Halaman

Ahad, 30 Oktober 2016

RACE : GREAT EASTERN BUBBLE DASH 2016

Ini adalah B2B aku yang terakhir, aku pon tak daya jugak nak run berturut-turut. Mujur run 5KM jew semalam di ARIANI HIJAB RUN  tak ada sebarang masalah thank you Allah. Dari segi training aku fail sikit kerana ada hal-hal kecemasan di saat akhir jadi terbantut sikit training aku. Moga-moga aku steady kot untill finishing line nanti.

Flag off GREAT EASTERN BUBBLE DASH 2016 untuk 12 KM di Dataran Merdeka pada jam 7pagi. Entah kenapa pagi tu feeling nak naik train (LRT). Actually aku tak berkenan sangat naik train, kerana perlu tukar train di Stesyen Chan Saw Lin. Memang bazir masa. Tapi itulah realitynya yang perlu dihadap selepas 17 Julai lalu.

Oleh kerana pada mulanya aku fikir " cepat sikit kot sampai" kesudahnya 6.50AM baru aku smpai di LRT MASJID JAMEK kerana nunggu lama sangat train di Stesyen Chan Sow Lin. Adoiiiiiiiiiiiiiiiii berlari-lari anak untill Dataran Merdeka kerana aku perlu simpan beg aku dulu di LUGGAGE BOOTH. Pastu dengan warm-up yang tak di buatnya pastu terus mencilok-cilok untuk ke starting line.Memang ngam-ngam jew masa yang aku ada ketika itu.

Pada 27 Oktober 2016, jam 7AM, flag off untuk 12KM pun bermula. memang ramai jugak lah lautan manusia. Route kali nie seperti dah familiar sikit kerana dah banyak kali aku run dalam KLCity nie alhamdulillah syukur kerana tak daki Bukit Tunku kali nie yeayyyyy.

Secara overall setiap KM ada petunjuk anda di KM berapa dan petugas-petugas pun bagus-bagus dan water stations memang meriah giler dan juga petugas paramedik ada di setiap KM, memang super terbaik organizer. Terima kasih banyak-banyak. Tapi yang tak berkenannya sikap pemandu jalan raya. Memang rasa seriau jew berlari di Jalan Kuching dengan kenderaan yang berpusus-pusu. Takot benor aku. Rasa semput sekejap apabila melintasi Komuter Putra kerana ada fogging pulak pagi tu, adoiiiiii sesak nafas kejap. tercemar sudah udara pagi yang aku hirup.


Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan larian aku untuk 12KM ini dengan jayanya bersama-sema rekod baru. Ini adalah rekod terbaru aku untuk 12KM, Thank you Allah di atas segala nikmatMu amin.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...