Halaman

Selasa, 23 Ogos 2016

RACE : PJ HALF MARATHON 2016

Setelah hampir 2 minggu rest dari race, kini bersemangat untuk welcome back untuk memecahkan rekod yang seterusnya (mukaddimah terlebih aura kesan daripada Sukan Olimpik di Rio 2016). Race kali ini bertempat di Laman MBPJ Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Act ini adalah race yang ke-28 yang telah di anjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan juga bersempena dengan sambutan 10 tahun MBPJ

Bila di kenang-kenang dan di ingat-ingat semula,(throw back kejap) Petaling Jaya (PJ) adalah Daerah yang pertama sekali aku "menapak" semasa aku mula-mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu. Tetiba teringat memori-memori dan kisah suka dan suka  semasa bermastautin di Daerah PJ nie. Dahulu, ianya di kenali sebagai Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), dan kini ianya di kenali sebagai MBPJ. Tudiaaaaaaaaaaa lama lah jugak aku meninggalkan Daerah PJ ini yerk atas tuntutan kerjaya (ayat tak nak kalah)

Diam tak diam dah 10 tahun MBPJ nie dan aku sendiri pon memang jarang-jarang datang PJ nie. Orang kata "tempat jatuh lagi di kenang................... (pastu apew lagi yerk, ada lagi sambungan dia tuu)... idea tak datang cam nie ler. Merapu jew aku. 

Ok, berbalik kepada cerita race aku pulak yerk..... Race ini telah berlangsung pada 21 Ogos yang lalu dan seperti biasa 10KM menjadi pilihan hati aku. Tak daya lagi wei nak masuk HM.... stakat register tu mampu ler, tapi nak habiskan 21KM tu mau berpinor-pinor biji mata tengok jalan. InsyaAllah doakan agar aku di berikan kekuatan suatu hari nanti. Tapi siyes aku cakap, memang ada keiniginan nak mencuba HM tapi tunggulah dulu.

amik aura #Team Malaysia

Apa yang menariknya race ini adalah CHICKABOO menjadi Duta rasmi untuk PJHM 2016, ekoran daripada critanya yang trending di media sosial kerana berlari di lorong kanan di Federal Highway. Tak pasal-pasal ko femes secara free-free jew Chickaboo dan secara tak langsung melonjakkan lagi harga ko dipasaran. Jangan tak percaya Chickaboo penah masuk tv okeyyyyyyyy.

Duta Rasmi PJHM 2016 CHICKABOO. Kredit Fb : Action Pix Malaysia
Race untuk 10KM ini akan starting pada 5.30AM. Ini adalah 1st time aku start race awal pagi bebenor. Rasanya seperti masuk HM pulak start awal-awal pagi cam nie. Semalamnya, sebelum tidur aku dah ting tong sikit memikirkan nak bangun kol brapa nie pagi esok? nak gerak lagi? Masalahnya nak setting kat kepala otak nie supaya tak terlewat bangun sahaja. So pagi tu jam 3.30AM aku dah bangun dan alas perut sikit walaupon mata nie stil ngantuk. 

Jam 4.30AM dah gerak keluar, rasanya sempat sampai kot. Actually aku check in at Shahs Village Hotel Petaling Jaya, tu yang berangan kata sempat. Sampai jew cam biasa warm up dulu bagai dan sempat ler jugak tgk HM di lepaskan. Act race kali nie secara overallnya tak ramai sangat yang join kerana, kebetulan minggu nie memang full dengan race yang menarik-menarik. 

Semalamnya, PUMA NIGHT RUN at Shah Alam (aku tak joint) dan awal pagi nie pula MY BUDDIES RUN at Cyberjaya, CHALLEGES BUDDY RUN & KL FREE CAR at Dataran Merdeka KL, CENTRO KLANG RUN at Klang & MELAWATI ECO RUN at Bukit Tabur. Hmmmm memanng tak menang tangan nak joint yang mana satu kan. Ikotkan hati nak jew joint semua. Tetapi yang aku "terberkenan" sekali adalah race MY BUDDIES RUN at Cyberjaya  sempena hari kemerdekaan Negara kita yang ke 59 tahun dengan temanya #SEHATI SEJIWA. Tapi nak wat camner dah register PJHM2016 so kita lari yang nie jew laaaaaaaa.

Selepas HM di lepaskan, cepat-cepat get ready untuk 10KM at starting line, (biasalah muka nak free gedik-gedik depan camera). Sedikit menarik semasa di starting line, aku bersebelahan dengan seorang  PACER TEAM ULTRON. Neves kejap kiter dan segan ler pulak nak tegur. Mana taknya, dia selalu dalam top 10 in Women Category.  Tak apa, alang-alang dia dah berdiri sebelah aku, aku just target nak follow pace dia jew nanti. InsyaAllah. Oh ya, untuk race nie  target aku below 1hr. InsyaAllah boleh kot. 

Jam 5.30AM, bermulah larian aku di awal ini. Sendu-sendu betol larian aku ini, kerana seperti jejak kasih pulak kembali ke tempat asal untuk sekian lamanya. Untuk 5KM yang pertama, alhamdulillah larian baik sahaja dan keadaan trafik terkawal sahaja. Selepas 5KM yang kedua, aku berselisih dengan pacer team ultron yang aku citer awal tadi tu, adakalanya aku depan dia, dan dia depan aku dan sebaliknya sehinggalah kepada 1km lagi nak abis. 

Keadaan traffik kurang memuaskan dan adakalanya jalan yang satu lorong itulah berkongsi dengan kenderaan yang lalu lalang dan sedikit membahayakan kepada runner. Adoi dengan aku-aku sekali naik cuak dengan adegan macam nie. Ngeri oiiiiii. Anggota traffick perlu tegas sikit dengan pemandu kenderaan. Kami as runner hanya mahu jaminan keselamatan sahaja ketika berlari di jalan raya. Cepat atau lambat kami berlari, itu belakang citer. Eeeeee tak pasal-pasal aku membebel dah. Dan satu lagi, organizer perlu lebih teliti dan peka dalam pemilihan route larian untuk runner. Aku cadangkan cuba organizer berlari awal-pagi seperti kami guaner gamok rasernya, eeee geram pulak kiter.

Route 10KM

Semasa larian masih lagi berbaki 1KM, runner 10KM di uji mendaki laluan di Jalan Bukit Menteri SELATAN 7/2 dan Jalan Bukit Menteri Utara 7/4 sebelum keluar melalui Jalan Selangor. Nak menjerit jew semasa mendaki Jalan Bukit Menteri nie, mana taknya, barai giler pace aku. Adoiiiiii.... Tapi, lagi adventure daki Bukit Tunku.

Terimalah hakikat bahawasanya, aku bukanlah seorang raja bukit. Setelah memasuki Jalan Selangor, telah nampak sinar-sinar finishing line. Sempat lagi kemas-kemas sikit baju kot-kot terselak pulak time photo kita di ambil oleh para-para peminat kiri dan kanan jalan nanti (feeling cam 1st place jew). Lega weiiiiiii after daki Bukit Menteri tuuuuuu. Jahanam timing aku.
 
Finish with strong . Kredit Fb Run & Explore
Yeay abih jugak run

Syukur alhamdulillah, settle sudah larian aku yang ke-10. Yer betol ini race yang ke-10 dah weii.  Frust nonggeng tengok timing. After dah collect medal bagai, terserempak sekali lagi dengan pacer team ultron tadi tuuuuu... Entah camner secara spontan tertanya pasal race. Lol... lebih kurang dengan aku jew pace dia. kwong kwong kwongggggggggggg. Tapi jangan pandang rendah, dia kan masuk category wanita, so ada potensi kot naik podium. Tak pon dia dalam list top 10.


Dah abih aku cool kan badan. Cam biasa redah-redah kawasan tengok apa yang menarik. Dapat jugak jumpa Duta PJHM2016 secara live. Mesti hight demand Chickaboo lepas nie. Oleh kerana kesan daripada aku frust nonggeng tadi tuuu, ku tadak mood nak tunggu lama. Lutut pon feeling dah tak ok. Jalan pon terhincut-hincut. Sampai bilik rest-rest kejap sebelum check out.

Alhamdulilah syukur, official result dah keluar. Memang betol dengan unofficial time aku. Terimalah dengan hati yang terbuka wahai hatiku yang tengah berduka lara di tambah lagi dengan sakit lutut sebelah kiri nie, di tarik nikmat sekejap olehNya. Mungkin salah gaya landing tapak kaki kot semasa berlari. 

my official result PJHM 2016

Ingat lagi tak pacer team ultron tu, dia dapat no 9 weiiiiii... memang betol sangkaan aku dia dalam top 10. So masuk category wanita ler gamoknya nie aku baru feeling boleh naik podium kan.

Oleh yang demikian, aku mengklasifikasikan, kegagalan aku tidak dapat skor below 1 hour adalah seperti berikut (seperti masuk Sukan Olimpik pulakkkkkkkkkk wat post mortem bagai):

1. Selepas sahaja habis race SCKLM 2016, aku pergi holiday selama seminggu. Dalam tempoh seminggu tersebut, aku gagal untuk lakukan sebarang jogging. Oh maafkan daku, kerana aku tengah dalam mood H.O.L.I.D.A.Y masa tu. Reward for my self katernyer kerana tidak disangka-sangka achived target untuk sekian lamanya mengidam. Act dah lama plan untuk holiday nie.

2. Aku sepatutnya continue training dan ikot jadual yang aku buat selepas habis holiday. Ini tidak aku ikotkan hati jew. Sebelum menjelang race PJHM 2016, aku training 3 hari sahaja. Aku nie banyak cekadak betol lah. 

3. Aku gagal membawa aura #MalaysiaBoleh dalam race ini ekoran kegagalan #TeamMalaysia dapatkan pingat emas untuk badminton perseorangan negara di Sukan Olimpik di Rio.(pepandai jew aku create kegagalan sendiri disebabkan orang lain) Walhal pada hari race, aku sendiri yang pilih nak pakai tshirt #TeamMalaysia sebagai aura untuk aku.

4. Yang terakhir, yang boleh di terima pakai kenapa aku tak boleh skor adalah, track di KM9 adalah berbukit dan aku memang kalah dengan bukit. So kena  fokus daki bukit ler pulak. Pace aku pon barai time daki bukit.

Apa yang aku boleh banggakan dengan diri aku (bukan riak taw), alhamdulillah syukur,  ini adalah race aku yang ke 3, dimana  aku berjaya sekali lagi berlari 100% sepanjang 10KM ini, Thank You Allah syukur di atas segala nikmatMu Amin. 

Jumpa lagi di race akan datang.

Rabu, 17 Ogos 2016

RACE : STANDARD CHARTERD KL MARATHON 2016

Selepas dua hari recovery dari run MHWH Night Run Putrajaya (statment macam masuk HM), aku meneruskan rutin harian setiap petang seperti biasa berlari-lari. Nak kata bersemangat tu tak ler jugak. Tapi run kali nie sedikit teruja jugak kerana standard international katernyer.

Kepada yang pernah menyertai STANDARD CHARTERD KL MARATHON (SCKLM) pasti menanti-nantikan event ini saban tahun dan katanya participate SCKLM 2016 hampir 35 ribu runner. Pada tahun ini, SCKLM 2016 bermula pada 7 OGOS 2016. Wow memang lautan manusia ler nanti.

SCKLM 2016 terbahagi kepada 8 category dan run akan bermula pada 3 tempat yang berasingan dan pada waktu yang berbeza.

DATARAN MERDEKA

4:00 AM : 42 KM Full Marathon
5:30 AM : 21 KM Half Marathon

JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (SEBELAH SOGO)

6:45 AM : 10 KM Speed (aku masuk speed weiii)
7:15 AM : 10 KM Cruise
7:45 AM : 10 KM Leisure
8:45 AM :   5 KM Fun Run

ROYAL SELANGOR CLUB

8:50 AM : 3 KM Kids Dash
8:55 AM : 1 KM Kids Dash

Wah memang gempak kan. Mau happening giler nie Pastikan jangan tersalah starting line yerk. Kang haru pulakkkkkkk. Semasa event ini dibuka kepada public pada 19 April lalu, aku cepat-cepat ler register. Takot-takot nanti tercorot pulak. Mau nangis bucu katil. Tapi registration ini seperti goreng pisang panas kerana cepat jew SOLD OUT. Last year SCKLM 2015 dibatalkan kerana faktor jerebu.

speed jangan tak speed nanti

Kenapa registration event ini seperti goreng pisang panas? Untuk makluman, race ini level international. Oleh kerana race ini adalah yang berprestij tinggi sekali kerana ada cop mohor IAAF-AIMS  Wah bangga kejap 

Act, sebelum nie aku tak berapa study sangat pasal trek run.Tengok gitu-gitu jew sekadar sepintas lalu, dan aku pon bukan tak pernah run dalam Hutan Batu KL nie. Last aku run masa KL POSSIBLE RUN 2016 dan KL LABOUR DAY RUN 2016

Untuk 10KM SCKLM 2016 aku beriya benor duk study trek. Maybe kerana teruja kot. Ha ha ha ha, or aku nerves. Alhamdulillah juga aku maintain training setiap petang atau malam. Aku rest day pada Sabtu sahaja.

Hari yang di tunggu telah tiba. Alhamdulillah aku bangun awal kerana race aku 1st waive wei pada pukul 6.45AM. Dari segi mental memang dah bersedia. Aku naik LRT shj ke KL. Seawal jam 5pagi dah gerak keluar. Untuk  SCKLM 2016 perkhidmatan train percuma dari 2AM - 6AM untuk stesyen yang terpilih sahaja. Jam 6.15AM sampai di SOGO, (starting line untuk all category 10KM & 5KM) suasana memang meriah.
Untuk kategori 10KM nie kan ada 3 category, setiap category ada 5ribu runner. Ko raserrrrrrrrrr.... Memang aku bersyukur sangat semasa aku register pada 19hb April tu aku click pada category speed. Tapi aku tak tahu sangat pon coz ini 1st time joint event running.

Seperti biasa aku cuba meloloskan diri untuk bermula di starting line. Sebelum itu memang dah warm up dah siap-siap. Ouih teruja betol nie kerana auranya luar biasa sikit. Syukur alhamdulillah, 6.45AM, 10KM speed di lepaskan dan bermula lah edisi larian aku samada aku bakal membuat rekod baru atau sebaliknya. Semalam aku target below 1hr jew. Moga-moga tercapai hendakNya. 

Trek larian ini tidak mencabar sangat kerana kerana bernasib baik tidak mendaki Bukit Tunku, Hanya melalui sekitar Bandar Raya KL sahaja. Bagi aku untuk run10KM, satu kelebihan selepas melepasi Masjid Bukit Aman, jalannya sedikir menurun dan memberi peluang untuk semua runner speed sepenuhnya. Memang aku feel habis-habisan. Rata-rata semuanya pecut.Tergugat kejap aura aku.

Selepas melepasi Masjid Negara, trek sedikit berbukit dan di Jalan Sultan Hishamuddin, situlah bermulanya 500 meter yang terakhir perlu dihabiskan untuk all category kecuali 3KM & 1KM. Pada saat dan ketika itu hanya mampu mengucap panjang sahaja kerana adakah aku bakal memecahkan rekod aku yang sebelum ini 10KM 1 hr 7 minutes? dan ketika itulah semua runner duk pulun habis-habisan speed sehabis mungkin dan event ini baru betol-betol semuanya berlari.

Ternyata aku bukan juara untuk race ini, tetapi aku adalah juara untuk diri aku. Satu perasaan yang tidak boleh di gambarkan berbaur suka dan duka semasa melepasi finishing line. Alhamdulillah, thank you Allah di atas segala nikmatMu.

Dah collect medal bagai, cari port tuk rest-rest. Ketika itu , body aku masih lagi terketar-terketar semasa aku imbas kembali rekod larian aku. Aku pon bersyukur juga sampai awal di finishing line kerana di belakang sana masih ramai lagi lautan manusia dengan satu azam dan satu matlamat untuk sampai ke finishing line.

Syukur juga kerana aku register 1st waive, tak sesak sangat di kala berkongsi satu lorong dengan HM 21KM, di LRT Sultan Ismail sebelum semuanya memasuki Jalan Kuching secara berjemaah dan berpecah mengikut category masing-masing di Jalan Parlimen. Nak sangatkan masuk race level international kannnnnnnnnn, rasakannnnnnn.....


yeay... i am done 10KM
Secara overall, ini experience yang berharga untuk race kali ini. Dapat berjumpa dengan elite-elite runner. Memang terkesima melihat rekod-rekod mereka. Ini adalah run aku yang kedua aku berlari 100%  sepanjang 10KM. (tak ada jalan-jalan okey, minum pon sambil berlari).

Syukur alhamdulillah di atas segala nikmatMu. Terima kasih juga di atas doa serta sokongan kalian, Amin. Jumpa lagi SCKLM 2017 dengan stamina dan rekod yang lebih mantap, eeeewahhhhhhhhh.
my new record. Thank you Allah

Jumaat, 5 Ogos 2016

RACE : MENS HEALTH WOMENS HEALTH NIGHT RUN BY AIA VITALITY MY (PUTRAJAYA)

Event ini amatlah dinanti-nantikan oleh semua orang dan juga aku, sebelum ini aku pernah menyertainya di PENANG pada bulan April. Ketika itu race aku yang ke-2. Kali ini aku menyertainya di PUTRAJAYA. Nak kata aku bersedia pon tak lah jugak. Last week baru jew joint TM FAN RUN dan  masih under recovery lagi nih. Dek kerana bersemangat, gigeh jugak aku training di malam hari. 

Pada 30 Julai 2016 yang lalu, aku telah menyertai MENS HEALTH WOMENS HEALTH NIGHT RUN BY AIA VITALITY MY yang bertempat di PUTRAJAYA. Memang sudah di jangka memang ramai sekali runner yang joint. Seperti yang sebelum ini, event ini terbahagi kepada 3 acara iaitu Half Marathon 21KM, 12KM dan 5KM. Seperti biasa 12KM memang menjadi pilihan aku. 


Cuaca pada petang tersebut sedikit syahdu kerana awan mula menunjukkan tanda-tanda akan hujan sekitar jam 5 petang. Alhamdulillah syukur, hujan telah turun mencurah-curah sebelum event bermula. Sekitar jam 7 malam, hanya gerimis-gerimis sahaja. Memang pecah rekodlah aku nanti berlari dalam hujan nie. After Maghrib baru aku keluar terkedek-kedek dari Hotel Dorsett Putrajaya. Lokasi hotel nie memang dekat sahaja dengan tapak event. Sampai sahaja di tapak event memang dah ramai umat manusia. Sempatlah jugak joint warm up beramai-ramai. 

Jam  8 malam, HM di lepaskan dan aku sempat ler jugak tengok muka-muka bakal juara nanti. After that, semua berpusu-pusu berlari anak mencari entrance 10KM, bukan apa memang dah tabiat aku jika boleh nak berdiri depan-depan starting line. Ya..... aku bukan bakal juara tetapi aku adalah juara kepada diri aku nanti. Tetiba memotivadkan diri sendri pulak...


Jam 8.20 malam, 12KM dilelapaskan. Tudia berlarilah aku dalam gerimis. Harap-harapler aku tak demam esoknya. Ini adalah race aku yang ke-3 aku berlari dimalam hari. Adakalanya bahang jugak, adakalanya nyaman jugak. Samalah jugak dengan stamina aku. Adakalanya perit jugak untuk aku kekal berlari sepanjang 12KM ini, tetapi adakanya seronok jugak. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan aku kesihatan untuk aku kekal berlari sepanjang 12KM ini. Memang aku telah memecahkan rekod aku sendiri malam tersebut kerana berjaya berlari sepenuhnya 100%. ( syukur alhamdulillah ).

Actually, bukan mudah untuk aku mengekalkan rentak larian sepanjang 12KM ini, dan aku banyak berperang dengan emosi aku sendiri sebenarnya. Pucuk pangkalnya diri sendiri kena positif terlebih dahulu, walaupun pada masa itu di pintas oleh beratus-ratus runner. Jika stamina kita boleh achived 6 minit in 1km, just kekalkan supaya target kita tercapai nanti. Tapi kan bila dah ada yang start jalan aku seperti alergik pulak nak joint jugak berjalan. Tapi still cekalkan jugak matlamat untuk terus dan terus berlari. 

Semasa larian aku masih lagi berbaki 2KM, aku dah merasa kurang selesa pada tapak kaki aku sebelah kanan. Ya aku tahu ini adalah tanda-tanda aku dah over push sangat nie. Tapi aku teruskan jugak terdeked-kedek berlari walaupun rentak aku semakin perlahan. Dalam masa yang sama timbul pula rasa keseronokan. 

Apabila dah nampak tanda-tanda hampir kepada finishing line, sedaya upaya aku kerahkan sisa-sisa kudrat yang ada untuk maju ke finishing line. Moga-moga aku dah buat yang terbaik untuk diri aku. 

Apabila diingat kembali, aku mula latih diri aku untuk kekal berlari sepanjang larian semasa MILO RUN 5KM. Masa tu boleh dikatan 90% aku kekal berlari sepanjang larian. Feelingya sedikit sakit, walaupun aku dalam proses percubaan untuk mengetahui sejauhmana keupayaan aku. Selepas itu, aku mencuba lagi untuk TM FAN RUN 10KM. Untuk 5KM yang pertama aku kekal berlari. Lepas tu baru start jalan + lari. 2KM yang terakhir aku nekad untuk berlari sepenuhnya sehingga ke finishing line. Alhamdulillah aku berjaya melakukannya.

Dah dapat medal dan mineral water, baru terasa berdenyut-denyut tapak kaki ( masa tu automatik stop lari ). Rasa seperti nak baring pon ada kerana tak tahan sangat. Tapi still tetap cool. Aku just cari tempat yang tak sesak sangat for my self  for a while. Bila dah berasa beransur sikit azabnya, pergi collect goodies beg. Mujur Q tak panjang sangat dan g mencari menu yang sesuai untuk di makan. 

Jam 11.30 malam acara dah tamat dan memang sempatler melepak depan stage tengok muka-muka winner untuk semua acara. 

Sampai jew bilik hotel terus urus diri dan tidor ler pulak. Tapi sebelum tidur memang dah aim, pagi esok nie mesti ada rasa kurang selesa. 

Esoknya berjalan seperti kura-kura. Adoiiiii memang tak boleh nak speed. After check out, gigeh gi open house pulak, ber hu hu hu kejap. Dalam masa 2 hari dah recovery sikit. Tapi nak tak nak dah kena back to normal ( training ) coz hujung minggu nie ada event lagi....
my goddies MHWH

Alhamdulillah,official result dah kuar. Syukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat serta kesihatan yang berpanjangan yang Engkau berikan. Ya Allah, aku masih lagi tidak percaya bahawa aku berjaya berlari penuhnya untuk 12KM pada malam tersebut dalam gerimis. Aku pon bersukur juga kerana aku tidak demam. InsyaAllah berjumpa lagi di JB JAN 2017.
Offficial result MHWH Putrajaya

Tak lupa juga nak wish terima kasih banyak-banyak kepada #BFF & famili, kerana sudi datang menemaniku dan memberi sokongan di kala kehujanan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...