Halaman

Khamis, 26 Februari 2015

Total Expenses holiday at Hat Yai, Jan 2015


Alhamdulillah, percutian budget aku ke Hat Yai sudah berakhir. Nak kata penat memanglah penat. Tapi enjoyyyyy. Mulanya budget akuunder  RM 500 all in. Tapi bila dah dihitung, amik ko terover RM 80. Aku rasa aku lebih kepada makan kot. Yerlah makanan murah-murah. Lagipon kena dengan selera aku.


Di sini aku detailskan perbelanjaan aku semasa di sana untuk seorang:

1. Hotel  RM 130.00
2. Transport RM 150 ( tiket bas dan tuk-tuk)
3. Makan, minum dan shopping RM 300

TOTAL : RM 580.00

Untuk next time nantikan kemana pula destinasinya yerk. Terima kasih smua...

Rabu, 25 Februari 2015

Day 2 : Hat Yai, Part 2

Jam 5petang kami dah settle smua aktiviti berjalan-jalan. Dan dah ready nak pulang ke Malaysia. Pastu singgah hotel kejap ambil luggage. Sambil tu sempat lagi shopping tuk last minit di Bandar Hat Yai. 

aku dan ABAU
Sepanjang kami di sana, inilah driver kami Abau, yang setia membawa kami ke hulu ke hilir. Ikot jew kehendak kami smua nak pergi kemana. Memang bagus sangat orangnya.

Jam 7malam kami semua pon berangkat pulang ke Malaysia. Pukul 5.15 pagi kami pon sampai di Pudu Sentral (Pudu Raya). Jam 10pagi aku terus bertolak ke Kemaman. Lagipon time tu msih lagi feeling cuti-cuti.

In front of The Regency Hotel

Bandar Chukai, Kemaman Terengganu

Malamnya duk nyusun apew benda aku beli at Hatyai.



Selasa, 24 Februari 2015

Day 2 : Songkhla


Kenderaan rasmi kami 'Tuk-tuk' dah get ready dari jam 12PM lagi. Kami minta maaf kepada driver apew yang terjadi Mujurlah beliau setia menanti. Tapi sepanjang perjalan kami ke Songkhla Municipal Song Thale Park, kami memang  tak habis-habis duk mengomen staff otel tersebut. Sakit jiwa dibuatnya. Bila kami duk tringat smula macam kelakar pon ada. Tapi kami tak nak fikirkan sangat, nanti serabutkan kepala otak kami yang nak enjoy-enjoy nie. Serabut-serabut letak tepi dulu.

Setelah hampir 45minit naik tuk-tuk, kami pon tiba ke destinasi kami Tugu Kepala Naga di Tasik Songkhla.  Sepanjang perjalan, kami melalui kawasan persisiran Pantai Samila. Di sepanjang pantai ini di larang untuk mandi kerana kawasan laut lepas. Dan bendera merah turut terpacak di tepi pantai sebagai tanda amaran BAHAYA.

Apa yang manariknya tentang Tugu Kepala Naga Ini adalah ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan & ekor naga di 3 bahagian yang agak jauh.

Dah abis bergambar ngn Pak Naga nie kami pon makan aiskrim kelapa dengan pulut. Ummm sedap jugak. 1st time try.

 

Nextnyer kami ke "The Lagendary Bronze Mermaid"

Al kisahnyaaaaaaa "Ikan Duyung Gangsa ini  menurut alkisah lagenda Phara Apaimanee(cerita klasik Thai) Ikan Duyung yang duk feeling-feeling sikat rambut atas batu dibawah gemerlapan bulan yang bercahaya, dengan tiba-tiba ada nelayan muda yang buat Ikan Duyung ini terkejut. Jadi Ikan Duyung ini pun terus melompat masuk ke dalam laut dah tidak kembali lagi ke pantai. Tetapi nelayan muda setia menunggu setiap hari tetapi Ikan Duyung tak kembali juga." Begitulah alkisahnyaaaaaaaa

Destinasi seterusnya kami ke Bukit Khao Tan Kuan.Apa yang menariknya, kita dapat melihat panorama Bandar Songkhla dari atas puncak bukit. Apa yang menariknya, untuk naik ke puncak bukit adalah dengan menggunakan lif. Mula-mula aku terfikir juga camnerlah gayanya. Bila dah naik baru taw ghupernyer. Actually seperti naik Cable Car at Bukit Bendera at Penang tu, cuma ianya lift seperti naik bangunan cuma kita boleh nampak tracknya seperti landasan keretapi. Lebih kurang macam tu lah gambarannya. Hanya 3 mint dah pon sampai ke puncak bukit.



time naik naik
 

 

 

 

 

 

Di atas sana ada sebuah kuil Buddha dan rumah api. 

Seterusnya kami ke Chang Puak Camp. Tempat ni untuk tengok gajah.

muka xleh blah, anak gajah nak amik pisang masa nak pose

Isnin, 23 Februari 2015

Day 2 : Hat Yai, Part 1

Jam 12PM dah check out. Pagi td kami memang takder any aktivity. Rest dalam bilik jew. Dah siap packing-packing bagai, get ready check out. Hari nie sambung jejalan yang mana sempat dan larat. Jam 12PM tercegat di kaunter check out. Dah settle check out aku akan dapat semula passport aku yang mereka pegang sebagai deposit masa check in semalam.
view dipagi hari
Time aku tengah uruskan hal-hal check out, kekawan dan officemate aku hilang entah kemana. Mungkin sedang amik gambo bagai kot. Tiba-tiba Minah Siam tu kater " Encik minta maaf, satu selipar hotel dalam bilik telah hilang dan encik kena membayarnya" lebih kurang macam tulah ayatnyer dalam speking London versi Siam. Terbeliak aku dengor. Mak oiiii macam aku hadapppp sangat sliper otel ko tuuuu.

Lantas aku pon g tanyer kawan aku kot-kot adew diantara mereka yang berkenan or terambik kewww. Actually nie 1st time aku kena kes mcm nie at otel. Eeeeeeee geram adew sakit jiwa pon adew. Lantas kami pon naik bilik. Memang betol, seingat aku dalam bilik tu adew empat selipar. Satu hal pulak nak ngingat smua. Dah lah kami nie kejar masa. Aduhaiiii. Tup-tup tejumpa lah, terselit bawah katil...Eeeeeee geramnyerrrrr... camner lah housekeeping mereka cari yerk, memang kena sumpah seranah depan-depan housekeeping tu. Lantas kami pon bergegas ke lobby dengan hati yang tengah membara seperti gunung berapi yang nak meletopkan lahanya.

Sampai sahaja di kaunter, officemate aku yang pompuan dah duk tunggu perkhabaran apakah ituuuuuu. Setelah kami cerita kat mereka, sambil tu aku duk pegang lagi empat selipar tu aku. Time tu ramai gak orang nak check out. Walaupon aku masih lagi marah tapi aku masih lagi sopan-sopan cakap ngn Minah Siam tu. Tapi tang officemate aku memang super kaw-kaw  dier bagi kat Minah Siam dah manager on duty. Lantas aku pon undur diri kejap bagi peluang kepada dua orang   settle kasi pulun habis-habisan. Bergema satu lobby dan smua orang duk negok. Yerlah klu gaduh bagi ke budak pompuan memang best punyeeer. Yang tak boleh bla nyer, manager on duty tu tak mengaku dier tu manager on duty. Eeeeee super poyo.

Satu kelemahan kat sini aku nampak, front desk counter mereka tak fasih sangat speaking English dan cara mereka solve problem buka ikot standard S.O.P yang aku blajo iaitu mendengar apa sahaja yang customer marah walaupon pahit untuk menerimanya serta minta maaf bagi pihak housekeeping. Ini tidak, mereka duk melawan cakap dan memang kena laaaaaaa. Nak kater aku marah, memang kami marah. Kerana 'benda bodoh ini' kami dah rugi 45minit. Tapi aku juga tak kata aku yang terbaik dalam pengendalian aduan awam. Lastly aku mintak passport aku dah terus next destinasi kami.

Sabtu, 21 Februari 2015

Day 1 : Hat Yai, Part 3

Jam 9PM pergi kluar dinner. Memang sajew kluor lambat coz nak rest-rest kejap. Waktu malam memang happening. Majoriti rakyat jelata Malaysia jew setiap pelosok. Bab makanan pula memang tak susah nak cari. Aku amat tertarik dengan udang-udang yang beso-beso jew. Berselera aku negok. Tentang harga amat murah dah berbaloi. Klu yang saiz beso-beso tu harga lebih kurang RM50 - RM 60 ikot saiz. Tapi harga macam nie memang takdapat ar at KL. Pulut mangga dan pulut durian antara yang femes di sini. Ummm sedap dan pulutnya manis dan lembut jewwww..









Sambil duk beli makanan sambil window shopping gak Klu berkenan angkut trus kan. Mula-mula kami plan nak makan nasik lemak yang best yang kat tepi jalan tu. Tapi sayang nasi dah abis. waaaaaaa.  Memang ramai customer dan takder seat langsung dan orang pon puleh tahan ramai jugak. Dah tu kami pergi gerai yang lain pulak. Dah beli ayam dan udang, tapi tak jumpa nasi. Plan nak beli tom yam. Skali tu berenti kat kedai 1st kami pergi kedai nasi lemak yang nasi habis tadi tu. Alhamdulillah rezki kami singgah. Pastu kami decides nak 'tapaw' jew lah.


 Dah abis makan plan nak g urut kaki pula. Best gak nie. Harga pon murah jew dan berhampiran dengan hotel kami. Aku ambil sejam jew ngurut kaki. Dah settle ngurut kaki, mereka ngurut blakang badan pula. Perghhhhhhhhh mmg best. Sedap jewww. Tapi korang jgn duk feeling lebih-lebih pulak. Aku ngurut nie kat dalam kedai di tempat yang terbuka. Jam 1.30AM siap ngurut bagai. Aku rasa body aku macam roti canai mereka duk lipat-lipat. 4 bintang aku bagi. Servis bagussssssss. 

Jumaat, 20 Februari 2015

Day 1 : Hat Yai, Part 2

Dah settle lunch kami terus ke hotel untuk check in. Time nie ingat tilam jew nak landing skejap. Stress pon adew gak masa nie. Dah dapat bilik, uruskan kan apa yang patot. Jam 5PM get ready bersiar-siar. Tapi smua takder energy sangat. Nak tak nak kena jugak teruskan destinasi kami iaitu "Songkla Floating Market". Memang teruja sgt duk nengok para peniaga mereka dah get ready dlm sampan stiap sorang bersama dengan barang jualan masing-masing.



Mula-mulanya aku ingatkan, para peniaga nie berdayung sampan bagai dan pelancong duk nuggu di tebing-tebing sungai tuk membeli hasil jualan mereka. Tetapi fikiran aku meleset sama sekali.



 

Rupa-rupanya, smua perahu di sini dah di ikat siap-siap di tepi sungai dan tak dew pon aktiviti mendayung sampan. Para peniaga ini menjual makanan serta minuman untuk para pelancong-pelancong. Inilah dia  salah satu keunikan floating market mereka. Di samping itu juga, di persisiran sungai itu juga di sediakan pondok-pondok untuk para palancong menjamu selera. Feeling ala-ala kampung sangat. Dah nak senja smua kembali ke hotel.


 





Khamis, 19 Februari 2015

Day 1 : Hat Yai, Part 1

Pada 30hb Jumaat, kami pon berangkat untuk ke Hat Yai. Kami naik bas Konsortium dari Pudu Sentral Kuala Lumpur. Jam 11 malam, maka bermulalah episod perjalan kami ke Hat Yai. Nak kater aku excited tak jugak, feeling biasa- biasa jew...entahlah ler. Memandangkan naik bas di malam hari so takder sangat aktivit yang menarik selain dari tido. Ummm suhu dalam bas pon buleh tahan gak.

Jam 6.30 AM kami semua sampai di Border Bukit Kayu Hitam. Inilah masanya betolkan urat saraf setelah sekian lama duduk. Ummmm legaaaa sikit. Masa nie. driver bas akn minta semua penumpang untuk serahkan passport masing-masing. Mereka akan tolong isikan form untuk smua penumpang nanti untuk urusan Imegresen di Danok.


Sempatlah aku breakfast roti telor untuk alas perut. Ikotkan perancangan kami, jam 9 AM sampailah kami di Hat Yai. Jenuh gak nak nunggu, jam 8.15AM baru bas bergerak ke Imigresen Bukit Kayu Hitam. Setelah cop bagai di Bukit Kayu Hitam, naik bas untuk terus ke Danok. Time nie jem dah start. Entahler teruk sangat. Hampir 3 jam kami dalam bas tu. Memang kebosanan sangat. Macam-macam duk pikir. Plan pon smua kelaut. Muka masing-masing jangan duk citer ar. 

Sampai sahaja di Imegresen Danok, ramainyer umat manusia. Tak tahu nak tuju kaunter yang mana satu. Aku main redah jew. Tapiiiiii so bad service. Mujur group kami cepatlah jugak. Sempatlah juga cari makan apa yang patot tuk bawak bekal. Dari Danok untuk ke Hat Yai City lebih kurang sejam setengah. Secara jujurnya plan kami untuk hari nie semua kelautttttttt. Bila dihitung-hitung, trip kami naik bas nie mcm dah naik train pulak. Istigfar jew byk-byk. Tapi secara jujurnya, aku tak salahkan organizer kerana ketika tu cuti umum di Malaysia, dan pasti raykat jelata Malaysia yang memeriahkan suasana di Hat Yai. 

Jam 3 PM baru kami sampai ke Hat Yai. Turun jew bas terus cari tiket untuk balik esok harinya. Kaunter tiket memang dekat sekali just cross a road. Tak lupa juga kami juga tukar duit bagai dah tu pergi lunch. 

Rabu, 18 Februari 2015

Holiday at Songkla Hat Yai, Thailand

Pada penghujung tahun 2014, office mate aku telah merancang untuk pergi jejalan ke Hat Yai, Thailand. Percutian ini mmg singkat, untuk satu malam sahaja. Namun kami tetap bertekad juga untuk holiday ke Hat Yai. Lagipon mcm rugi jew amik cuti lama-lama,  kerana masih lagi di awal tahun 2015 kan kan kan.

Mcm biasa kerja2 survey hotel giat di lakukan utk mendaptakan rate yg terbaik. Mau pecah kepala bila g reramai tuk book hotel untuk pilih the best one. 

Alhamdulillah, hotel dah book awal-awal.


Mengikut perancangan awal, kami nak naik KTM dari KL Sentral - Hat Yai. Setelah di survey bagai, kami pon memutuskan untuk pergi dan balik menaiki bas sahaja. Mana tidaknya, jika kami memilih dengan menaiki KTM, perjalanan adalah 13 jam, dan kami akan memilih 'bed cabin' .Jika dengan bas hanya 8 jam sahaja. Setelah berfikiran secara rasional maka BAS adalah pengakutan rasmi kami ke Had Yai.

Ini adalah percutian super budget sebagai pembuka tirai  2015. Enjoy my journey

Selasa, 10 Februari 2015

Jubah Polos Untuk Aku


Syukur alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan sehelai jubah untuk diriku. Wah terkesima kejap. Macam tak caya pon adew. Actually inilah hasil aku berguru selama nie. Skali skala asahlah bakat tu kan. Jangan duk pendam jew, nanti dah berkarat smua formula dah tak ingat.

Untuk membuat design nie senang jew. Aku jew yang me'renyah'kan keadaan. Mana tak nyer. seharian suntuk aku duk ngunting kain tuk make sure aku dapat hasilkan design yang tebaik punyerrrrr. Kan klu wat cincai-cincai mau kena komen kaw-kaw kan. As a beginner macam aku nie, ok lah tu. Anyway suka sangat bila dah siap.Sebelum nie taw komen jew bila anto baju, tailor tak ikot kehendak hati kita kan bla bla bla . Bila dah jahit sendiri baru taw jerit perih seorang tailor tuk memenuhi citarasa customer dier kan. 


Untuk design nie nama dier Jubah Polos. Tapi aku masukkan elemen-elemen terkini (wahhhh cakap macam designer jew kan). Untuk bahagian pesak kiri dan kanan aku wat sebijik seperti Baju Kurung Pesak Gantung, cuma bahagian cantuman sahaja sedikit berbeza. Tapi sayang takdew "kocek" di sisi. 



Happy enjoy viewving. Thank you very much

Khamis, 5 Februari 2015

Daftar Perniagaan di SSM

Jika di ikutkan perancangan, memang sudah lama aku nak register nama syarikat nie. Kerana duk mikir nak letak nama apew bagai, so asyik tertangguh jew.

Dari penghujung 2014 dah di rancang nak registerkan, tapi asyik hold jewwwww. Akhirnya aku gagahkah diri pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Untuk makluman, ini adalah kali ke-2 aku ke sini. 1st time aku datang, cust penuh sampai melimpah ruah. Macam SSM nie adew wat sale jew. So nextnyer aku nekad juga datang awal-awal pagi lagi.


Sebenarnya nak registerkan syarikat nie takder lah remeh sangat pon. Simple jew . Untuk memudahkan korang smua, aku suggest better isi siap-siap borang dirumah sesambil tu dah boleh mikir nak letak nama apew bagai. So takder lah kelam kabut or entah apew-apew nama syarikatnya kan kan kan.

Selain itu juga SSM telah membuat panduan bagaiman nak registerkan nama syarikat. CLICK JEW

Di sini aku kongsikan cara aku registerkan nama syarikat baru aku milikan tunggal ( statment macam bisnes riban-riban, padahal online jew)

1. Aku print out siap-siap dirumah, pastu isi apa yang patut berdasarkan panduan yang di berikan. Pastikan isi "Borang Pendaftaran Perniagaan BORANG A"


2. Jangan lupa juga, "Permohonan Kelulusan Perniagaan BORANG PNA 42" juga kena isi siap-siap. Kena tulis 3 nama syarikat yang korang nak registerkan. Ikot keutamaan yang mana korang rasa terbaik skali.


3. Pergi mana-mana office SSM yang terdekat dengan rumah. Untuk kes aku nie aku pilih Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Kuala Lumpur.


4. Dapatkan no.giliran tekan Borang A. Jika time korang nak ambil no.giliran tu adew staff SSM, mereka akan semak dulu sebelum korang di beri nombor. Alhamdulillah aku sampai awal skali dan dapat ler no 1. Hu hu hu gembiranya.


5. Bila d kaunter dengan staff SSM, mereka akan semak dulu. Mereka juga akan interview jugak kita dan juga jika maklumat yang ditulis itu bercanggah, mereka akan soal selidik juga kita. Jika nama yang di pilih itu sesuai, mereka akan luluskan, tapi jika staff SSM pon blur-blur sikit, mereka akan terus usulkan kepada manager on duty. 

6. Bila dah dapat kelulusan nama syarikat tersebut, staff SSM akan kembalikan semula Borang A dan  minta kita tulis sendiri pada bahagian maklumat perniagaan.(tulis nama yg mereka luluskan)

7. Yuran yang dikenakan dalah seperti berikut :     
  •      Memilih nama trend RM 60.00 contohnya :            ZBZ DOT COM
  •      Memilih nama sendiri RM 30.00 contohnya :          ZAHABUDDIN BIN ZAKARIA
  •      Maklumat perniagaan RM 10.00
8. Sblm wat payment, nanti staff SSM akan tanyer nak wat daftar tuk berapa tahun nie?. Utk mudah citer, aku pilih 5 tahun trus.

9. Setelah aku bayar smua bagai yurannya, staff SSM minta aku duduk kejap. Dalam 20 minit staff SSM akan panggil semua kita tapi dengan nama syarikat kita contohnya, ZBZ DOT COM. So kena alert sikit ler telinga tu yerkkk. Mujur cust awal-awal pagi tak ramai. Klu  ramai  jenuh aku duk nunggu.


10. Keesokan harinya, SSM akan hantar SMS tuk ucapkan ribuan terima kasih kerana mendaftarkan perniagaan serta bagitaw supaya sila pamerkan SIJIL PENDAFTARAN di premis niaga anda.
 
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga, sambil senyum keriangan. Thank you Allah memudahkan urusan aku. Amin.

Sedikit peringatan, kepada semua peniaga terutamanya, PENIAGA ONLINE silalah daftar perniagaan anda dengan kadar segera. Nanti jika disabitkan kesalahan memang makan tak habis. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...