Halaman

Sabtu, 19 November 2016

RACE : PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2016

Pejam celik-pejam celik, dah nak hujung tahun. Now dah bulan NOVEMBER dan 2016 bakal meninggalkan kita. Dah masuk bulan November aku pon dah slow-slow sikit joint race. Nak kata busy ngn kerja tak jugak ha ha ha.

Pada 12 November yang lalu aku telah menyertai PUTRAJAYA NIGHT RUN 2016 di DATARAN PUTRAJAYA PRESINT 3 PUTRAJAYA. Yang pasti ini bukan pertama kali aku race di PUTRAJAYA dan tak silap aku ini ada race aku yang ke-2 aku run di kala malam hari. Last hari tu semasa event MENS HEALTH WOMENS HEALTH NIGHT RUN BY AIA VITALITY MY PUTRAJAYA .

Jika di ikotkan perancangan, aku lebih berminat untuk menyertai LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH di KUALA KANGSAR PERAK. Pada awalnya memang aim sangat nak joint kerana aku baca review tahun-tahun yang sebelum ini semuanya super amazing kerana berlari dalam suasana desa yang permai. Tapi apabila dikaji dan di kaji aku pun joint event at Putrajaya sahaja. InsyaAllah if next year tak clash nak joint. Seperti biasa, 10KM, menjadi pilihan hati aku. Moga-moga aku di beri kekuatan untuk membuat rekod baru. Amin.


Suasana petang itu sedikit mendung, sesekali awan berarak membawa petunjuk akan hujan petang nanti. Aku sedikit gusar kerana plan nak bertolak jam 6 petang kerana jika lokasi di Putrajaya tiada masalah untuk parking. Setelah di timbal tara bagai, after Asar aku pun bertolak. Fikir antara-antara kemungkinan antaranya takot jem if hujan lebat. Setibanya aku di putrajaya hujan masih lagi gerimis-gerimis tapi basah ler jugak jika tak cari tempat berteduh.

Semasa flag off FM jam 8PM, suasana masih lagi gerimis. Syukur alhamdulillah, semasa flag off 10KM pada jam 8.40PM, gerimis pon sudah berhenti. Mau risau jugak jika berlari dalam hujan, mau berat kasut nanti. Mood aku pada malam itu tak lah excited sangat kerana aku bimbang takot-takot esoknya aku sakit lutut lagi jika berlari dalam hujan. Kerana sebelum ini aku pernah race dalam ujan dan kesudahnya esok meraung kasakitan. Dari segi stamina memang fail sikit. Awatler malas benor aku training. Oleh kerana aku  malas nak turun training, memang tercungap-cungap jugak ler after flag off. Rasa nak start jalan pulak. Tapi aku still istikomah run sehabis mungkin. Memang azab bila tak cukup stamina nie.

Selepas run 2KM, runner 10km bertembung dengan runner HM dan juga saki baki runner FM. Dari jauh kelihatan seperti segerombolan askar (eh betol kew ayat aku tu) Memang sesak lah jugak jalan. Nak mencilok pon sulit. Masing-masing pace slow. Dan yang tak boleh blahnyer ada route yang tidak mempuyai lampu jalan serta jalan sempit. Aku ambil keputusan untuk run di sebelan kiri bahu jalan guna laluan pejalan kaki. Nak bernafas pon tak selesa kerana masing-masing memerlukan oksigen dan aku sendiri boleh merasa bahangnya. MasyaAllah tak boleh nak bayangkan jika yang belakang-belakang sana tu  yang terpaksa tempuh ratusan runner. Tapi inilah satu pengalaman setiap kali race.  Setelah 4KM kami run bersama-sama,  kami pon berpecah route. Memang lega dan jalan pon clear. Dan jika nak baiki pace yang hancur lebur semasa bertembung tadi pon boleh kerana rata-rata memecut sakan kerana ada baki 4KM lagi.


Secara over all enjoy setiap route, tapi yang tak syoknyer route yang bertembung dengan HM tu yang tak best kerana awal-awal race dah bertembung. Jika pertengan race oklah jugak tak ler sesak giler. Yang paling syok 1km before finishing line ada lagi water stations yang terakhir. Memang suka. Inilah last energy yang diperlukan sebelum pecut habis-habisan. Tapi aku tak pecut mana pon. Mengah pon adalah. Slow and steady jew. Yang pasti below 1hour.

Satu lagi nak komen, untuk next time mohon di awalkan flag off nyer. Sesuaikan dengan waktu masuk solat Maghrib. Mungkin after 30minit masuk waktu solat Maghrib dah sesuai untuk flag off FM.  Yerlah bagi aku untuk 10km flag off kol 8.40PM tu dah lewat kot. apatah lagi yang masuk FM tu . kol brapa nak habis run. Mungkin ini juga antara faktor penyumbang kesesakan semasa bertembung dengan HM kerana each category beza flag off nya adalah 20minit. Aku rasa wajar ikot standard flag off each category untuk elakkan kesesakan. Yang pasti tidak semua runner 100% berlari semasa race. Dan petugas-petugas pon tak ler lewat balik rumah kan. Itu hanyalah sekadar pandangan peribadi sahaja.

Oleh kerana aku tak ada mood sangat lepas race tu, Aku plan nak balik terus. Memang tak sempatler nak tgk prize ceremony. Esoknya belek-belek medal baru terperasan aku dapat medal 5KM wei...... adoiiiiiiiiiiiii. Yang pasti aku run 10km. tak apalah. Maybe aku silap masuk line kot after finishing line.(think positive) ha ha ha. Oleh kerana penangan malas turun training, aku rest kat rumah jew (walhal sakit orat). Petang tu baru layan FB sambil di temani hujan mencurah-curah turun. Sesambil tu sempat lagi stalker IG runner yang joint LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH di KUALA KANGSAR PERAK awal pagi tadi. Menjerit kejap negok medal yang cantik dan bukan senang nak selfie dengan Sultan Perak. Bertabahlah wahai hati oiii. Maybe akan ada rezeki yang lagi bagus kot, Amin.

Syukur kehadrat Ilahi di atas nikmat yang Engkau berikan. Jika rajin turun training memang boleh pecah banyak lagi rekod nie . Tapi ini pon dah cukup untuk aku. Alhamdulillah. Thank you Allah, amin.


Next race kemana pulak? tungguuuuuuuuuu

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...