Halaman

Ahad, 1 Mei 2016

2XU Men Compression Tights pilihan hatiku

Di sini aku nak kongsikan 2XU Men Compression Tight yang aku guna sekarang ini. Actually memang di awal pembabitan aku dalam running nie memang nak rembat selai seluar nie kerana atas faktor keselesaan. So di sini aku kongsikan serba sedikit mengenai seluar ini. Aku buat seperti temuramah feeling-feeling seperti duta produk. Yang tukang temuramah aku tu mak aku. enjoyyyyyy.

my 2XU compression tights
MAK:  Salam sejahtera saudara, terima kasih kerana meluangkan masa untuk temuramah mengenai seluar compression tight ini. Boleh saudara cerita kan serbA sedikit?
AKU:  Sama-sama Puan, ( sambil tergelak-gelak ). Untuk makluman Puan, seluar ini saya belikan khas untuk berlari. Yerlah dah terlibat dengan hobi berlari, jadi seluar ini menjadi keperluan bagi saya.

MAK:  Tak boleh  pakai seluar track atau seluar pendek kew semasa berlari?
AKU:  Boleh Puan, tak ada masalah. Atas individu. Cuma untuk keselesaan jangka masa panjang, saya fikir saya perlu ada sekurang-kurangnya sehelai seluar ini.

MAK:  Boleh saya tahu brand apa yang saudara guna sekarang ini?
AKU:  Sebenarnya memang banyak brand diluar sana yang dikhaskan untuk berlari. Di sini saya memilih 2XU sebagai pilihan hati saya. Sebelum saya  membeli, saya juga google di tenet tentang brand ini. Rata-rata mengatakan brand ini bagus serta memberi keselesaan kepada runner. Jadi ianya membuatkan saya jatuh hati pulak dengan brand ini ( sambil ketawa kecil ).

MAK:  Dimana saudara membelinya?
AKU:  Pada mulanya saya plan nak beli online sahaja kerana info-info saya dah ada, tetapi saya pon nak jugak berface-to face rasa seperti lebih yakin lagi dan banyak soklan jugak saya nak tanya dan harganya pon ratus-ratus Puan. Mula-mula saya singgah di Marathon Shop di Lot 10 Bukit Bintang kerana outlet itu yang paling hampir dengan saya. Semasa saya tiba di kedai tersebut design yang saya nak tu tak ada. Adoiiii saya pon sedikit stress kerana esoknya saya perlu berangkat ke Penang untuk race saya yang kedua. Tapi saya telah menyenaraikan outlet mana yang menjual brand ini. Saya pon terjah sahaja di Mid Valley Kuala Lumpur. Apabila sampai di sana saya tak pasti samada dalam Mid Valley atau dalam The Garden Mall. Saya pon terjah sahaja berdasarkan directory kedua-dua mall. Cari punya cari jumpalah kedai yang saya nak beli seluar ini iaitu di outlet Key Power Sports dalam The Garden Mall. Lega rasanya apabila di luar kedai dah nampak dah seluar 2XU saya. Syukur sangat kerana pada ketika itu ada sale jimat duit tabung saya. Ikotkan hati nak rembat dua helai.

MAK:  Amboi panjang lebar pulak, mujur tak ada episod sambungan. Bagaimana dengan pemilihan saiznya?
AKU:  Untuk makluman Puan, kita tak boleh nak main beli macam tu sahaja. Kena tahu ukuran pinggan kita. Kerana seluar ini memang tight dan apabila kita memakainya ianya akan fit betol-betol dengan body kita. Mujur sales asistant itu lelaki tidak segan pilu untuk saya bertanya soklan maut( sambil ketawa) dan yang paling saya suka beliau juga bersukan dan menggunaakan seluar ini juga semasa bersukan dan sedikit sebanyak pengalaman beliau di kongsikan sekali semasa saya bersoal jawab dan membuatkan saya lebih berkeyakinan.

saiz di sertakan di belakang kotak sebagai rujukan
MAK:  Boleh saya tahu berapa harganya, jika tidak keberatan untuk saudara kongsikan?
AKU:  Harganya..harganya...ehem...ratus ratus lah jugak Puan, Tapi seperti yang saya katakan tadi mujur ada sale dan saya pon tak terbeban sangat. Kiranya pakai seumur hiduplah nie. Harga asal RM 529, after sale dapat RM 370.30.( sambil tadah tangan, syukur ada sale)

MAK:  Tudiaaaaaaaaaa mahal jugak yerk, ada warranty kew seluar nie? ( sambil belek-belek seluar tight aku )
AKU:  Oh ya. memang ada warranty Puan, warrantynya pada lifetime jahitannya dan jika koyak sebab jatuh tak leh tuko.

MAK:  Apa kelebihan memakai seluar ini ?
AKU:  Terlalu subjektif pulak saya nak huraikan Puan, tetapi Puan jangan salah faham kerana seluar ini bukan sebagai penambah tenaga xtra untuk runner tetapi ianya memberi keselesaan contohnya ianya mengurangkan gegaran otot paha serta otot betis semasa berlari. Apa yang saya boleh katakan seluar ini terbaik untuk saya dan otot saya kurang letih berbanding semasa pertama kali saya race.

MAK:  Sudah berapa kali saudara menggunakannya?
AKU:  Terkini sudah dua kali saya memakainya, Pertama kali saya  menggunakannya pada race saya yang kedua di Penang

MAK:  Bagaiman cara nak guna seluar ini. Saya lihat saudara seperti terseksa sahaja nak memakainya?
AKU:  (sambil ketawa ) Semasa saya beli seluar ini berkali-kali saya tanya kepada jurujual tersebut inikah seluarnya sambil saya mengeluarkan dari kotaknya. Beliau kata ya, inilah saiznya . Cara nak pakai  sama seperti kita memakai seluar panjang tetapi hujung seluar betol-betol fit dengan buku lali kita. Memang sedikit mencabar memakai seluar ini Puan dan apabila kita sudah memakai sepenunya, ianya betol-betol fit dengan body kita dan feeling sedikit seksi pulak ( kena cobit ...adoiii)

MAK: Amboiiiiiiii feeling seksi pulak yerk, tak feeling malu kew or atau fikir ini fashion?
AKU: Adoi camner nak jawab nie yerk... Memanglah seluar ini betol-betol tight, tapi jika yang jenis kompident 100% tu memang rileks jew pakai.(sambil gelak). Tapi jika jenis yang kureng sikit kompidentnyer, maybe dia akan sarungkan short pant di luar so cover sikit seksi. Tapi ok jew cover letak bib number. ha ha ha. Tapi ianya terpulang kepada individu masing-masing. Sebaik-baiknya beli warna hitam kerana bila kiter amik gambo warna hitam kan nampak flat sikit, k guaner? (adoiiii kena cobit lagi )

MAK:  Bagaimana penjagaan seluar ini, cerewet tak ?
AKU:  Biasanya after guna lepas race saya akan rendam, letakkan sedikit sabun sambil gosok-gosok atau celup-celup manja. Jangan nak berus pulak dan saya pon tak berani nak masukkan dalam mesin basuh. After that saya jemur di tempat yang redup jew tak direct ke matahari. Semoga seluar ini terus berbakti untuk saya. 

MAK:  Ada pesanan tak kepada diluar sana jika ada yang berhasrat untuk membeli jugak seluar ini?
AKU:  Pesanan saya jika serious dalam running, memang satu keperluan untuk memiliknya dan amat berbaloi dengan pelaburan yang dibuat. Tapi jika dalam setahun race ada 5 atau 6 maybe kena fikir banyak kali juga lah. On moment, walaupun saya newbie, saya telah register lebih dari 10 race sepanjang 2016 ini. Sebab tu saya rasa, saya perlu ada sehelai kerana dalam sebulan saya ada 2 atau 3 race. 

MAK:   Amboi patotlah sakan jew traininng sekarang nie. Saudara register berapa KM nie?
AKU:  Memandangkan saya masih baru dalam running, saya hanya register untuk 10KM & 12KM sahaja. InsyaAllah bila stamina dan performance dah cantik nak jugak merasa half marathon pulak,  21KM.


MAK:  Terima kasih kerana meluangkan masa untuk temubual ini saya harapkan agar saudara terus maju jaya. Amin.
AKU;  Sama-sama Puan. Tapi kan, jika Puan boleh jadi sponser saya, itu sudah cukup bagus (sambil tutop molot)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...