Memang menarik sikit event ini dan memang aku keterujaan sangat, dan pertama kali pulak tu run dalam KL Tower nie. Nak kata aku awal register tak lah jugak. Tapi masa dah dibuka untuk register cepat-cepat lah jugak register takot terlewat.
Actually banyak benda gak aku mikir camner nak run dalam tower nie. Ianya tidak semudah yang di sangka taw. Nak kata aku nie aktif trainning tak jugak walaupun pada mulanya aku plan aku nak pergi hiking bagai la untuk dapatkan stamina tapi hold memanjang jew kerana kesibukan.
Pada 15 May, seawal jam 5.30 pagi aku sudah pon terpacak di tempat event. Jika di ikutkan jadual, jam 6 pagi sudah bermula acara untuk Men Open. Seperti biasa ada acara senam ramai-rami oleh Salonpas, tapi cam tak best pon, rushing sangat kot. After that, Salonpas ada menyediakan semburan pada betis setiap runner untuk make sure tidak krem nanti. Memandangkan event ini berlari masuk dalam tower, setiap kategori dilepaskan berasingan mengikut jumlah peserta yang di tetapkan.
Group pertama men open 300 orang di lepaskan telebih dahulu dengan merujuk kepada nombor bib masing-masing. Masa ini baru terfkir jika korang lambat register Jika nombor bib tu banyak sangat angkanya, kebelakang lah lagi kena Q. Mujur no bib aku nie tak kebelakang sangat. Syukur sangat kerana aku termasuk dalam group larian yang kedua. Di situ baru aku tahu kenapa dan mengapa kepada persoalan aku pada awalnya tadi. Jika semua runner di lepaskan serentak, mau pecah KL Tower tu di' sondol' oleh runner dan yang pasti ramai yang cedera dek kerana mengejar masa larian.
Memandangkan setiap runner dah ada bib dan cip masa, masa larian di kira semasa runner-runner semua dilepaskan. So tak adalah isu lambat sampai . Yang pasti runner dilepaskan secara kumpulan mengikut no bib masing-masing. Aku pon bersyukur juga kerana dilepaskan dalam group yang kedua. Aku pon tak boleh bayangkan jika aku dilepaskan dalam group yang tercorot kerana tidak semua runner berdaya untuk berlari dalam tower tu mau sesak dan padat dan yang pasti ramai yang akan berjalan tercungap-cungap.
Apabila group aku dipangggil untuk bersedia, aku cuba untuk berada di depan sekali walaupun aku yakin aku tidaklah selaju mana pun semasa berlari nanti. Sekurang-kurangknya aku cuba untuk memotivasikan diri aku dipagi hari untuk buat yang terbaik. Wah tetiba pepandai jew nak amik aura motivasi.
Apabila group aku dilepaskan, aku cuba untuk berlari sehabis baik dan bukan mudah untuk berlari sejauh 800 meter up hill. Memang satu kerja gila dan azab sangat. Yerlah start jew run terus up hill. Hanya kaki bukit sahaja yang akan tersenyum lebar. Aku nak lari sampai kat pondok parking pon dah tercungap-cungap. Giler weiiiiii. Masa view track cam senang jew nak run. Tetapi selepas melepasi pondok parking, jalan sedikit mendatar dan memberi sedikit kelegaan kepada otot aku dan di situlah cabaran akan bermula mendaki 2058 anak tangga pulak.
Wow, mula-mula masuk tower sedap jew langkah setiap dua anak tangga. Eksyen betol kan. Yerlah energy banyak lagi kan. hu hu hu hu. Bila dah lama kelamaan dah tak daya dah nak langkah setiap dua anak tangga, nak langkah setiap satu anak tangga pon dah azab. Penat dah otot peha nie. Terlupa pula aku nak bawa mini towel untuk lap peluh. Besi pemegang pon dah lenjun basah. Tapi aku cuba jugak berpaut pada besi untuk mengurangkan beban.
Apabila dah lama berlari dalam tower tu, dah tak ada energy dah, kat mana nak parking rest kejap nie. Aku tengok ada yang parking tepi-tepi jew itu pon ngnam-ngam dengan space dalam tangga. Suasana dalam tower tu seperti dalam microwave. MasyaAllah... hanya Tuhan jew yang tahu keluhan setiap runner. Kena pandai bernafas sebaik mungkin kan tak cukup nafas naya pulak.
Keadaan sedikit jem di water stations. Yer lah masing-masing kehausan dan space pon ngam-ngam jew. Better bawak air sendiri baru best. Tak payah nak Q nunggu. Tapi aku rasa lama kelamaan aku dah tak daya nak berlari dan aku jalan jew . Nak jalan laju-laju pon tak daya. Tapi tetap gagahkan diri. Masa tu dah jumpa dengan group pertama based on no bib. Maybe jika tak nak jem dalam tower tu kena run sebaik mungkin dari awal kot.Tapi jika dari awal dah terhegah-hegeh, mau jem bercampur dengar group yang sebelum-sebelumnya.
Mau dalam 30 minit jugak aku daki KL Tower nie. Ya satu pengalaman yang best . Bila dah sampai ke puncaknya no bib dan nama kita terus terpampang di skrin laptop menunjukkan kita dah sampai penamat. masa kat atas tu tak fikir banyak pon just nak turun cepat-cepat kerana takot jem pulak kat lift. mujur masa nunggu lift tu tak ramai sangat. syukur jugak kerana aku dilepaskan dalam group yang awal. Dah turun bawah di cari port untuk betolkan urat sikit. Adoiiiiii penat wei....... bukan mudah taw nak run dalam tower.
Bila body dah cool sikit pergi cari menu untuk breakfast. Semasa aku berjalan sekitar KL Tower tu ada lagi peserta di lepaskan dan langit pon dah cerah.Aku pon takder mood nak nunggu lama-lama. Jam 10 pagi aku dah balik.
Inilah dia official result aku. Jika tak banyak brenti mau cantik sikit result aku nie. Anyway alhamdulillah syukur. InsyaAllah next year kita joint lagi. Thank you Allah di atas kesihatan yang Engkau berikan. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan