Halaman

Selasa, 16 Disember 2014

Day 1 : Penang

Setelah seminggu pulang bercuti dari Boracay, aku telah meneruskan lagi percutian aku ke Penang. Memang percutian ini telah di rancang dan memang nak bercuti habis-habisan sebelum bulan Disember.

Untuk destinasi kali ini aku telah memilih Tanjung Bungah untuk lokasi penginapan kami. Mula-mulanya aku memilih Batu Ferringhi untuk lokasi penginapan, selepas survey punya survey aku pon memilih Tanjung Bungah kerana faktor jarak dari Pusat Bandar. Jarak antara pusat bandar ke Tanjung Bungah lebih kurang 45 minit. Lokasi hotel ini  memang aku suka kerana tepi laut dan  panorama yang indah skali. Tapi sayang xder sunset ader sunrise jew.

Dari Kuala Lumpur ke Penang kami menaiki train KTM dari Stesen KL Sentral - Butterworth. Train kami bertolak jam 10PM dan di jangka tiba 5.30AM. Ummmm pengalaman yang indah skali. Indah kewwwwwwww. Ini bukan pertama kali aku naik train, dah banyak kali cuma ini pertama kali beli tiket Kelas Ekonomi kerana Kelas Satu dalam 'renovations' kata staff kaunter KTM. 

Memandangkan aku memilih 'Kabin Tido' jadi aktiviti aku tido jew lah kan. Sesambil tido tu jenguk-jenguk juga kat luar dah di mana kita nie. Tapi sebenarnya staff KTM yg bertugas pon ada juga meronda dan kejutkan para penumpang jika dah nak hampir tiba ke detinasi yang di tuju. Mereka akan kejutkan kita sebelum 2 stesen lagi ke Butterworth. Tapi aku memang dah terjaga, kot-kot dibuatnyer aq 'tido mati' mau sampai Hat Yai.

Sampai Butterworth masih awal pagi jam 5.30AM. Sesudah itu berjalan kaki menuju ke Terminal Feri Pengkalan Sultan Abdul Halim ke Pengkalan Raja Tun Uda merentasi Selat Melaka. Walupun masih awal pagi namum sudah ramai yang menunggu feri. Ingatkan aku jew yang awal rupanya ada lagi orang lain. 

Jam 6.15PG sampai di Pengkalan Weld dan kami pon mencari teksi untuk terus ke hotel. Jika naik bas pon buleh juga kerana stesen bas bersebelahan sahaja. Kerana badan pon letih so taxi menjadi pilihan kami.

Sampai hotel terus tunjuk voucher. Aku memang dah 'req' nak cek in awal. Alhamdulillah rezeki kami. Yahooooooooo. Kami naik bilik dulu settle apa yang patot, jam 8 turun breakfast dah tu naik bilik sambung tdo kejap coz dalam train x syok tdo.

 

 



 


 

Jam 12PM siap-siap nak g jejalan melawat kawasan. Hari nie nak pergi ke Pengkalan Weld nak jalan-jalan area sana, cek point dia area 'Jeti Swettenham'


Tujuan kami di sini adalah nak taw cam ner nak naik 'cruise'. Tak abis-abis verangan. Kami nak daptkan info for next time nak naik cruise pulak. Memang besar 'gedabak' kapal nie. 


Dah abis meninjau kawasan Jeti Swetthenham, kami peneruskan perjalan di sepanjang Light Street melalui Queen Victoria Clock Memorial Tower nak ke Jalan Padang Kota Lama. Kat sini tempat fav aku untuk makan 'pasembur'. Mula-mula aku datang Penang hingga kini, mmg di sini aku rasa paling best untuk makan pasembur. sambil makan boleh tengok kapal yang lalu lalang.


 



dah abis tu, kami lepak-lepak lagi. malam menjelma baru tehegeh-hegeh nak balik hotel.



Gud nite Malaysia.....


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...