Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana di berikan peluang serta kesihatan yang baik untuk aku menyertai larian ini. Actually ini adalah penyertaan aku yang julung kalinya. Nak kata teruja memang pasti tetapi macam-macam difikirlah apabila di saat akhir. Antara yang sentiasa aku fikir adalah, adakah aku mampu menamatkan larian aku 10KM.
Tanggal 20 Mac bermulalah segalanya. Nak kata aku ready semua aspek pon tak tahulah sangat. Tapi yang pasti aku sudah trainning hampir dua bulan. Moga-moga cukup kot stamina aku nie. Memang bohonglah jika aku tak nerves kan. Tetapi seminggu sebelum berlari ini, aku dah merehatkan diri dari training, jaga pemakanan aku, paling lewat ambil dinner 7 malam serta tidur yang cukup. Sehari sebelum berlari aku habiskan 1 liter minuman elektron. Moga-moga ada extra energy untuk esok. 3 jam sebelum bermulanya berlari, aku dah bekalkan perut aku dengan sandwich. Jam 5 pagi aku dah get ready wake up dan after subuh bergerak ke Padang Merbok Kuala Lumpur.
Jam 7.10 pagi acara 10KM dilepaskan. Bermulah larian aku yang aku nanti-nantikan. Untuk 2KM pertama tak ada masalah sangat. Smooth jew berlari. Nak achive 4KM dah rasa tercungap-cungap dah. Dalam benak fikiran " lambat lagi kew nak abis nie", rasa give up pon ada kerana masing-masing sakan berlari tanpa henti. Mau malu kot jika aku start jalan pulak.
Tetapi, yang paling mencabar apabila mendaki Bukit Tunku. Memang azab sangat semua runner berjalan jew. Tak daya wei. Tapi environment sekeliling memang cantik di sajikan dengan unit-unit banglo mewah di lereng-lereng bukit.
Untuk newbie seperti aku ini memang satu azab untuk menghabiskan larian ini. Tidak mudah seperti aku training setiap hari. Secara tidak langsung aku mencabar keupayaan diri aku sejauh mana aku mampu maintain stamina untuk 10KM ini. Kerana ini adalah acara "larian" jadi kena berlari ya., bukan berjalan kaki yerk.
Alhamdulillah, syukur kerana berjaya menamatkan larian sulung ini. Memang satu kepuasan walaupun time berlari tadi memang nak give-up jew. Meronta-ronta tak nak joint dah. Apa yang bestnyer at finisher semua runner dapat medal jika berjaya menghabiskan larian.
penghilang dahaga dikala kehausan
yeay dapat finisher medal 10KM
Anyway ini adalah satu experience baru bagi aku. Insya Allah aku akan cuba aktif lagi jika ada kelapangan. Nextdaynya pergi ofis jalan terkedek-kedek seperti orang lepas bersalin. Memang azab sangat nak jalan. Tapi alhamdulillah nextdaynya semuanya ok.
Yeay done 10KM
Pic nie dari FB organizer. Wow ada gaya kew tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan