Halaman

Isnin, 12 Oktober 2015

Day 1 : Berlin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, jam 7 pagi waktu Berlin, (waktu di Malaysia lebih kurang jam 1 tengah hari) aku pon sampai ke destinasi yang d tuju. Walaupon dalam benak fikiran ini macam-macam duk fikir, namum alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya. Dalam masa yang sama juga tak percaya pon ada dan menjejakkan kaki di bumi Europe. Actually blur-blur pon ada juga. Tapi aku takderlah menunjukkan sangat reaksi blur, cuma aku cuba memotivasikan diri aku untuk lebih berkeyakinan di kaunter Imigresen nanti. Actually airport Berlin nie kecik jew. Lebih kurang macam LCCT dulu.

Tak sempat nak ke tolilet bagai dah pon Q untuk urusan Imigresen. Muka pon sememeh jew. Dalam masa yang sama juga aku berperang dengan emosi aku yang kureng stabil sikit. Aku dah get ready semua bagai dokumen. Copy tiket nak balik dan a few dokument sokongan yang aku mintak kawan aku buat pon aku dah kepilkan siap-siap bersama-sama dengan "buku merah".

Actually  surat sokongan tu dalam bahasa German. Majoriti pemegang "buku merah" semua get ready dokumen mereka masing-masing. Lebih kurang mereka pon tahu jugak lah prosedur untuk memasuki negara Jerman ini.  Semasa di kaunter Imigresen, aku just greeting "hai Sir good morning" sambil hulur semua dokumen aku. Bila passport pon dah di cop lega rasanya ujian pertama dah lepas, perasaan tu takderlah "seriau" sangat.

Sebelum melalui pintu keluar, pegawai Kastam pon panggil aku. Aku buat biasa sahaja just greeting mcam biasa. Dia tanya "English" dan aku jawab "Yes". Mereka minta aku bukak luggage aku untuk diperiksa. Aku pon buka jew luggage aku tu. Susun atur dalam luggage aku tu memang memudahkan kerja mereka kerana semua makanan, ubat-ubatan, barang toiletteries aku dah asingkan dan aku letakkan dalam plastik lutsinar supaya jelas. Bila mereka dah puas hati,  aku pon keluar dari gate . Keluar sahaja dah arriving hall,  lol keciknyer. Masa tu kawan aku dah tunggu aku. Tanpa buang masa kami pon naik bas untuk terus ke Berlin City.

tiket dari airport nak ke Berlin Hauptbahnof


Lebih kurang 20 minit naik bas, aku pon tiba di Stesen Berlin Hauptbahnof. Di sini aku cek in hotel Ibis untuk 2 malam. Untuk 2 hari ini aku akan berada di Kota Berlin untuk road tour sekitar bandarayanya. Sebelum tu nak rest-rest kejap.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...