Halaman

Ahad, 18 Oktober 2015

Day 2 : Koln


Hari kedua di Koln City meronda-ronda dengan menaiki train sampai ke Frankfurt Airport. Baru ku tahu boleh jugak amik flight turun sini tapi harga dia mahal sikit kerana dalam kawasan bandar dan jarak dia dekat sahaja dari Koln iaitu 45 minit sahaja. Kat sini banyak flight Lufthansa , sana sini meriah. ala mcm AA dgn MAS ler if kita at Malaysia




Tapi kan apa yang menarik sepanjang aku menaiki train sekitar bandar Jerman ini adalah sistem tiket dia yang mesra pelanggan. Ada certain-certain train ada mesin tiket dalam train atau di sediakan dalam kawasan menunggu train. tidak ada sistem gate dan dengan istilah yang senang di fahami " pandai-pandailah korang g beli tiket tapi yang pasti korang wajib kena ada tiket untuk naik train kerana dalam train nanti memang ada officer yang cek tiket korang dan jika tak ada tiket kena denda 6Euro".

mesin tiket pelbagai bahasa.
Selain itu juga jadual perjalanan pula di sediakan dalam bentuk aplikasi so if guna smartphone boleh download sahaja dan semua train adalah menepati masa. Yang nie aku memang suka. Memang kalah jika nak dibandingkan dengan sistem kat negara kita. Satu lagi boleh bawa basikal dalam train. Bandar yang mesra alam betol.
 



dalam ICE Train speed dia 281km/h. mmg laju giler



kaunter pertanyaan. sila bertnya jangan segan
Kat sini pula ada beratus-ratus train yang akan tiba dari seluruh pelusuk Jerman setiap hari, dan juga boleh pergi ke Paris juga taw. Terkesima aku kejap.Tapi kan jika tersesat atau tak tahu train yang nak naik tu yang mana satu, sila pergi ke kaunter pertanyaan. Belasah jew bahasa apa asalkan korang sampai. Tidak semua orang Jerman boleh berkomunikasi dalam English kerana Jerman mendaulatkan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi mereka contoh paling hampir dengan kita China & Jepun.


jika kaki smooking, sila smooking dalam petak kuning sahaja.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Day 1 : Koln

Selepas dua hari di Sylt Island, percutian ini di teruskan ke Koln City. Bila dah masuk Koln, suasana sedikit berubah. D ah nampak a few asian face sana sini. Homeless pon ramai, dan kebersihan pun tak sebersih di Berlin. Maybe di pengaruhi oleh kumpulan migran yang berhijra di Koln.

Apa yang menariknya antara Berlin dan Koln,] secara sepintas lalu, walaupun negara mereka maju mereka tidak menjadikan kemajuan pemodenan pembangunan yang mencakar langit sebagai trade mark/ ikon mereka. Sebaliknya bangunan-banguna sekitarnya kebanyakan setinggi lima tingkat sahaja yang terdiri daripada apartment  dan apartment mereka begitu terjaga dengan bersih dan kemas dan tidak memerlukan security guard.



teksi di sekitar bandar Koln












Ini pula adalah contoh apartment yang mereka tinggal. Dari luar terjaga kebersihan.










Yang ini pula adalah nama senarai penghuni beserta no.rumah. Jika datang just press bell dan tekan kepada rumah mana yang kita nak pergi dan tuan rumah akan buka pintu entrance dari dalam untuk pelawat . Nanti tuan rumah blh tanya siapa kat luar tuuuuuu. Bagus kan.


peti surat  untuk setiap penghuni dan setiap box  ada nama. posmen akan hantar by nama yang tertera sahaja dan jika tidak akan masuk dekat box managment. Contoh kat sini yang blh nampak, bangunan ini ada lima tingkat, setiap tingkat ada 3 unit yang berbeza saiz.

Jumaat, 16 Oktober 2015

Day 3 : Sylt Island

Keesokan harinya kami pula pergi ronda-ronda lagi sekitar dengan menaiki bus. Jika nak naik basikal pon boleh juga, kerana apabila dah penat kayuh, basikan boleh tumpang letak belakang bas. Bagus betol kan perkhidmatan yang di tawarkan. Tapi serious aku cakap, suhunya amat sejuk sekali, yerlah benda tak biasa dengan kita kan. Tapi muka still maintain cover dek kesejukan





aku lupa dah apa nama benda alah nie. tapi yang aku tahu ianya di bina untuk mengurangkan suhu sejuk di malam hari kerana ada penduduk yang tinggal di sekitar sini. Ianya sepeti bukit pasir dan lama kelamaan akan adalah nanti tumbuh dengan rumput-rumput
 

 yang ini pulak channel tv. awassss tak boleh pasang tinggi-tinggi di kawasan pulau ini kerana takut disambar petir dan tak pasal-pasal rumah terbakar. satu hal pulak nak manggil bomba tuk datang. dah ler jauh kawasannya. tapi kebanyakan memang letak kat tanah jew benda nie.


yang ini pula yang aku cakap tadi. Jika naik basikan boleh tumpang blkg bas dan driver bas akan sangkut kat belakang tu. senang kan. 
 






Khamis, 15 Oktober 2015

Day 2 : Sylt Island

Dah hampir tiga jam, akhirnya sampai jugak aku di Sylt Island. Angin bayu bukan main kuat meniup seolah-oleh merestui kehadiran aku di pulau ini, di tambah pula dengan suhunya yang sejuk memang terbaikkkkk....amik ko rasakannnn...baru nak feeling-feeling jalan-jalan tanpa jacket... Cuaca sekejap hujan, sekejap cerah sekejap mendung, naik kompius aku. tapi jika hujan tak lah selebat di Malaysia, ala hujan sekejap-sekejap sahaja.

Inilah dia Pulau Sylt di utara Jerman
suasan di sekitar stesen Sylt, basikal adalah main transport di sini selain kereta
Actually Sylt Island nie adalah sebuah pekan yang kecil dan ada hub-hub mini pekan didalamnya. Majoriti penduduk tempatan menjadikan pulau ini sebagai pulau percutian mereka dan ada diantaranya menjadikan kediaman mereka sebagai rumah persinggahan semasa bercuti. 

Season aku datang nie bukannya season mereka duk bercuti, so tak ler serabut sangat. Musim panas adalah musim percutian yang terbaik di sini kerana pantainya yang begitu cantik sekali.

Di sini, aku check in sebuah apartment jenis studio dan berhampiran dengan pantai. Dekorasinya amat moden sekali kena dengan selera aku.


kitchen yang kecik tapi complete bagai. mesin basuh jew tadak
ruang makan utk berdua, sebelah tu ada balkoni dan dpn tu hotel
hotel dpn balkoni
Pada waktu petang aku pon bersiar-siar (jalan kaki jew) di sekitar area tempat kami duduk nie. Tarikan utamanya adalah pantai. Pasirnya yang memutih dah bersih dan ada pulak di sediakan tempat untuk duduk di tepi pantai. Memang mempesonakan betol suasananya. 

ombak yang kuat membadai. gerun nengok coz air warna hijau
angin pon kuat betol

sekejap cerah

sekejap mendung

nampak macam panas kan, tapi realitynya sejuk amat sangattttttttt
kedai air laut untuk kesihatan. aku pon beli jugak tuk merasa. tapi mmg masin sebijik air laut weiiiiii
berus yang di sediakan untuk remove pasir dari kasut. tak payah nak hentak-hentak kasut. ok good idea

Dah puas meronda-ronda sekitar pantai, kami pon jenguk-jeguk jugak kawasan sekitar. Ada jugak supermarket, restoran-restoran, butik-butik dan Mcd pon ada jugak sini.


 
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...