Event ini amatlah dinanti-nantikan oleh semua orang dan juga aku, sebelum ini aku pernah menyertainya di PENANG pada bulan April. Ketika itu race aku yang ke-2. Kali ini aku menyertainya di PUTRAJAYA. Nak kata aku bersedia pon tak lah jugak. Last week baru jew joint TM FAN RUN dan masih under recovery lagi nih. Dek kerana bersemangat, gigeh jugak aku training di malam hari.
Pada 30 Julai 2016 yang lalu, aku telah menyertai MENS HEALTH WOMENS HEALTH NIGHT RUN BY AIA VITALITY MY yang bertempat di PUTRAJAYA. Memang sudah di jangka memang ramai sekali runner yang joint. Seperti yang sebelum ini, event ini terbahagi kepada 3 acara iaitu Half Marathon 21KM, 12KM dan 5KM. Seperti biasa 12KM memang menjadi pilihan aku.
Cuaca pada petang tersebut sedikit syahdu kerana awan mula menunjukkan tanda-tanda akan hujan sekitar jam 5 petang. Alhamdulillah syukur, hujan telah turun mencurah-curah sebelum event bermula. Sekitar jam 7 malam, hanya gerimis-gerimis sahaja. Memang pecah rekodlah aku nanti berlari dalam hujan nie. After Maghrib baru aku keluar terkedek-kedek dari Hotel Dorsett Putrajaya. Lokasi hotel nie memang dekat sahaja dengan tapak event. Sampai sahaja di tapak event memang dah ramai umat manusia. Sempatlah jugak joint warm up beramai-ramai.
Jam 8 malam, HM di lepaskan dan aku sempat ler jugak tengok muka-muka bakal juara nanti. After that, semua berpusu-pusu berlari anak mencari entrance 10KM, bukan apa memang dah tabiat aku jika boleh nak berdiri depan-depan starting line. Ya..... aku bukan bakal juara tetapi aku adalah juara kepada diri aku nanti. Tetiba memotivadkan diri sendri pulak...
Jam 8.20 malam, 12KM dilelapaskan. Tudia berlarilah aku dalam gerimis. Harap-harapler aku tak demam esoknya. Ini adalah race aku yang ke-3 aku berlari dimalam hari. Adakalanya bahang jugak, adakalanya nyaman jugak. Samalah jugak dengan stamina aku. Adakalanya perit jugak untuk aku kekal berlari sepanjang 12KM ini, tetapi adakanya seronok jugak. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan aku kesihatan untuk aku kekal berlari sepanjang 12KM ini. Memang aku telah memecahkan rekod aku sendiri malam tersebut kerana berjaya berlari sepenuhnya 100%. ( syukur alhamdulillah ).
Actually, bukan mudah untuk aku mengekalkan rentak larian sepanjang 12KM ini, dan aku banyak berperang dengan emosi aku sendiri sebenarnya. Pucuk pangkalnya diri sendiri kena positif terlebih dahulu, walaupun pada masa itu di pintas oleh beratus-ratus runner. Jika stamina kita boleh achived 6 minit in 1km, just kekalkan supaya target kita tercapai nanti. Tapi kan bila dah ada yang start jalan aku seperti alergik pulak nak joint jugak berjalan. Tapi still cekalkan jugak matlamat untuk terus dan terus berlari.
Semasa larian aku masih lagi berbaki 2KM, aku dah merasa kurang selesa pada tapak kaki aku sebelah kanan. Ya aku tahu ini adalah tanda-tanda aku dah over push sangat nie. Tapi aku teruskan jugak terdeked-kedek berlari walaupun rentak aku semakin perlahan. Dalam masa yang sama timbul pula rasa keseronokan.
Apabila dah nampak tanda-tanda hampir kepada finishing line, sedaya upaya aku kerahkan sisa-sisa kudrat yang ada untuk maju ke finishing line. Moga-moga aku dah buat yang terbaik untuk diri aku.
Apabila diingat kembali, aku mula latih diri aku untuk kekal berlari sepanjang larian semasa MILO RUN 5KM. Masa tu boleh dikatan 90% aku kekal berlari sepanjang larian. Feelingya sedikit sakit, walaupun aku dalam proses percubaan untuk mengetahui sejauhmana keupayaan aku. Selepas itu, aku mencuba lagi untuk TM FAN RUN 10KM. Untuk 5KM yang pertama aku kekal berlari. Lepas tu baru start jalan + lari. 2KM yang terakhir aku nekad untuk berlari sepenuhnya sehingga ke finishing line. Alhamdulillah aku berjaya melakukannya.
Dah dapat medal dan mineral water, baru terasa berdenyut-denyut tapak kaki ( masa tu automatik stop lari ). Rasa seperti nak baring pon ada kerana tak tahan sangat. Tapi still tetap cool. Aku just cari tempat yang tak sesak sangat for my self for a while. Bila dah berasa beransur sikit azabnya, pergi collect goodies beg. Mujur Q tak panjang sangat dan g mencari menu yang sesuai untuk di makan.
Jam 11.30 malam acara dah tamat dan memang sempatler melepak depan stage tengok muka-muka winner untuk semua acara.
Sampai jew bilik hotel terus urus diri dan tidor ler pulak. Tapi sebelum tidur memang dah aim, pagi esok nie mesti ada rasa kurang selesa.
Esoknya berjalan seperti kura-kura. Adoiiiii memang tak boleh nak speed. After check out, gigeh gi open house pulak, ber hu hu hu kejap. Dalam masa 2 hari dah recovery sikit. Tapi nak tak nak dah kena back to normal ( training ) coz hujung minggu nie ada event lagi....
Alhamdulillah,official result dah kuar. Syukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat serta kesihatan yang berpanjangan yang Engkau berikan. Ya Allah, aku masih lagi tidak percaya bahawa aku berjaya berlari penuhnya untuk 12KM pada malam tersebut dalam gerimis. Aku pon bersukur juga kerana aku tidak demam. InsyaAllah berjumpa lagi di JB JAN 2017.
Tak lupa juga nak wish terima kasih banyak-banyak kepada #BFF & famili, kerana sudi datang menemaniku dan memberi sokongan di kala kehujanan.
Offficial result MHWH Putrajaya |
Tak lupa juga nak wish terima kasih banyak-banyak kepada #BFF & famili, kerana sudi datang menemaniku dan memberi sokongan di kala kehujanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan