Halaman

Rabu, 17 Disember 2014

Day 2 : Penang

Sesudah breakfast, plan nak mandi laut, pastu g tengok laut airnya 'teramatlah jernih' so cancel. Naik bilik siap-siap nak g Penang Hill.

Dari Tanjung Bungah - Weld Quay boleh naik teksi atau bas Rapid Penang. Bila sampai Weld Quay cari bas yang ke Penang Hill. Boleh juga turun di Komtar dan terus ke Penang Hill, tapi from my previous experience, jika naik bas dari Komtar - Penang Hill mmg berdiri la jawabnyer. Jadi jalan terbaik turun di Weld Quay naik bas yang terus ke Penang Hill w/pon bas tersebut ambil juga passenger at Komtar.

Apa yang membuatkan aku nak naik Penang Hill adalah nak view panorama Penang di puncak sana. Ini bukan pertama kali datang sini, dah acapkali. Dengan ketinggian 833 meter dari aras laut, iklim di sini dingin sekali dan mmg sesuai tuk aku yang suka verangan-verangan nie.

Selain itu juga, aku tertarik dengan design-design banglo lama yang terdapat di atas sana. Terdapat kira-kira hampir 52 buah banglo di atas sana. Mak oiiiiii..... pastu mulalah aku duk mikir camner lah mereka bina bagai. Apa yang menariknya tentang banglo-banglo design Colonial British ini, hasil kerjanya amat cantik dan kemaa. Banglo yang tertua sekali dibina pada tahun 1803, kiranya pada abad ke 17. Terigin nak tengok camnerlah design kat dalam tu. Selain itu juga ada beberapa unit baglo ini milik persendirian yang di jadikan sebagai rumah persinggahan. Ummmmm best kan kalau aku kayoooooo.


 

 





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...