Actually run nie more kepada fun sahaja. Sudah 3 tahun berturut-turut AVANUE K KUALA LUMPUR menganjurkan race ini. Sebelum ini pernah review, rata-rata kata so much enjoy and fun joint this race. Aku pon apa lagi try ler register.
Pada 28 Ogos yang lalu, berlangsung sudah AK BALLOON RUN 3.0 2016 di pintu utama AK Jalan Ampang (opposite KLCC tuuuuu). Jam 6.30AM aku sudah pon sampai di AK, dan race akan bermula jam 7.30AM untuk 7KM.
Yeay.... iam done 7KM around the KL City |
Apa yang menariknya mengenai run ini adalah, setiap runner akan di berikan 4 belon untuk di bawa sepanjang larian mereka. Wow.... memang mencabar kan. Terfikir jugak adakah belon ini akan pecah or sebagainya. ha ha ha ha. Tapi bukan mudah taw nak berlari bersama-sama 4belon di sisi badan. Harap-harap aku berjaya lah membawa belon-belon ini mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur di pagi hari.
Route larian untuk 7KM tidaklah mencabar manapun, kerana berlari dalam segitiga emas Bandaraya KL nie kita banyak di sajikan dengan kondo-kondo mewah serta pusat-pusat membeli belah. Tetapi berlari awal pagi memang sesuatu yang menarik.
Untuk race ini aku pon tak training sangat kerana aku sendiri kesuntukan masa dek tuntutan kerja. (tak abih-abih alasan aku bz ngn kejew.... adoiiiiii) Lagipon aku target just nak fun jew for this run. Sepanjang larian ini memang enjoy kerana satu keunikan pulak kerana semuanya wajib berlari bersama-sama belon yang di sediakan.
Di KM yang terakhir tu speed lah jugak coz seperti tak best pulak if tak pecut kan. ha ha ha ha. Dah dapat medal bagai cari tempat nak rest-rest kejap. Cantik jugak design medal kali nie. Sesambil tu sempat ler jugak snap pic bagai.
everybody are winner
Aku stay untill end event, yer lah nak tgk jugak muka-muka juara nanti. Best rercord men open 7KM is 20 minutes. wow... hebat. giler. My personel record is 30minutes. ok lah tu kan........Time nie JEREBU dah melanda MALAYSIA. Satu event running at JOHOR di batalkan atas faktor jerebu kerana IPU tak sihat. Alhamdulillah at KL tak ketara sangat jerebunya.
Esoknya (isnin) jerebu memang jelas kelihatan. Memang sakit mata dan sesak nafas tengok. Tapi next daynya untill MERDEKA jerebu sedikit reda dengan kehadiran hujan. Alhamdulillah jerebu tahun ini tidak seteruk yang sebelum-sebelumnya. Thank you Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan