Halaman

Khamis, 3 November 2016

RACE : SCORE RUN 2016

Race kali ini betol-betol dalam KL City Bukit Bintang di BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR. Untuk kali ini aku mempertaruhkan diri aku untuk race 15KM untuk julung kalinya . Sebelum nie tak ada lagi rekod race 15KM, paling jauh pon 12KM sahaja. InsyaAllah aku yakin aku mampu buat sehabis mungkin.


Memandangkan race ini lokasinya di Bukit Bintang, jam 4.30pagi aku dah bertolak keluar kerana banyak benda aku fikir jika terlewat masuk KL, kerana majoritynya akan drive pastu adegan-adegan mencari parking pulak. Train mana bukak lagi time tu. Lagipun race aku nie flag off dia jam 6pagi dan kurang berkenan sikit kerana terkejar-kejar dengan solat Subuh. 

10minit sebelum flag off aku dah get ready di starting line. Seperti biasa adegan cilok mencilok pun bermula kerana aku tak nak terkebelakang sangat feeling aku akan jadi orang yang last pulak akn sampai nanti. ha ha ha.

Race kali nie betol-betol seperti main roller coaster, naik turun flyover jew. Memang layan habis ler semua sebelum di uji daki Bukit Tunku di pertengahan race. So far aku still kalah dengan Bukit Tunku. Maybe lepas nie kena banyak daki Bukit pulak kot. Tapi takut jugak race awal-awal pagi bebenor di tambah pulak dengan lampu jalan yang kejap ada kejap  tak ada. Kita yang belakang nie follow jew orang kat depan. Orang depan pergi kanan kita follow kanan, orang depan pergi kiri kita follow kiri. 



Secara over all, enjoy race awal-awal pagi buta nie kerana tak sakit mental dengan kenderaan yang nak cross dan para volunteer pun bagus memberi tunjuk arah. 

Di kala larian aku masih lagi berbaki 500 meter, aku rasa seperti tak daya dah nak speed habis-habisan. Tapak kaki pon rasa lain macam dah. Tapi kuatkan kudrat kerana aku  skor 1jam 30minit. Moga-moga tercapai kot. Sampai jew at finishing line lewat 35 saat sahaja. Anyway alhamdulillah, syukur kerana aku berjaya habiskan 15KM di pagi yang indah ini. Rasa seperti tak percaya pon ada kerana aku berjaya achieved target aku sendiri.


Syukur alhamdulillha ke hadrat Ilahi kerana aku berjaya capai target aku. Thank you Allah amin.

my record 15KM

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...