Hari nie last day kami di Penang. Destinasi terakhir adalah melawat Rumah P.Ramlee. Ini adalah lawatan aku yang pertama kali di sini. Time skolah dulu tak berkesempatan nak wat lawatan di sini. Almaklumlah kurang berkemampuan nak jont jika skolah wat lawatan sambil blajo dulu-dulu. Nie dah beso panjang baru dapat jejak kaki di sini. Alhamdulillah.
Lokasi rumah P.Ramlee terletak:
No. 40A, Jalan P. Ramlee
10460 Pulau Pinang
Malaysia
Ianya bersebelahan dengan Kompleks Pustaka Warisan Seni di bawah seliaan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Pulau Pinang. Rumah kayu beratap nipah ini telah di baik pulih semula oleh Arkib Negara, tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah asal P.Ramlee. Memang menarik.
Semasa aku sampai, hujan renyai-renyai dah kebetulan ada persembahan Boria di Kompleks Pustaka Warian Seni. Masuk gate Kompleks nie aku terus ke rumah P.Ramlee. Kebetulan time tu tak der orang pon. Memang best ler boleh lepak lama-lama dalam tu. lagipon rumah nie kecik jew. Klu ramai sgt org duk kerumun x best nak negok.
Untuk makluman, masuk adalah percuma dan dilarang ambil gambar di dalam rumah tu. Dalam rumah tu adew CCTV, xmau aku cari pasal. Apa yang menariknya, rumah P.Ramlee ini mempunyai sebuah bilik tido sahaja. Mungkin P.Ramlee tido di ruang tamu kot. macam aku time kecik dulu-dulu. Pastu rumah P.Ramlee ini mengimbau kenangan rumah aku di kampung suatu ketika dahulu dimana tandasnya di luar rumah. Seriau jew klu time malam-malam nak g toilet.
Akhir kata dari aku, rumah P.Ramlee ini adalah lokasi yang wajib juga untuk dilawati.
Bye-bye Penang, ader rezeki jumpa lagi.
Akhir kata dari aku, rumah P.Ramlee ini adalah lokasi yang wajib juga untuk dilawati.
Bye-bye Penang, ader rezeki jumpa lagi.