Pada 22 Oktober yang lalu, berlangsung sudah ARIANI HIJAB 2016. Memang meriah giler weiiii. Yang pasti women runner paling ramai kerana sesuai lah dengan event dia kan, sekian terima kasih. Tapi aku tak lepaskan peluang untuk menyertainya kerana ini adalah pertama kali ARIANI wat race at JAKEL MALL KUALA LUMPUR tuuuuu. Kira-kiran 4500 runner menyertai race ini dan aku tak kisah pon joint kerana bukan kena pakai hijab pon time lari tu, ha ha ha.
Tetapi, semasa online registration di buka kepada umum, bukan main cepat sold out kerana 500 terawal (tak silap aku laa) akan dapat FREE SHAWL ARIANI. Pastu pulak, dia bukak lagi untuk 2nd registration kerana semua runner akan dapat FREE SHAWL ARIANI. Memang bagus sekali marketingnya kan.
Sekitar jam 6.30AM aku dah sampai di perkarangan JAKEL MALL KUALA LUMPUR. Memang meriah wei. Mana tak nyer dari jauh kedengaran suara FAFAU & DEE JANGAN KETAWA jadi emceee, amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Time aku sampai tu aku cari jugak LUGGAGE BOOTH. Adoiiiiiii memang takder weiiii.. Frust nonggeng kejap. Nanti terpaksalah aku run bersama-sama dengan beg. Tapi tak berat pon beg tu cuma tak selesa jew nak memecut nanti, ha ha ha.
Sekitar jam 7 pagi 5KM fun run dilepaskan. Tapi, sebelum tu MAK ITI ( SITI NURHALIZA)pon sempat bagi speech sepatah dua kata ( DATO K pon ada jugak neman MAK ITI). Menggila semua nak duk selfi, haru biru kejap starting line. Den takder lah jakun sangat. Dah biasa tengok retis nie.
Bila semua dilepaskan, masing-masing sakan berlari kerana mana taknyer 1st place nanti dapat RM5 ribu Voucher. Memang havoc betol ler race kali nie. Tapi untuk lelaki tak layak yerk. cukopler korang jadi tukang support sahaja nanti.
Route untuk 5km nie memang fun kerana akan mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur dan a few route tu aku dah familiar sikit. Di kala larian berbaki 1km, kami yang lelaki nie bagi support untuk yang pompuan untuk fisnish with strong untill finishing line. Memang masing-masing pulun wei kerana penangan hadiah yang super hebat di abad ini. Kaya betol oragnizer kali nie. Inilah dia "REZEKI SAMA-SAMA DI KONGSI"
After dah sampai at finishing line, rest-rest kejap. Sambil-sambil rest tu terserempak dengan seorang kakak yang aku penah citer aku run together-gether di 2km terakhir pada event HARI SUKAN NEGARA . Dia dapat 2nd place wei. memang terbaik ler. Raya sakan ler tahun depan sponser by Jakel Mall & Ariani.
Sesambil nunggu opis mate aku abis lari aku duk merayau-rayau kejap. Acaranya memang meriah. Ada fesyen show dari ARIANI serta LUCKY DRAW dan yang paling best MAK ITI pon akan nyanyi sekali sebelum GIFT CEREMONY.
Secara overall memang meriah dan semua turut terhibur. Hopefully next year kita joint lagi. Thank you very much ARIANI & JAKEL. Esok kita run lagi untuk 12KM. Moga-moga dipermudahkan Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan