Hari kedua di Koln City meronda-ronda dengan menaiki train sampai ke Frankfurt Airport. Baru ku tahu boleh jugak amik flight turun sini tapi harga dia mahal sikit kerana dalam kawasan bandar dan jarak dia dekat sahaja dari Koln iaitu 45 minit sahaja. Kat sini banyak flight Lufthansa , sana sini meriah. ala mcm AA dgn MAS ler if kita at Malaysia
Tapi kan apa yang menarik sepanjang aku menaiki train sekitar bandar Jerman ini adalah sistem tiket dia yang mesra pelanggan. Ada certain-certain train ada mesin tiket dalam train atau di sediakan dalam kawasan menunggu train. tidak ada sistem gate dan dengan istilah yang senang di fahami " pandai-pandailah korang g beli tiket tapi yang pasti korang wajib kena ada tiket untuk naik train kerana dalam train nanti memang ada officer yang cek tiket korang dan jika tak ada tiket kena denda 6Euro".
mesin tiket pelbagai bahasa. |
Selain itu juga jadual perjalanan pula di sediakan dalam bentuk aplikasi so if guna smartphone boleh download sahaja dan semua train adalah menepati masa. Yang nie aku memang suka. Memang kalah jika nak dibandingkan dengan sistem kat negara kita. Satu lagi boleh bawa basikal dalam train. Bandar yang mesra alam betol.
dalam ICE Train speed dia 281km/h. mmg laju giler |
kaunter pertanyaan. sila bertnya jangan segan |
Kat sini pula ada beratus-ratus train yang akan tiba dari seluruh pelusuk Jerman setiap hari, dan juga boleh pergi ke Paris juga taw. Terkesima aku kejap.Tapi kan jika tersesat atau tak tahu train yang nak naik tu yang mana satu, sila pergi ke kaunter pertanyaan. Belasah jew bahasa apa asalkan korang sampai. Tidak semua orang Jerman boleh berkomunikasi dalam English kerana Jerman mendaulatkan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi mereka contoh paling hampir dengan kita China & Jepun.
jika kaki smooking, sila smooking dalam petak kuning sahaja. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan