Setelah hampir 2 minggu rest dari race, kini bersemangat untuk welcome back untuk memecahkan rekod yang seterusnya (mukaddimah terlebih aura kesan daripada Sukan Olimpik di Rio 2016). Race kali ini bertempat di Laman MBPJ Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Act ini adalah race yang ke-28 yang telah di anjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan juga bersempena dengan sambutan 10 tahun MBPJ.
Bila di kenang-kenang dan di ingat-ingat semula,(throw back kejap) Petaling Jaya (PJ) adalah Daerah yang pertama sekali aku "menapak" semasa aku mula-mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu. Tetiba teringat memori-memori dan kisah suka dan suka semasa bermastautin di Daerah PJ nie. Dahulu, ianya di kenali sebagai Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), dan kini ianya di kenali sebagai MBPJ. Tudiaaaaaaaaaaa lama lah jugak aku meninggalkan Daerah PJ ini yerk atas tuntutan kerjaya (ayat tak nak kalah).
Diam tak diam dah 10 tahun MBPJ nie dan aku sendiri pon memang jarang-jarang datang PJ nie. Orang kata "tempat jatuh lagi di kenang................... (pastu apew lagi yerk, ada lagi sambungan dia tuu)... idea tak datang cam nie ler. Merapu jew aku.
Ok, berbalik kepada cerita race aku pulak yerk..... Race ini telah berlangsung pada 21 Ogos yang lalu dan seperti biasa 10KM menjadi pilihan hati aku. Tak daya lagi wei nak masuk HM.... stakat register tu mampu ler, tapi nak habiskan 21KM tu mau berpinor-pinor biji mata tengok jalan. InsyaAllah doakan agar aku di berikan kekuatan suatu hari nanti. Tapi siyes aku cakap, memang ada keiniginan nak mencuba HM tapi tunggulah dulu.
Apa yang menariknya race ini adalah CHICKABOO menjadi Duta rasmi untuk PJHM 2016, ekoran daripada critanya yang trending di media sosial kerana berlari di lorong kanan di Federal Highway. Tak pasal-pasal ko femes secara free-free jew Chickaboo dan secara tak langsung melonjakkan lagi harga ko dipasaran. Jangan tak percaya Chickaboo penah masuk tv okeyyyyyyyy.
Race untuk 10KM ini akan starting pada 5.30AM. Ini adalah 1st time aku start race awal pagi bebenor. Rasanya seperti masuk HM pulak start awal-awal pagi cam nie. Semalamnya, sebelum tidur aku dah ting tong sikit memikirkan nak bangun kol brapa nie pagi esok? nak gerak lagi? Masalahnya nak setting kat kepala otak nie supaya tak terlewat bangun sahaja. So pagi tu jam 3.30AM aku dah bangun dan alas perut sikit walaupon mata nie stil ngantuk.
Jam 4.30AM dah gerak keluar, rasanya sempat sampai kot. Actually aku check in at Shahs Village Hotel Petaling Jaya, tu yang berangan kata sempat. Sampai jew cam biasa warm up dulu bagai dan sempat ler jugak tgk HM di lepaskan. Act race kali nie secara overallnya tak ramai sangat yang join kerana, kebetulan minggu nie memang full dengan race yang menarik-menarik.
Semalamnya, PUMA NIGHT RUN at Shah Alam (aku tak joint) dan awal pagi nie pula MY BUDDIES RUN at Cyberjaya, CHALLEGES BUDDY RUN & KL FREE CAR at Dataran Merdeka KL, CENTRO KLANG RUN at Klang & MELAWATI ECO RUN at Bukit Tabur. Hmmmm memanng tak menang tangan nak joint yang mana satu kan. Ikotkan hati nak jew joint semua. Tetapi yang aku "terberkenan" sekali adalah race MY BUDDIES RUN at Cyberjaya sempena hari kemerdekaan Negara kita yang ke 59 tahun dengan temanya #SEHATI SEJIWA. Tapi nak wat camner dah register PJHM2016 so kita lari yang nie jew laaaaaaaa.
Selepas HM di lepaskan, cepat-cepat get ready untuk 10KM at starting line, (biasalah muka nak free gedik-gedik depan camera). Sedikit menarik semasa di starting line, aku bersebelahan dengan seorang PACER TEAM ULTRON. Neves kejap kiter dan segan ler pulak nak tegur. Mana taknya, dia selalu dalam top 10 in Women Category. Tak apa, alang-alang dia dah berdiri sebelah aku, aku just target nak follow pace dia jew nanti. InsyaAllah. Oh ya, untuk race nie target aku below 1hr. InsyaAllah boleh kot.
Jam 5.30AM, bermulah larian aku di awal ini. Sendu-sendu betol larian aku ini, kerana seperti jejak kasih pulak kembali ke tempat asal untuk sekian lamanya. Untuk 5KM yang pertama, alhamdulillah larian baik sahaja dan keadaan trafik terkawal sahaja. Selepas 5KM yang kedua, aku berselisih dengan pacer team ultron yang aku citer awal tadi tu, adakalanya aku depan dia, dan dia depan aku dan sebaliknya sehinggalah kepada 1km lagi nak abis.
Keadaan traffik kurang memuaskan dan adakalanya jalan yang satu lorong itulah berkongsi dengan kenderaan yang lalu lalang dan sedikit membahayakan kepada runner. Adoi dengan aku-aku sekali naik cuak dengan adegan macam nie. Ngeri oiiiiii. Anggota traffick perlu tegas sikit dengan pemandu kenderaan. Kami as runner hanya mahu jaminan keselamatan sahaja ketika berlari di jalan raya. Cepat atau lambat kami berlari, itu belakang citer. Eeeeee tak pasal-pasal aku membebel dah. Dan satu lagi, organizer perlu lebih teliti dan peka dalam pemilihan route larian untuk runner. Aku cadangkan cuba organizer berlari awal-pagi seperti kami guaner gamok rasernya, eeee geram pulak kiter.
Semasa larian masih lagi berbaki 1KM, runner 10KM di uji mendaki laluan di Jalan Bukit Menteri SELATAN 7/2 dan Jalan Bukit Menteri Utara 7/4 sebelum keluar melalui Jalan Selangor. Nak menjerit jew semasa mendaki Jalan Bukit Menteri nie, mana taknya, barai giler pace aku. Adoiiiiii.... Tapi, lagi adventure daki Bukit Tunku.
Terimalah hakikat bahawasanya, aku bukanlah seorang raja bukit. Setelah memasuki Jalan Selangor, telah nampak sinar-sinar finishing line. Sempat lagi kemas-kemas sikit baju kot-kot terselak pulak time photo kita di ambil oleh para-para peminat kiri dan kanan jalan nanti (feeling cam 1st place jew). Lega weiiiiiii after daki Bukit Menteri tuuuuuu. Jahanam timing aku.
Syukur alhamdulillah, settle sudah larian aku yang ke-10. Yer betol ini race yang ke-10 dah weii. Frust nonggeng tengok timing. After dah collect medal bagai, terserempak sekali lagi dengan pacer team ultron tadi tuuuuu... Entah camner secara spontan tertanya pasal race. Lol... lebih kurang dengan aku jew pace dia. kwong kwong kwongggggggggggg. Tapi jangan pandang rendah, dia kan masuk category wanita, so ada potensi kot naik podium. Tak pon dia dalam list top 10.
Dah abih aku cool kan badan. Cam biasa redah-redah kawasan tengok apa yang menarik. Dapat jugak jumpa Duta PJHM2016 secara live. Mesti hight demand Chickaboo lepas nie. Oleh kerana kesan daripada aku frust nonggeng tadi tuuu, ku tadak mood nak tunggu lama. Lutut pon feeling dah tak ok. Jalan pon terhincut-hincut. Sampai bilik rest-rest kejap sebelum check out.
Alhamdulilah syukur, official result dah keluar. Memang betol dengan unofficial time aku. Terimalah dengan hati yang terbuka wahai hatiku yang tengah berduka lara di tambah lagi dengan sakit lutut sebelah kiri nie, di tarik nikmat sekejap olehNya. Mungkin salah gaya landing tapak kaki kot semasa berlari.
Ingat lagi tak pacer team ultron tu, dia dapat no 9 weiiiiii... memang betol sangkaan aku dia dalam top 10. So masuk category wanita ler gamoknya nie aku baru feeling boleh naik podium kan.
Oleh yang demikian, aku mengklasifikasikan, kegagalan aku tidak dapat skor below 1 hour adalah seperti berikut (seperti masuk Sukan Olimpik pulakkkkkkkkkk wat post mortem bagai):
1. Selepas sahaja habis race SCKLM 2016, aku pergi holiday selama seminggu. Dalam tempoh seminggu tersebut, aku gagal untuk lakukan sebarang jogging. Oh maafkan daku, kerana aku tengah dalam mood H.O.L.I.D.A.Y masa tu. Reward for my self katernyer kerana tidak disangka-sangka achived target untuk sekian lamanya mengidam. Act dah lama plan untuk holiday nie.
2. Aku sepatutnya continue training dan ikot jadual yang aku buat selepas habis holiday. Ini tidak aku ikotkan hati jew. Sebelum menjelang race PJHM 2016, aku training 3 hari sahaja. Aku nie banyak cekadak betol lah.
3. Aku gagal membawa aura #MalaysiaBoleh dalam race ini ekoran kegagalan #TeamMalaysia dapatkan pingat emas untuk badminton perseorangan negara di Sukan Olimpik di Rio.(pepandai jew aku create kegagalan sendiri disebabkan orang lain) Walhal pada hari race, aku sendiri yang pilih nak pakai tshirt #TeamMalaysia sebagai aura untuk aku.
4. Yang terakhir, yang boleh di terima pakai kenapa aku tak boleh skor adalah, track di KM9 adalah berbukit dan aku memang kalah dengan bukit. So kena fokus daki bukit ler pulak. Pace aku pon barai time daki bukit.
Apa yang aku boleh banggakan dengan diri aku (bukan riak taw), alhamdulillah syukur, ini adalah race aku yang ke 3, dimana aku berjaya sekali lagi berlari 100% sepanjang 10KM ini, Thank You Allah syukur di atas segala nikmatMu Amin.
Jumpa lagi di race akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan