Halaman

Rabu, 14 Oktober 2015

Day 1 : Hamburg - Sylt Island

Selepas dua hari duk ronda-ronda Berlin City, destinasi seterusnya adalah Sylt Island. Sylt Island adalah sebuah pulau yang terletak di utara Jerman berhampiran dengan Negara Denmarak ( tak silap aku laaa). Apa yang uniknya tentang pulau ini adalah, untuk sampai ke pulau ini 100% melalui jalan darat iaitu naik keretapi, walaupon korang mampu boleh drive dengan kereta sendiri. Jika drive bawak kereta, kereta boleh naik train shuttle direct ke island nie. 

Perjalan dengan train express memakan masa 3 jam. Mau kematu bontot nie. Train dia mengalahkan ERL express yang dari KL Sentral - KLIA @ KLIA2. Train dia pulak ada kelas-kelas pulakkkkkk. Mau nangis aku nengok. Dah macam opis pon ada cabin dia. complete denga PC bagai dan yang pasti ada WIFI FREE. Jika contoh korang naik train nie atas urusan kerja pastu kena meeting-meting sesama opis mate, dalam train nie pon ada disediakan table tuk korang meeting siap dengan kerusi yang empuk.... alahaiiiiiiiiiiiii....pastu jugak ada cafe bergerak..... boleh order makanan.

Untuk kelas ekonomi sila berjalan ke cafe, takder service cafe bergerak di tawarkan..... macam kelas kasta nampaknya. Inilah kepelbagaian yang dapat aku pelajari dari kemodenan gaya hidup. Kehidupan mereka yang pantas yang sentiasa mengejar masa. Amboiiiiii aku cakap baru 3 hari kat Berlin dah macam-macam duk ulas. hu hu hu..

Apa yang bestnyer sepanjang perjalanan ke Sylt Island akan melalui pekan-pekan kecil dan mereka ini semua adalah petani moden. yang biasa kita lihat dalam tv tu. tanam bijirin laaa.. tanam sayur kobis pastu ada kincir angin bagai. ada lembu-lembu... pastu kuda pon ada jugak. Tetiba aku duk mikir tak sejuk kew ternakan nie smua. Kebal betol kulit. 

Let's enjoy my journey Hamburg to Sylt Island
perkhidmatan pos di sekitar Jerman, ini di HAMBURG
Coach 1st class, ada 4 seat, siap ada pintu lagi
train  akan berhenti di setiap stations menuju ke Sylt Island



kincir angin dan tenaga solar


 
 
 
 

train shuttle

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...