Sempena Hari Malaysia 16 September 2016 yang lalu, aku telah menyertai larian RUN FOR NATIONAL UNITY 2016 yang bertempat di Padang Merbok Jalan Parlimen Kuala Lumpur. Aku register untuk 7KM. Pada awal pagi tu seperti biasa lah dah buat sedikit sarapan sesambil tu tengok-tengok suasana di pagi hari walaupun masih lagi gelap di selang seli dengan bunyi seakan-akan hujan rintik-rintik.
Oooo baru nak hujan nie. If hujan turun sekarang pon ok jugak. Tapi sulit jugak nanti nak gerak. Oleh kerana dah tahu signal hujan akan turun aku buat plan B, if betol-betol lah hujan nanti. Aku ambil sehelai baju dan sehelai seluar dan sepasang selipar maybe aku akan basah kotttttt nanti. Sebelum nie aku tak penah pon bawak bekal bagai. Orang kater sediakan payung sebelum hujan. Tak lupa juga bawa payung.
Jam 6.30 pagi aku dah hampir nak sampai Padang Merbok, hujan pon turun mencurah-curah bagai nak rak. Memang "menjadi" betol hujan pagi nie. Syukur..... hujan itu kan rahmat....... Tapi bagaimana nak lari nie jika hujan berterusan. Aku cepat-cepat berlari untuk masuk dalam khemah yang terdapat di Padang Merbok kerana ketika itu hujan memang dah lebat giler. Ini memang 1st time nie berhadapan dengan situasi hujan di pagi hari nak race.
Rata-rata runner kat padang tu pon dah ramai masuk khemah dan tak boleh nak tampung dah. Jika di ikutkan jadual, race akan bermula padam jam 7.30 pagi. Sebelum 7.30pagi emcee wat announce race di tangguhkah untuk 30 minit, so race akan start jam 8pagi. Ya Allah dah ler hujan sejuk pulak tu kena tempias bagai. Kasut pulak tak payah citer laa memang dah lenjun basah. Rata-rata alami masalah yang sama. Memang ujian betol untuk race kali ini. Kejap-kejap diselang-seli dengan suara emcee.
Jika di ikotkan semua orang tak nak berlari dalam hujan wei. Tapi aku berdoa sahaja, jika aku kena berlari jugak aku redho jew. Jam 7.50pagi lagu Negaraku berkumandang dan semuanya turut serta menyanyi berama-sama dan selepas itu larian akan di teruskan walaupun hujan masih lagi turun. Nak kata renyai tak lah jugak. Memang lebat lah jugak. Adoiiiiiii cari nahas betol aku nie.
Hampir jam 8pagi semua dah get ready kat flag off. Ada yang bawak payung lah untuk berlari. Tapi aku gamble jew di tambah pulak dengan kasut yang dah basah. Actually antara ready dan tak ready sahaja aku berlari pagi tu. Oleh kerana semua turut serta berlari aku pon berlari lah jugak. Tapi siyes enjoy jugak berlari dalam hujan nie. sebelum nie aku pernah lari dalam gerimis sahaja di Putrajaya. Bukan mudah berlari dalam keadaan hujan ditambah pulak jalan yang lecak dan menambahkan lagi beban pada kasut untuk bertambah berat dek kerana air masuk dalam kasut. Tapi adakalanya aku ngelak jugak untuk tidak terkena lecak. Over all race aku untuk 7km ini enjoy sekali di pagi yang dingin. Oleh kerana aku memang 100% basuh lenjun sebelum race bermula lagi, memang tak boleh nak berlari laju sangat pon.
Mujurlah jugak route dia tak mencabar sangat, daki skit jew Bukit Tunku. Alhamdulillah 100% aku berlari sepanjang race ini. Thank you Allah di atas nikmatmu.
After race, cam biasa collect medal bagai dan tunggu prize ceremony. Sebelum tu ada show oleh student HELP UNIVERSITY KL. Show 1 Malaysia, bersempena Hari Malaysia kan. Rata-rata ramai runner yang tunggu hingga habis event kerana ada lucky draw dan hadiah pon hebat-hebat giler woiiiiii.
Dah settle, aku di tukar baju dan lepas tu gi collect bib di Dataran Merdeka untuk race MALAYSIA DAY RUN 2016 . Ini adalah pertama kali aku masuk back to back (B2B) daya kew esok nie nak run 12km pulak. Tapi siyes aku cakap, lutut aku sebelah kiri nie dah semacam jew signal dia. Rasa sakit pon ada jugak kesan kena ujan tadi. ho ho ho ho ho.. harap-harap aku cepat sembuh.
Dah sampai rumah dah settle urus diri dan dah siap basuh kasut bagai aku rest kejap ambil sapu minyak pada lutut aku. Moga-moga aku boleh berlari seperti sediakala esok. Doakan agar aku sihat sejahtera.Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan