Halaman

Jumaat, 30 Januari 2015

Pemilihan Mesin Jahit Lurus Industri

Sebenarnya sudah lama aku jatuh cinta dengan mesin jahit industri nie. Kerana harganya yang super kebabom, maka aku pendamkan sahaja perasaan aku nie sehinggalah aku yakin suatu hari nanti aku  berjaya memilikinya. 

Episod cinta aku dengan mesin jahit industri ini bermula dari mula-mula aku joint kelas menjahit. Keterujaaan tahap gaban bila pertama kali guna. Yerlah dah sekian lama duk ngidam, bila dah di beri peluang untuk guna memang speechless.

Aku teruja dengan hasilnya yang kemas dan cantik tak setanding dengan mesin jahit portable yang aku miliki sekarang ini. Pelaburannya amat tinggi sekali untuk memiliki seunit mesin jahit industri ini. Setiap kali aku pergi kelas jahit, aku akan cuba guna kesemua jenis model yang ada dalam kelas aku tu. Aku biasakan diri  guna kesemua model-model ini.  Memang aku akan merasai kehebatan setiap mesin jahit indsutri ini. 

Dikala hati tengah melonjak-lonjak nak memiliki mesin jahit ini, rakan sekelas juga berkongsi cerita dengan aku bahawa mertuanya menghadiahkannya sebuah mesin jahit industri jenama Singer. Wow... terkesima aku. Ucapan tahniah mampu aku sampaikan. Walaupon lidah ini kelu seribu bahasa ketika itu. Rasa bahang sekejap.... Tak pew itu rezeki dia. Akan ada rezeki aku InsyaAllah... Amin. 

Ramai juga rakan sekelas aku yang sudah membeli mesin jahit industri setelah masuk kelas jahit ini. Aku bukan jeles dengan mereka. Tapi bagi aku, ini satu keperluan juga kerana bila tak dapat menyiapkan kerja di kelas boleh sambung dirumah. Kesian juga kepada pelajar yang tiada mesin di rumah terpaksa tunggu next kelas untuk sambung kembali. Ketika itu satu kerugian juga. Aku sedikit tidak berpuas hati dengan mesin jahit portable yang sekarang ini kerana sulit dah leceh sikit untuk menyiapkan bahagian pinggan kain. Jika dilenjan kuat-kuat kan merajuk pulak mesin aku ni. So slow motion jew laa.

Dalam kelas aku tu adew brand Gemsy, Singer dan juga Juki. Bila aku dah guna setiap satu-satunya, hati aku telah jatuh cinta dengan mesin jahit industri jenama Juki buatan Jepun. Bila aku dah jatuh hati, setiap kali kelas jahitan memang aku akan guna Juki jika pelajar lain tidak menggunakannya. Dari detik itu, aku boleh belajar cara nak mengendalikannya serta tahu serba sedikit masalah dier. I love you Juki.


Bagi aku, mana-mana mesin jahit industri nie sama sahaja. Terpulang kepada budget kita dan juga jenama. Dan juga kena tanya diri sendiri serious tak nak menjahit atau main-main sahaja. Jika ditanya kenapa aku ingin sekali memiliki sebuah mesin jahit industri ini adalah, sebelum ini aku sudah ada sebuah mesin jahit portable jenama Brother model GS2700, dan aku percaya dengan bakat yang aku ada ini dan aku ingin komersilkan lagi bakat ini, Amin. Doakan kejayaan aku yerk.


Jika ingin memiliki yang berjenama, memang mahal sikit. Sebelum itu, aku dah wat senarai pendek samada memiliki Singer atau Juki. Jika nak di bandingkan dari segi harga memang Juki mahal lagi dari Singer dan tahap ketahannya lebih kurang sama sahaja.

Hatiku sudah sebulat suara Juki pilihanku. Untuk makluman Juki adalah buatan Jepun dan jenama no.1 di dunia untuk mesin industri. Ummmm bangga kejap.  Alhamdulillah, semuanya di permudahkan kerana sebuah syarikat menjual mesin jahit yang terkemuka dalam bidang mesin jahit yang lebih 40 tahun,  sedang membuat sale. Meleleh air mata bila tengok sale untuk mesin jahit idaman aku itu 11% diberikan. speechless

Memang rugi nie klu di lepaskan. Jika beli selepas GST nanti, entah dapat entah tidak dengan harga begini. Dikala aku sedang membuat kira-kira, aku juga ada bertanya pada kenalan di FB tentang harga yang dioffer ini. Rata-rata memberi feedback yang positif yang harga itu pon bersesuain sekali. Alhamdulillah.

Dikala aku dah buat saringan, ader pulak duk iklanlan jenama yang mereka jual iaitu Brother. Mengaum kejap. Memang brand tu pon aku suka juga. Aku tutup sebelah mata jew tengok promosi dier. Harga lebih kurang jew. Nak nangis pon adew, dilema pula nak pilih yang mana satu nie? tapi aku sudah bertekad untuk memiliki Juki, kang kecik ati pulak dier.

Jadi aku positifkan diri aku, mesin jahit portable aku dah ader brand Brother so yang industri ni ok lah amik brand Juki pula. Walaupon aku masih lagi menoleh katalog brand Brother tersebut. Nak nangis pon adew tika ini. Ketika ini aku lebih kepada brand pula. Itulah dia dugaan untuk memilih yang terbaik kan.

Aku juga bersyukur sangat-sangat kepada Ilahi, kerana famili aku 100% support aku. Act aku more kepada nak minta pendapat bukan nak minta mereka sponser, kerana aku yakin aku mampu untuk memilik jenama ini. Tapi jika ada yang nak sponser, sponser beli mesin jahit tepi lah pulak, tapi nak brand Juki jugak boleh tak? hu hu hu. 

Di sini juga aku ingin berkongsi tip kepada mereka yang nak beli mesin jahit lurus industri:

1. Pemilihan jenama
 
Jenama antarabangsa seperti buatan Jepun seperti Bother dan Juki, Buatan USA seperti Singer, buatan Chine seperti Typical dan Zoje.

2. Budget 

Budget juga memainkan peranan penting dalam merealisalikan impian anda. Bukak wallet tgk duit kan. Bagi aku study dlu setiap brand yang kita minat. Kunjungi mana-mana outlet mesin jahit untuk cuba dan selesakan diri sebelum membeli. Tahu juga fungsi setiap satu aper kelemahannya. Jgn duk pikir suka jew.

3. Beli secara pakej 

Ada juga outlet yang menawarkan harga hebat untuk pembelian secara pakej. Biasanya pembelian secara pakej in 2 in 1, 3 in 1 atau 4 in 1. Ini semua terserah kepada budget anda untuk memilihnya. Alah membeli menang memakainya nanti. Pembelian secara pakej ini biasanya di datangkan terus dengan mesin jahit tepi(kelim) atau jahit tepi halus (untuk tudung) atau kaipoo steam press.

4. Warranty 

Warranty juga memainkan peranan yang penting sekali. Jangan dah syok nak beli lupa nak tanyer kan. Semasa deal harga tanya semua bagai. Tanya sepuas-puas nya aper yang cover apa yang tak cover. Gunakan hak kita sebagai pengguna. Standard warranty SETAHUN sahaja dan yang paling penting FREE DELIVERY.

5. Servis selepas pembelian 

Saya syorkan beli di outlet-outlet yang dah kukuh jenamanya( yang bertauliah dan yang berdaftar, nanti jika adew masalah xler giget jari). Nanti jika ada sebarang masalah mereka ada technican on call untuk kita. Taklah kita terkebil-kebil kat rumah umpama menunggu buah yang tak gugur kan. Harap faham.

5. Free gift 

Yang nie memang aku suka. Aku akan minta apa yang nak. Biasanya a few tapak jahit seperti tapak zip, tapak zip sorok, bobbin, pelbagai jenis jarum dan sebagainya. Minta sampai puas hati. Klu outlet minta bayar, dapatkan diskaun. Yerlah kita dah melabur riban-riban takkan takder free giftkan.


Mungkin nanti ada juga bertanya, kenapa aku tidak membeli secara pakej 3 in 1 or 4 in 1? aku hanya mampu tersenyum tersipu-sipu jew, aku belum cukup modal untuk semua itu. Slow-slow lah. Doakan agar aku dimurahkan rezeki. Amin.

Untuk waktu ini, fokus aku kepada mesin jahit industri dulu. Yang lain-lain tu kemudian citer. Untuk jahit tepi(kelim) anto kedai jew sama seperti sblm nie aku buat.

Terima kasih kepada Ilahi kerana permudahkan urusan aku, Terima kasih kepada famili aku kerana menyokong aku, Terima kasih kepada rakan-rakan . I love you all.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...