Halaman

Ahad, 2 Oktober 2016

RACE : ORCHID FUN RUN & RIDE 2016

Semalamnya berlari di Kuala Terengganu, pagi nie pulun lagi berlari di KLCC pulak. Ini adalah back to back yang bertama kali aku untuk kali ini. Yang sebelum nie tak menjadi B2B aku. Mujurlah lutut aku dah kembali ok. Mau cuak juga jika aku terpaksa kansel lagi run ini. Thank you Allah di atas kesihatan yang Engkau berikan.

Untuk race kali ini aku register untuk 5KM sahaja kerana aku merasakan aku tak boleh kot nak lari untuk 12KM berturut-turut kerana semalam aku dah run untuk 12km. Macam-macam aku duk fikir nie mampu kah aku menghabiskan larian ini.

Jam 6.30pagi aku dah sampai di perkarangan KLCC. Race akan bermula pada jam 7.20pagi untuk 5km fun run. Wow excited jugak ramai lah jugak ummat manusia di pagi hari tersebut. Sebelum flag off banyak kali mikir mampu kew aku nie nak lari. Tapi aku rasa ok kot. Alhamdulillah after flag off aku cuba nak enjoy sahaja. Actually seronok jugak run di sekitar KL City kerana kita di sajikan dengan hutan batu sekitar KL serta kondo-kondo mewah.

Selepas collect medal and goodies beg bagai pergi cari port untuk untuk duduk kerana ada artis yang buat show nanti, Yerlah nak jugak duk depan-depan kan, tiket free. Sesambil aku selfie-selfi aku pon ternampakler opis mate yang aku penah citer dulu tuuuuuuuuuuuuu. Mau riuh kejap. Ha ha ha ha . Lantas aku pon ajak joint aku duduk kat depan-depan nie.

Orkid kebanggaan KLCC

Cuaca pagi tu di sulami dengan hujan rintik-rintik. Tapi tak ler basah sangat pon. So far ini adalah event yang happening kot untuk aku dalam santai-santai dan bergelak ketawa. Sesuailah kot coz tadi run 5km fun run katernyer.



Opis mate turut serta joint

Dah busan duk layan retis-retis wat show aku pon masuk Suria KLCC untuk breakfast apa yang patot ler. Settle breakfast, balik lah pulak. Sementara rest-rest tu, geledah apa yang patut dulu dalam goodies bag . Amboiiiiiiii sakan goodies bag dier. syok woooooooo. Memang tak rugi joint. Tapi if register 12km dapat payung & cap. Next year kiter masuk 12km pulak yerk.

harta karun dalam goodies bag
Lastly thank you Allah di atas segala nikmat dan rezki yang Engkau berikan, amin.........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...