Pada 30hb Jumaat, kami pon berangkat untuk ke Hat Yai. Kami naik bas Konsortium dari Pudu Sentral Kuala Lumpur. Jam 11 malam, maka bermulalah episod perjalan kami ke Hat Yai. Nak kater aku excited tak jugak, feeling biasa- biasa jew...entahlah ler. Memandangkan naik bas di malam hari so takder sangat aktivit yang menarik selain dari tido. Ummm suhu dalam bas pon buleh tahan gak.
Jam 6.30 AM kami semua sampai di Border Bukit Kayu Hitam. Inilah masanya betolkan urat saraf setelah sekian lama duduk. Ummmm legaaaa sikit. Masa nie. driver bas akn minta semua penumpang untuk serahkan passport masing-masing. Mereka akan tolong isikan form untuk smua penumpang nanti untuk urusan Imegresen di Danok.
Sempatlah aku breakfast roti telor untuk alas perut. Ikotkan perancangan kami, jam 9 AM sampailah kami di Hat Yai. Jenuh gak nak nunggu, jam 8.15AM baru bas bergerak ke Imigresen Bukit Kayu Hitam. Setelah cop bagai di Bukit Kayu Hitam, naik bas untuk terus ke Danok. Time nie jem dah start. Entahler teruk sangat. Hampir 3 jam kami dalam bas tu. Memang kebosanan sangat. Macam-macam duk pikir. Plan pon smua kelaut. Muka masing-masing jangan duk citer ar.
Sampai sahaja di Imegresen Danok, ramainyer umat manusia. Tak tahu nak tuju kaunter yang mana satu. Aku main redah jew. Tapiiiiii so bad service. Mujur group kami cepatlah jugak. Sempatlah juga cari makan apa yang patot tuk bawak bekal. Dari Danok untuk ke Hat Yai City lebih kurang sejam setengah. Secara jujurnya plan kami untuk hari nie semua kelautttttttt. Bila dihitung-hitung, trip kami naik bas nie mcm dah naik train pulak. Istigfar jew byk-byk. Tapi secara jujurnya, aku tak salahkan organizer kerana ketika tu cuti umum di Malaysia, dan pasti raykat jelata Malaysia yang memeriahkan suasana di Hat Yai.
Jam 3 PM baru kami sampai ke Hat Yai. Turun jew bas terus cari tiket untuk balik esok harinya. Kaunter tiket memang dekat sekali just cross a road. Tak lupa juga kami juga tukar duit bagai dah tu pergi lunch.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan