Halaman

Selasa, 24 Februari 2015

Day 2 : Songkhla


Kenderaan rasmi kami 'Tuk-tuk' dah get ready dari jam 12PM lagi. Kami minta maaf kepada driver apew yang terjadi Mujurlah beliau setia menanti. Tapi sepanjang perjalan kami ke Songkhla Municipal Song Thale Park, kami memang  tak habis-habis duk mengomen staff otel tersebut. Sakit jiwa dibuatnya. Bila kami duk tringat smula macam kelakar pon ada. Tapi kami tak nak fikirkan sangat, nanti serabutkan kepala otak kami yang nak enjoy-enjoy nie. Serabut-serabut letak tepi dulu.

Setelah hampir 45minit naik tuk-tuk, kami pon tiba ke destinasi kami Tugu Kepala Naga di Tasik Songkhla.  Sepanjang perjalan, kami melalui kawasan persisiran Pantai Samila. Di sepanjang pantai ini di larang untuk mandi kerana kawasan laut lepas. Dan bendera merah turut terpacak di tepi pantai sebagai tanda amaran BAHAYA.

Apa yang manariknya tentang Tugu Kepala Naga Ini adalah ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan & ekor naga di 3 bahagian yang agak jauh.

Dah abis bergambar ngn Pak Naga nie kami pon makan aiskrim kelapa dengan pulut. Ummm sedap jugak. 1st time try.

 

Nextnyer kami ke "The Lagendary Bronze Mermaid"

Al kisahnyaaaaaaa "Ikan Duyung Gangsa ini  menurut alkisah lagenda Phara Apaimanee(cerita klasik Thai) Ikan Duyung yang duk feeling-feeling sikat rambut atas batu dibawah gemerlapan bulan yang bercahaya, dengan tiba-tiba ada nelayan muda yang buat Ikan Duyung ini terkejut. Jadi Ikan Duyung ini pun terus melompat masuk ke dalam laut dah tidak kembali lagi ke pantai. Tetapi nelayan muda setia menunggu setiap hari tetapi Ikan Duyung tak kembali juga." Begitulah alkisahnyaaaaaaaa

Destinasi seterusnya kami ke Bukit Khao Tan Kuan.Apa yang menariknya, kita dapat melihat panorama Bandar Songkhla dari atas puncak bukit. Apa yang menariknya, untuk naik ke puncak bukit adalah dengan menggunakan lif. Mula-mula aku terfikir juga camnerlah gayanya. Bila dah naik baru taw ghupernyer. Actually seperti naik Cable Car at Bukit Bendera at Penang tu, cuma ianya lift seperti naik bangunan cuma kita boleh nampak tracknya seperti landasan keretapi. Lebih kurang macam tu lah gambarannya. Hanya 3 mint dah pon sampai ke puncak bukit.



time naik naik
 

 

 

 

 

 

Di atas sana ada sebuah kuil Buddha dan rumah api. 

Seterusnya kami ke Chang Puak Camp. Tempat ni untuk tengok gajah.

muka xleh blah, anak gajah nak amik pisang masa nak pose

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...