Halaman

Sabtu, 24 September 2016

RACE : MALAYSIA DAN RUN 2016

Seperti biasa aku bangun awal lah jugak pagi nie kerana pagi nanti ada race lagi. Aku pergi mendapatkan kasut yang aku jemur semalan dek kerana basah berlari dalam hujan semalam. Syukur alhamdulillah, dah kering kasut aku nie dan  bertambah excited nak lari. Tapi dalam masa yang sama lutut aku masih lagi sakit. Aku redho jew jika tak dapat berlari pagi nanti. Aku pon try ler run terkedek-kedek dalam rumah. Adoiiiiii camner nak run untuk 12km nie. Memang bahaya nanti nie. 

Selepas solat subuh,  aku pon dapat petunjuk bahawa aku tidak perlu bahayakan diri aku untuk sebuah medal. Buat apa nak lari jika kita telah awal-awal tercedera. Jadi pagi tu aku nekad aku nak pergi collet medal dan goodies bag sahaja. Jam 7 pagi aku dah gerak keluar dan pada time tu dah flag off untuk 12km di Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur..
Sampai sahaja aku duk lepak-lepak  tepi jalan masuk Saloma Bistro kerana kat situ ler boleh lihat muka-muka juara nanti dengan rekod masa mereka. 

Selesai sahaja event di Lanai Matic aku meneruskan perlajalan aku ke KLCC untuk collect bib untuk next run dengan lutut yang masih sakit lagi. Gigeh betol aku nie kan.Thank you Allah di atas segala nikmatMu. Amin.

Jumaat, 23 September 2016

RACE : RUN FOR NATIONAL UNITY 2016

Sempena Hari Malaysia 16 September 2016 yang lalu, aku telah menyertai larian RUN FOR NATIONAL UNITY 2016 yang bertempat di Padang Merbok Jalan Parlimen Kuala Lumpur. Aku register untuk 7KM. Pada awal pagi tu seperti biasa lah dah buat sedikit sarapan sesambil tu tengok-tengok suasana di pagi hari walaupun masih lagi gelap di selang seli dengan bunyi seakan-akan hujan rintik-rintik. 

Oooo baru nak hujan nie. If hujan turun sekarang pon ok jugak. Tapi sulit jugak nanti nak gerak. Oleh kerana dah tahu signal hujan akan turun aku buat plan B, if betol-betol lah hujan nanti. Aku ambil sehelai baju dan sehelai seluar dan sepasang selipar maybe aku akan basah kotttttt nanti. Sebelum nie aku tak penah pon bawak bekal bagai. Orang kater sediakan payung sebelum hujan. Tak lupa juga bawa payung.

Jam 6.30 pagi aku dah hampir nak sampai Padang Merbok, hujan pon turun mencurah-curah bagai nak rak. Memang "menjadi" betol hujan pagi nie. Syukur..... hujan itu kan rahmat....... Tapi bagaimana nak lari nie jika hujan berterusan. Aku cepat-cepat berlari untuk masuk dalam khemah yang terdapat di Padang Merbok kerana ketika itu hujan memang dah lebat giler. Ini memang 1st time nie berhadapan dengan situasi hujan di pagi hari nak race. 

Rata-rata runner kat padang tu pon dah ramai masuk khemah dan tak boleh nak tampung dah. Jika di ikutkan jadual, race akan bermula padam jam 7.30 pagi. Sebelum 7.30pagi emcee wat announce race di tangguhkah untuk 30 minit, so race akan start jam 8pagi. Ya Allah dah ler hujan sejuk pulak tu kena tempias bagai. Kasut pulak tak payah citer laa memang dah lenjun basah. Rata-rata alami masalah yang sama. Memang ujian betol untuk race kali ini. Kejap-kejap diselang-seli dengan suara emcee. 

Jika di ikotkan semua orang tak nak berlari dalam hujan wei. Tapi aku berdoa sahaja, jika aku kena berlari jugak aku redho jew. Jam 7.50pagi lagu Negaraku berkumandang dan semuanya turut serta menyanyi berama-sama dan selepas itu larian akan di teruskan walaupun hujan masih lagi turun. Nak kata renyai tak lah jugak. Memang lebat lah jugak. Adoiiiiiii cari nahas betol aku nie. 

Hampir jam 8pagi semua dah get ready kat flag off. Ada yang bawak payung lah untuk berlari. Tapi aku gamble jew di tambah pulak dengan kasut yang dah basah. Actually antara ready dan tak ready sahaja aku berlari pagi tu. Oleh kerana semua turut serta berlari aku pon berlari lah jugak. Tapi siyes enjoy jugak berlari dalam hujan nie. sebelum nie aku pernah lari dalam gerimis sahaja di Putrajaya. Bukan mudah berlari dalam keadaan hujan ditambah pulak jalan yang lecak dan menambahkan lagi beban pada kasut untuk bertambah berat dek kerana air masuk dalam kasut. Tapi adakalanya aku ngelak jugak untuk tidak terkena lecak. Over all race aku untuk 7km ini enjoy sekali di pagi yang dingin. Oleh kerana aku memang 100% basuh lenjun sebelum race bermula lagi, memang tak boleh nak berlari laju sangat pon. 

Mujurlah jugak route dia tak mencabar sangat, daki skit jew Bukit Tunku. Alhamdulillah 100% aku berlari sepanjang race ini. Thank you Allah di atas nikmatmu.

After race, cam biasa collect medal bagai dan tunggu prize ceremony. Sebelum tu ada show oleh student HELP UNIVERSITY KL. Show 1 Malaysia, bersempena Hari Malaysia kan. Rata-rata ramai runner yang tunggu hingga habis event kerana ada lucky draw dan hadiah pon hebat-hebat giler woiiiiii.



Dah settle, aku di tukar baju dan lepas tu gi collect bib di Dataran Merdeka untuk race MALAYSIA DAY RUN 2016 . Ini adalah pertama kali aku masuk back to back (B2B) daya kew esok nie nak run 12km pulak. Tapi siyes aku cakap, lutut aku sebelah kiri nie dah semacam jew signal dia. Rasa sakit pon ada jugak kesan kena ujan tadi. ho ho ho ho ho.. harap-harap aku cepat sembuh.

Dah sampai rumah dah settle urus diri dan dah siap basuh kasut bagai aku rest kejap ambil sapu minyak pada lutut aku. Moga-moga aku boleh berlari seperti sediakala esok. Doakan agar aku sihat sejahtera.Amin.

Sabtu, 3 September 2016

RACE : AK BALLOON RUN 3.0 2016

Actually run nie more kepada fun sahaja. Sudah 3 tahun berturut-turut AVANUE K KUALA LUMPUR menganjurkan race ini. Sebelum ini pernah review, rata-rata kata so much enjoy and fun joint this race. Aku pon apa lagi try ler register.

Pada 28 Ogos yang lalu, berlangsung sudah AK BALLOON RUN 3.0 2016  di pintu utama AK Jalan Ampang (opposite KLCC tuuuuu). Jam 6.30AM aku sudah pon sampai di AK, dan race akan bermula jam 7.30AM untuk 7KM

Yeay.... iam done 7KM around the KL City
Apa yang menariknya mengenai run ini adalah, setiap runner akan di berikan 4 belon untuk di bawa sepanjang larian mereka. Wow.... memang mencabar kan. Terfikir jugak adakah belon ini akan pecah or sebagainya. ha ha ha ha. Tapi bukan mudah taw nak berlari bersama-sama 4belon di sisi badan. Harap-harap aku berjaya lah membawa belon-belon ini mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur di pagi hari. 

Route larian untuk 7KM tidaklah mencabar manapun, kerana berlari dalam segitiga emas Bandaraya KL nie kita banyak di sajikan dengan kondo-kondo mewah serta pusat-pusat membeli belah. Tetapi berlari awal pagi memang sesuatu yang menarik. 

Untuk race ini aku pon tak training sangat kerana aku sendiri kesuntukan masa dek tuntutan kerja. (tak abih-abih alasan aku bz ngn kejew.... adoiiiiii) Lagipon aku target just nak fun jew for this run. Sepanjang larian ini memang enjoy kerana satu keunikan pulak kerana semuanya wajib berlari bersama-sama belon yang di sediakan.

Di KM yang terakhir tu speed lah jugak coz seperti tak best pulak if tak pecut kan. ha ha ha ha. Dah dapat medal bagai cari tempat nak rest-rest kejap. Cantik jugak design medal kali nie. Sesambil tu sempat ler jugak snap pic bagai. 


everybody are winner

Aku stay untill end event, yer lah nak tgk jugak muka-muka juara nanti. Best rercord men open 7KM is 20 minutes. wow... hebat. giler.  My personel record is 30minutes. ok lah tu kan........Time nie JEREBU dah melanda MALAYSIA. Satu event running at JOHOR di batalkan atas faktor jerebu kerana IPU tak sihat. Alhamdulillah at KL tak ketara sangat jerebunya. 

Esoknya (isnin) jerebu memang jelas kelihatan. Memang sakit mata dan sesak nafas tengok. Tapi next daynya untill MERDEKA jerebu sedikit reda dengan kehadiran hujan. Alhamdulillah jerebu tahun ini tidak seteruk yang sebelum-sebelumnya. Thank you Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...