Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana di berikan kesihatan yang baik untuk aku meneruskan acara larian yang ke-2 kali ini pada 2 April 2016 yang lalu.
Untuk kali ini, acaranya di Utara Semenanjung Malaysia. Memang excited giler, maner taknyer aku datang at Penang nie sehari sebelum event. Macam organizer pulak kan nak set up booth bagai, ha ha ha ha. Tapi, ada baiknya datang awal-awal kerana aku boleh study sikit laluan serta boleh jalan-jalan sekitar Penang. Yang penting timing kena betul jika nak berjalan-jalan sekitar Penang kerana sakit mental pulak jika tersangkut dalam jem nanti.
My running gear
Lokasi event ini pon menarik juga di tepi laut serta nearby Queensbay Mall. Untuk tidak membuatkan aku sakit mental setelah acara marathon ini selesai, aku check in hotel nearby Queensbay Mall sahaja, kerana aku fikir trafik akan teruk after event & aku pon tak perlu rushing-rushing balik ke hotel serta boleh enjoy-enjoy after event. Yang penting masa pon jimat kan.
at tapak event Queensbay Sea Side
Event ini adalah yang pertama kali aku akan berlari di malam hari. Flag off untuk 12KM jam 8 malam, so memang ada masa untuk merehatkan diri. Sesampai sahaja dah ramai geng-geng oren di tapak event. Banyak jugak acara yang di anjurkan oleh organizer. Memang happening sangat.
Actually aku pon teruja jugak yerlah nie 1st time aku berlari dalam suasana di malam hari, guaner gamoklah kan. ha ha ha ha. Suhu pada malam tu pon taklah sejuk sangat kerana sekarang kan musim El Nino so bahangnya terasa sangat. Tapi yang sedihnya aku hanya sempat training dua hari sahaja kerana aku bizi memanjang. Adakah aku mampu menghabiskan 12KM ini........tetiba suspen pulak.....
Untuk 4KM pertama, alhamdulillah aku berjaya berlari sepenuhnya. Adalah sikit penigkatan. Tapi honestly aku tidak mengejar untuk naik podium tetapi cukuplah aku cuba memperbaiki rekod masa aku. Jika nak fokus naik podium aku perlu banyak lagi berlatih.
Yang bestnyer ada 4 water stations untuk 12KM ini. Maybe kerana kehangatan malam kot. Tapi siyes aku cakap memang bahang sangat. Thank you organizer.
Secara overall, event ini memang happening. Organizer berjaya mewujudkan kemeriahan dimalam hari dengan penglibatan crew-crew sebagai pasukan sorak di KM terakhir. Terasa seperti meraikan aku sebagai seorang juara pulak malam tu. hu hu hu terfeeling lagiiiiii
yeay.......penat pon dapat, medal pon dapat.
Apa pun, event ini sangat menarik kerana banyak game serta ada food truck jugak. Aku stay sampai abis event. Sempatlah jugak tengok juara-juara setiap kategori. Amik aura serta inspirasi. Hopefully one day kita pulak naik podium kan. ummmmmm verangan tak sudah aku nie.....
wajah seorang juara suatu hari nanti......
Esoknya kemas-kemas nak balik KL. Sesambil kemas, bukak "uncang" doorgift semalam. Amboiiiiii meriahnyaaaaaa. Nie buat kita nak joint lagi nie. Memang rugi korang tak joint weiiiii. Tetapi amat berbaloilah yuran yang dikenakan RM 88 untuk 12KM.
harta karun dari organizer. muahhhhhhh. thank you
Syukur juga ke hadrat Ilahi, kerana badan aku seperti sudah biasa dengan hobi baru ini, kerana tidak sakit-sakit otot yang ketara. Memang berbeza pertama kali aku joint.
Lastly thank you Allah, & thank you very much organizer. Hopefully jumpa lagi di next event,InsyaAllah ke Putrajaya pulak kiter.
Lastly thank you Allah, & thank you very much organizer. Hopefully jumpa lagi di next event,InsyaAllah ke Putrajaya pulak kiter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan