Halaman

Jumaat, 19 Disember 2014

Day 4 : Penang

Hari nie last day kami di Penang. Destinasi terakhir adalah melawat Rumah P.Ramlee. Ini adalah lawatan aku yang pertama kali di sini. Time skolah dulu tak berkesempatan nak wat lawatan di sini. Almaklumlah kurang berkemampuan nak jont jika skolah wat lawatan sambil blajo dulu-dulu. Nie dah beso panjang baru dapat jejak kaki di sini. Alhamdulillah.

Lokasi rumah P.Ramlee terletak:
No. 40A, Jalan P. Ramlee
10460 Pulau Pinang
Malaysia
Ianya bersebelahan dengan Kompleks Pustaka Warisan Seni di bawah seliaan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Pulau Pinang. Rumah kayu beratap nipah ini telah di baik pulih semula oleh Arkib Negara,  tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah asal P.Ramlee. Memang menarik.

Semasa aku sampai, hujan renyai-renyai dah kebetulan ada persembahan Boria di Kompleks Pustaka Warian Seni. Masuk gate Kompleks nie aku terus ke rumah P.Ramlee. Kebetulan time tu tak der orang pon. Memang best ler boleh lepak lama-lama dalam tu. lagipon rumah nie kecik jew. Klu ramai sgt org duk kerumun x best nak negok.


 


 





 


toilet di luar rumah

 

Guri a.k.a tempayan

 
  
 


Untuk makluman, masuk adalah percuma dan dilarang ambil gambar di dalam rumah tu. Dalam rumah tu adew CCTV, xmau aku cari pasal. Apa yang menariknya, rumah P.Ramlee ini mempunyai sebuah bilik tido sahaja. Mungkin P.Ramlee tido di ruang tamu kot. macam aku time kecik dulu-dulu. Pastu rumah P.Ramlee ini mengimbau kenangan rumah aku di kampung suatu ketika dahulu dimana tandasnya di luar rumah. Seriau jew klu time malam-malam nak g toilet.

Akhir kata dari aku, rumah P.Ramlee ini adalah lokasi yang wajib juga untuk dilawati.

Bye-bye Penang, ader rezeki jumpa lagi.

Khamis, 18 Disember 2014

Day 3 : Penang

Hari ketiga, kami ronda-ronda Georgetown. Destinasi kami hari nie Penang Art Street yang merupakan keunikan di Pulau Mutiara ini.

Untuk mencari dimana karikatur ini, memang kena banyak jalan-jalan sikit. Memang tak susah nak cari kerana kami dah ada peta dan memudahkan untuk kami untuk terjah sahaja.

Cuaca time tu boleh tahan jugak, panas terik. Selain itu juga, pelancong-pelancong lain pon ramai juga, so kesabaran yang tinggi amat diperlukan kerana perlu Q sikit tuk snap picture dan juga lokasi-lokasinya memang betol-betol tepi jalan-jalan yang kecil yang sentiasa sibuk. Memang menguji kreativiti korang tuk snap picture.







Walaupon penat berjalan, tapi muka puas jugak lah. Jika datang Penang, ini adalag lokasi yang wajib untuk di lawati.

Rabu, 17 Disember 2014

Day 2 : Penang

Sesudah breakfast, plan nak mandi laut, pastu g tengok laut airnya 'teramatlah jernih' so cancel. Naik bilik siap-siap nak g Penang Hill.

Dari Tanjung Bungah - Weld Quay boleh naik teksi atau bas Rapid Penang. Bila sampai Weld Quay cari bas yang ke Penang Hill. Boleh juga turun di Komtar dan terus ke Penang Hill, tapi from my previous experience, jika naik bas dari Komtar - Penang Hill mmg berdiri la jawabnyer. Jadi jalan terbaik turun di Weld Quay naik bas yang terus ke Penang Hill w/pon bas tersebut ambil juga passenger at Komtar.

Apa yang membuatkan aku nak naik Penang Hill adalah nak view panorama Penang di puncak sana. Ini bukan pertama kali datang sini, dah acapkali. Dengan ketinggian 833 meter dari aras laut, iklim di sini dingin sekali dan mmg sesuai tuk aku yang suka verangan-verangan nie.

Selain itu juga, aku tertarik dengan design-design banglo lama yang terdapat di atas sana. Terdapat kira-kira hampir 52 buah banglo di atas sana. Mak oiiiiii..... pastu mulalah aku duk mikir camner lah mereka bina bagai. Apa yang menariknya tentang banglo-banglo design Colonial British ini, hasil kerjanya amat cantik dan kemaa. Banglo yang tertua sekali dibina pada tahun 1803, kiranya pada abad ke 17. Terigin nak tengok camnerlah design kat dalam tu. Selain itu juga ada beberapa unit baglo ini milik persendirian yang di jadikan sebagai rumah persinggahan. Ummmmm best kan kalau aku kayoooooo.


 

 





Selasa, 16 Disember 2014

Day 1 : Penang

Setelah seminggu pulang bercuti dari Boracay, aku telah meneruskan lagi percutian aku ke Penang. Memang percutian ini telah di rancang dan memang nak bercuti habis-habisan sebelum bulan Disember.

Untuk destinasi kali ini aku telah memilih Tanjung Bungah untuk lokasi penginapan kami. Mula-mulanya aku memilih Batu Ferringhi untuk lokasi penginapan, selepas survey punya survey aku pon memilih Tanjung Bungah kerana faktor jarak dari Pusat Bandar. Jarak antara pusat bandar ke Tanjung Bungah lebih kurang 45 minit. Lokasi hotel ini  memang aku suka kerana tepi laut dan  panorama yang indah skali. Tapi sayang xder sunset ader sunrise jew.

Dari Kuala Lumpur ke Penang kami menaiki train KTM dari Stesen KL Sentral - Butterworth. Train kami bertolak jam 10PM dan di jangka tiba 5.30AM. Ummmm pengalaman yang indah skali. Indah kewwwwwwww. Ini bukan pertama kali aku naik train, dah banyak kali cuma ini pertama kali beli tiket Kelas Ekonomi kerana Kelas Satu dalam 'renovations' kata staff kaunter KTM. 

Memandangkan aku memilih 'Kabin Tido' jadi aktiviti aku tido jew lah kan. Sesambil tido tu jenguk-jenguk juga kat luar dah di mana kita nie. Tapi sebenarnya staff KTM yg bertugas pon ada juga meronda dan kejutkan para penumpang jika dah nak hampir tiba ke detinasi yang di tuju. Mereka akan kejutkan kita sebelum 2 stesen lagi ke Butterworth. Tapi aku memang dah terjaga, kot-kot dibuatnyer aq 'tido mati' mau sampai Hat Yai.

Sampai Butterworth masih awal pagi jam 5.30AM. Sesudah itu berjalan kaki menuju ke Terminal Feri Pengkalan Sultan Abdul Halim ke Pengkalan Raja Tun Uda merentasi Selat Melaka. Walupun masih awal pagi namum sudah ramai yang menunggu feri. Ingatkan aku jew yang awal rupanya ada lagi orang lain. 

Jam 6.15PG sampai di Pengkalan Weld dan kami pon mencari teksi untuk terus ke hotel. Jika naik bas pon buleh juga kerana stesen bas bersebelahan sahaja. Kerana badan pon letih so taxi menjadi pilihan kami.

Sampai hotel terus tunjuk voucher. Aku memang dah 'req' nak cek in awal. Alhamdulillah rezeki kami. Yahooooooooo. Kami naik bilik dulu settle apa yang patot, jam 8 turun breakfast dah tu naik bilik sambung tdo kejap coz dalam train x syok tdo.

 

 



 


 

Jam 12PM siap-siap nak g jejalan melawat kawasan. Hari nie nak pergi ke Pengkalan Weld nak jalan-jalan area sana, cek point dia area 'Jeti Swettenham'


Tujuan kami di sini adalah nak taw cam ner nak naik 'cruise'. Tak abis-abis verangan. Kami nak daptkan info for next time nak naik cruise pulak. Memang besar 'gedabak' kapal nie. 


Dah abis meninjau kawasan Jeti Swetthenham, kami peneruskan perjalan di sepanjang Light Street melalui Queen Victoria Clock Memorial Tower nak ke Jalan Padang Kota Lama. Kat sini tempat fav aku untuk makan 'pasembur'. Mula-mula aku datang Penang hingga kini, mmg di sini aku rasa paling best untuk makan pasembur. sambil makan boleh tengok kapal yang lalu lalang.


 



dah abis tu, kami lepak-lepak lagi. malam menjelma baru tehegeh-hegeh nak balik hotel.



Gud nite Malaysia.....


Ahad, 14 Disember 2014

Total Expenses holiday at Boracay Nov 2014

d sini aq detailskan bajet aq yerk, nie aq dah kira tuk aq seorang shj . nanti senang korang wat rujukan:
matawang PESO
Act aq dah menetapkan bajet aq RM 2000 all in. so alhamdulillah holiday aq nie under bajet. smasa d sana aq prabihkan RM885.85 utk xtvt dan makan. sblm g saner, aq jugak telah tukar RM 500 kpd Peso dan juga tukar RM 500 kpd USD dan juga  aq bawa cash RM 500 utk back up. so alhamdulillah syukur aq pon sihat sejahtera d sana dan alhamdulillah selamat pergi dan pulang. tq doa2 kalian. i love you all.

1. Hotel RM 553.70
2. Flight RM 339.00
3. bajet smasa d Boracay RM 885.85

TOTAL : RM 1777.70 wahhh cantik jew angka tuuuu..

SEDIKIT TIPS DARI AKU.

1. untuk yg pertama kali nak mai sini buka website nie   www.myboracayguide.com tuk dptkan info.

2. maybe bajet ini buleh d kurangkan jika kami book awal2 tiket AA nie. jika nak dpt murah tiket AA bukan tgk pd waktu promotions jew. tp buleh book setahun before. mmg harga kebabommm.

3. chalet yg kami duduk tu mmg kami idamkan nak view yg best. untong klu g ramai2 lg jimat. pastikan smua satu geng baru best. klu korang nak bajet buleh jew duk guest house. tp siyess aq ckp viewnyer x menarik dan x menarik.

4. aq kat saner mmg kurang mkn waktu siang, tp bertenaga jew buat any xtvt. maybe kerana faktor utamanya adalah 'HALAL', so aq waspada smua benda. time breakfast tu aq pulun habis2 mkn.

5. untuk bercuti d sini kena lebih dari 3 hari coz seharian suntuk masa dah abis masa nak dtg jew pastu time nak balik dah kena kluor awal2. maybe 4hari 3 mlm adalah percutian yg ok kot.

6. sila cuba semua xtxt yg adew d sini. harganya amat berbaloi.

7. jika anda suka shopping sila shopping at d'talipapa kerana area saner harga mmg murah2 berbanding d'mall(dlm stations 2)
8. semasa dptkan info  dlm tenet, kebanyakan blogger kata susah nak tukar MYR to Peso kat Boracay Island nie, tp bila dtg  ada jew. mungkin kerana faktor dah ramai kot org Malaysia mai sini.tp lebih mudah tukar siap2 d Malaysia.

9. bulan Nov hingga April adalah musim yang terbaik untuk bercuti di sini.

10. semasa deal harga untuk any xtvt pantai atau darat, tanyer betul2 ader any caj yg tersembunyi x. contohnya nak enter Crystal Cove pon ken caj.

11. jgn lupa standby Peso 500 seorang, utk duit  airport caj masa pulang nanti.


sekian, selamat merancang cuti anda.....

Jumaat, 12 Disember 2014

Day 6 : Boracay Island

today last day kami d Island nie, ummmm mcm malas pon ader nak balik. mmg x xcited pon nak balik. packing pon x lg. mcm dah jatuh cinta ngn Boracay..oh Boracay......

lepas jew breakfast kami g tanyer guard chalet, camner nak g Cagban Jetty Port. Pastu aq mintak dier tlg tunjuk jln camner nak kuar dari sini. pastu kebingungan. sapatotnyer klu nak balik hari nie, smlm kami dah ready dah mintak tlg pihak chalet tlg uruskan. pastu smlmnyer juga aq tlh cari smula jln yg kami mula2 masuk masa 1st day kami sampai..mmg xjmpa ar.. last2 kami minta tlg pak guard tlg settlekan tuk kami pastu kami g terjun laut lg hu hu hu hu...
bye bye  Boracay Beach Chalet
kami target jam 11AM mcm tu dah kena cek out dari chalet nie. pastu kena gerak g Cagban Jetty Port - Caticlan Jetty- n then Kalibo Airport. bila naik jew dr mandi,  pak guard tu dah dpt org yg blh tlg anto kami back to jetty. terharu sgt...patotler dr td aq tgk mamat tu x g maner2 pon. dia duk tunggu kami rupanya. terharunyanyerrrr....start dari kami mandi laut pastu kami kemas2, aq duk tgk2 mmg si mamat tu x g maner2 pon setia menanti  dpn gate chalet kami. nama dier Jonathan.  mmg bagus dia org nie bab2 menjaga cust. pastu sblm cek out kami kena settlekan dlu caj transport yg kami book masa datang 1st day tu... mujur ader lg duitnyer.

pastu kol 11AM, kami pon dah settle aper yg patot n mcm biasa ler wat wish aper yg patot k pihak chalet. n then kami pon d bawa kluar dr chalet tu k jln besar ngn jln kaki yerk (keadaan jln mmg xproper sgt)... kami g jln besar tunggu tricylce yg mcm beca tu. tp depa ubahsuai guna motor. mmg adventure naik tricyle nie. mujur muatan x byk. pastu dah smpai Cagban Jetty Port, Jonathan follow skali naik paraw ngn kami sampai Caticlan Jetty.. waaaaa terharunyerrr. sampai saner Jonathan tu cari van tuk kami direct k Kalibo Airport. last skali dier mtk tips. act aq dah ready tuk bg tips, coz aq amat hargai sgt service dier. thank you very much Jonathan. so cam biasa 2 jam k airport. so boringgggggggg.


sblm kami cek out, kami ader tanyer at pihak chalet, nanti kami kena bayo any caj or apew2 x at airport. depa x taw sgt. nie wat aq kompius nie. masa aq survey dr blogger2, ader  yg citer pasal caj nie. tp x mentions pula kena bayo berapa Peso. aq x cuak pon coz mmg aq ader lg duit. Lgpon aq  x berfoya2 sgt. hu hu hu...


dah sampai airport kol 2 PM mcm tu arr. dah ler x der cafe or apew bagai at sini. mati kutu sgt. tempat tunggu kat luar pon x der kerusi. aduhai super bajettttttt betullllll. last2 g lepak warung dpn airport n order air kelapa jew( itu jew yg rasanya kami buleh order).

inilah dier airportnyerrrrrrrrrrr. kat tali merah tuk cek in yerk....
dah dekat kol 3PM cek in bagai. mmg x teratur n sistematik sgt...sorry bukan aq yg cerewet okey...tp keadaan mmg kurang slesa. dah cek kastam pastu g cek smua bagai pastu kena bayo airport charge weiiiiii...dah cuak dah time tu..charge dier Peso 500 sorang. pastu cek2 wallet ader Peso 700 jew. tp aq still ader duit USD & RM tuk kes nie... muka x cuak tp nerves jewww...ha ha ha. pastu kena kuar ar tuk tukar dptkan dlm Peso 300 jew. 

pastu follow prosidur spt biasa. dah bayo smua duit caj airport tu g prabihkan a few Peso yg ader dlm kocek ni. x koser aq nak wat kenang-kenangannya. aq g beli air pastu aq bg smua duit syiling yg aq ader so zero Peso. Pastu tunggu flight coz dah nampak AA dah landing. pastu staff kat saner mai angkat signboard jew tuk bgtaw flight AA to KL. xdernyer skrin LCD tu bagai. super cokiaaaaa....pastu aq boring ngn environment dlm airport tu, aq last passenger yg masuk dlm flight. smua x sabo nak balik. so bad service...sorry again.....

hampir jam 7PM kami sampai at KLIA2. Syukur alhamdulillah smuanya selamat.

aq mmg x shopping pon kat saner just beli nie jew tuk kekawan yg ku sayang..muahhhhhhh.. i love you allllllll

fridge magnet

key chain gitar

DAY 6

1. Bayar caj transport masa nak cek out 1st day datang : Peso 1300 : RM 96.00
2. Transport to Cagbang Jetty Port : Peso 100 : RM 7.50
3. Tiket terminal & direct to Kalibo Airport : Peso 1100 : RM 82.60
4. Tips to Jonathan : aq sedekahkan jew
5. Air kelapa dpn Kalibo Airport : Peso 200 : RM 15.00
6. Air port charge : Peso 1000 : RM 75.00
7. Dinner at KLIA2 : RM 8*
8. Tiket ERL Transit KLIA2 - TBS : RM 53.00
9. Teksi dr TBS back home : RM 30

TOTAL : Peso 3700 : RM 277.80 + RM 53 + RM 30 = 360.80
*asingkan coz aq punyer sdn bhd

Khamis, 11 Disember 2014

Day 5 : Boracay Island

hari nie bgn tdo awal sikit coz nak tgk view pg yg indah. rugi wooo klu bgn lewat coz masa nie lah nak view alam semulajdi yg indah dan segar bugar sebelum antu2 "kopek" berlari2 anak d tepian pantai kan kan kan. cam biasa sesudah breakfast jejalan dan wat tawaf aper yg patot w/pon dah acapkali g tgk. mmg x puas.

view d pagi hari

act hari nie last day kami wat any xtvt yg sempat n larat. padahal jadual kami x padat pon. padat layan perasaan jewww pastu verangan. xtvt hari nie simple jew. x guna byk energy pon. 

today xtvt santai2 naik Glass Bottom Boat. mula2nyer xcited nak naik, coz klu luck buleh tgk penyu..wow....tp smuanya k lauttttttt... verangan jew lebih. laut still berglora dan kami d bawa bersiar2 d mengelilingi Boracay Island White Beach jew.  sambil naik bot nie buleh ler tgk hidupan dasar laut melaui cermin kat bawah tu. alaaaaa mcm masuk Aquaria KLCC lerr jugak. for me utk budak2 sure enjoy. bg aq boring weiiii coz x der yg menarik sgt . Boat nie akan parking kat area Cagban Jetty Port. pastu staff dier akn selam kat bawah dasar n bg ikan makan so adew laaa ikan mai lalu lalng bawah cermin tuu.... xcited ler tugak... pastu memandangkan kami smua nie boring kot pastu staff dier g selam lg tuk cari smua khazanah hidupan laut tuk tunjuk kat kami smua...yg nie mmg real Starfish... pastu smua duk kerumun nak nengok starfish.pastu  staff depa pon serve snack kpd kami..ummm free2 dpt mkn... balunnnn... pastu kapten nengok xder sorang pon passenger nak swim so kami pon patah balik k darat



 

 

 

inilah dier star fish yg staff mereka tunjuk. yg berduri tu aq x taw nama gapo
 sblm nak balik, g jalan sepanjang pantai. kot2 adew yg berkenan k nak beli. Sesambil tu cuci mata.... fridge magnet x cari lg nie. duk window shopping jew.

yg penting skin still maintain x berkilat sgt kan kan kan
 



 


mcm biasa ptg tu menghabiskan sisa2 masa  yg ada tuk view sunset tuk hari terakhir d Boracay Island. Senja pon menjelma. so esok dah check out. Indah betol panoramanya. pastu verangan klu tiap2 hari mcm nie kan best..........

last day view sunset

Alhamdulillah, dinner terakhir tuk mlm nie at Boracay Island. masih d tempat semalam coz nak makan nasik lg. ummm mmg sedap. Berlatar belakangkan deruan ombak dan angin pantai yg sepoi2 bahasa. Suasananya yg malap sunggup mempesonakan. Baru nak verangan, ujan weiiiiii. Mau lintang pukang smua lari masuk restaurant. Seolah2 Boracay Island tidak merestui keberangkatan pulang diriku ke Malaysia esok. mujurlah hujan tu time kami dah abis mkn. pastu lebat ler pulak. sepanjang kami d sini, inilah 1st night hujan turun...apew pon syukur. hujan itu rahmat. pastu dah brenti hujan p jln2 beli fridge magnet.

 mango shake jus

dinnet at True Food Indian Cuisins

roti nan cheese

nasi briyani ayam. ader ayam dua ketul..

DAY 5

1. Glass Bottom Boat : Peso 1500 ; RM 112.60
2. x lunch coz x lapar pon
3. Dinner : Peso 1081 : RM 81.20
4. Fridge magnet and keychain : Peso 1075 : RM 80.70*
*aq punyer sdn bhd

TOTAL : Peso 2581 : RM 193.80

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...