukan kita perlukan kasut. Pemilihan saiz kasut yang sesuai amat penting dalam mengurangkan kadar kecederaan semasa bersukan serta memberi keselesaan pada kaki kita. Yang pasti anda perlu membuat pelaburan yang sedikit tinggi (tetiba seperti duta ASICS lah pulakkkkkkk)
Actually bila dah google dalam tenet nampak pulak kasut nie. Model sama tapi warna sahaja yang lain. Ummmmmmm terberkenan lah pulakkkkkk dengar warnanya. Tapi apa kan daya kena masukkan dulu dalam wish list dulu. Ada rezki aku grab yerk. tungguuuuuuuu
Bagi pendapat aku foot ID test ini perlu bagi mereka yang serious dalam dunia sukan. Untuk bersukan kita perlukan kasut. Pemilihan saiz kasut yang sesuai amat penting dalam mengurangkan kadar kecederaan semasa bersukan serta memberi keselesaan pada kaki kita. Yang pasti anda perlu membuat pelaburan yang sedikit tinggi (tetiba seperti duta ASICS lah pulakkkkkkk)
Actually bila dah google dalam tenet nampak pulak kasut nie. Model sama tapi warna sahaja yang lain. Ummmmmmm terberkenan lah pulakkkkkk dengar warnanya. Tapi apa kan daya kena masukkan dulu dalam wish list dulu. Ada rezki aku grab yerk. tungguuuuuuuu
Jika ditanya kenapa aku memilih ASICS sebagai jenama untuk kasut marathon dan bukan jenama lain, kerana idola aku pon guna jenama ini juga . Tapi dia dah jadi duta produk laaa.
Walaubagaimanpun, kisah beliau sebelum menempa kejayaan amat memberi inspirasi kepada aku yang newbie ini. Memang terkesima membaca rentetan kejayaan beliau yang penuh suka dan duka semasa dalam proses menempa kejayaan. Tahniah untuk beliau. Beliau yang aku maksudkan adalah pelari marathon separuh masa Malaysia, Coach Edan Shah. Semoga beliau terus suskses dan impian beliau adalah untuk menjadi pelari marathon professional, amin kita doakan semua.
Semoga perkongsian aku ini berguna untuk mereka yang baru melibatkan diri dalam sukan marathon.
“Don’t ask me why I run. Instead, ask
yourself why you don’t”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan