Halaman

Khamis, 15 Oktober 2015

Day 2 : Sylt Island

Dah hampir tiga jam, akhirnya sampai jugak aku di Sylt Island. Angin bayu bukan main kuat meniup seolah-oleh merestui kehadiran aku di pulau ini, di tambah pula dengan suhunya yang sejuk memang terbaikkkkk....amik ko rasakannnn...baru nak feeling-feeling jalan-jalan tanpa jacket... Cuaca sekejap hujan, sekejap cerah sekejap mendung, naik kompius aku. tapi jika hujan tak lah selebat di Malaysia, ala hujan sekejap-sekejap sahaja.

Inilah dia Pulau Sylt di utara Jerman
suasan di sekitar stesen Sylt, basikal adalah main transport di sini selain kereta
Actually Sylt Island nie adalah sebuah pekan yang kecil dan ada hub-hub mini pekan didalamnya. Majoriti penduduk tempatan menjadikan pulau ini sebagai pulau percutian mereka dan ada diantaranya menjadikan kediaman mereka sebagai rumah persinggahan semasa bercuti. 

Season aku datang nie bukannya season mereka duk bercuti, so tak ler serabut sangat. Musim panas adalah musim percutian yang terbaik di sini kerana pantainya yang begitu cantik sekali.

Di sini, aku check in sebuah apartment jenis studio dan berhampiran dengan pantai. Dekorasinya amat moden sekali kena dengan selera aku.


kitchen yang kecik tapi complete bagai. mesin basuh jew tadak
ruang makan utk berdua, sebelah tu ada balkoni dan dpn tu hotel
hotel dpn balkoni
Pada waktu petang aku pon bersiar-siar (jalan kaki jew) di sekitar area tempat kami duduk nie. Tarikan utamanya adalah pantai. Pasirnya yang memutih dah bersih dan ada pulak di sediakan tempat untuk duduk di tepi pantai. Memang mempesonakan betol suasananya. 

ombak yang kuat membadai. gerun nengok coz air warna hijau
angin pon kuat betol

sekejap cerah

sekejap mendung

nampak macam panas kan, tapi realitynya sejuk amat sangattttttttt
kedai air laut untuk kesihatan. aku pon beli jugak tuk merasa. tapi mmg masin sebijik air laut weiiiiii
berus yang di sediakan untuk remove pasir dari kasut. tak payah nak hentak-hentak kasut. ok good idea

Dah puas meronda-ronda sekitar pantai, kami pon jenguk-jeguk jugak kawasan sekitar. Ada jugak supermarket, restoran-restoran, butik-butik dan Mcd pon ada jugak sini.


 
 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...