Halaman

Isnin, 23 Mei 2016

RACE : KL TOWER INTERNATIONAL CHALLENGE 2016

Memang menarik sikit event ini dan memang aku  keterujaan sangat, dan pertama kali pulak tu run dalam KL Tower nie. Nak kata aku awal register tak lah jugak. Tapi masa dah dibuka untuk register cepat-cepat lah jugak register takot terlewat. 

Actually banyak benda gak aku mikir camner nak run dalam tower nie. Ianya tidak semudah yang di sangka taw. Nak kata aku nie aktif trainning tak jugak walaupun pada mulanya aku plan aku nak pergi hiking bagai la untuk dapatkan stamina tapi hold memanjang jew kerana kesibukan. 

 

Pada 15 May, seawal jam 5.30 pagi aku sudah pon terpacak di tempat event. Jika di ikutkan jadual, jam 6 pagi sudah bermula acara untuk Men Open. Seperti biasa ada acara senam ramai-rami oleh Salonpas, tapi cam tak best pon, rushing sangat kot. After that, Salonpas ada menyediakan semburan pada betis setiap runner untuk make sure tidak krem nanti. Memandangkan event ini berlari masuk dalam tower, setiap kategori dilepaskan berasingan mengikut jumlah peserta yang di tetapkan. 

Group pertama men open  300 orang di lepaskan telebih dahulu dengan merujuk kepada nombor bib masing-masing. Masa ini baru terfkir jika korang lambat register Jika nombor bib tu banyak sangat angkanya, kebelakang lah lagi kena Q. Mujur no bib aku nie tak kebelakang sangat. Syukur sangat kerana aku termasuk dalam group larian yang kedua. Di situ baru aku tahu kenapa dan mengapa kepada persoalan aku pada awalnya tadi. Jika semua runner di lepaskan serentak, mau pecah KL Tower tu di' sondol' oleh runner dan yang pasti ramai yang cedera dek kerana mengejar masa larian.

Memandangkan setiap runner dah ada bib dan cip masa, masa larian di kira semasa runner-runner semua dilepaskan. So tak adalah isu lambat sampai . Yang pasti runner dilepaskan secara kumpulan mengikut no bib masing-masing. Aku pon bersyukur juga kerana dilepaskan dalam group yang kedua. Aku pon tak boleh bayangkan jika aku dilepaskan dalam group yang tercorot kerana tidak semua runner berdaya untuk berlari dalam tower tu mau sesak dan padat dan yang pasti ramai yang akan berjalan tercungap-cungap.

Apabila group aku dipangggil untuk bersedia, aku cuba untuk berada di depan sekali walaupun aku yakin aku tidaklah selaju mana pun semasa berlari nanti. Sekurang-kurangknya aku cuba untuk memotivasikan diri aku dipagi hari untuk buat yang terbaik. Wah tetiba pepandai jew nak amik aura motivasi. 

Apabila group aku dilepaskan, aku cuba untuk berlari sehabis baik dan bukan mudah untuk berlari sejauh 800 meter up hill. Memang satu kerja gila dan azab sangat. Yerlah start jew run terus up hill. Hanya kaki bukit sahaja yang akan tersenyum lebar. Aku nak lari sampai kat pondok parking pon dah tercungap-cungap. Giler weiiiiii. Masa view track cam senang jew nak run. Tetapi selepas melepasi pondok parking, jalan sedikit mendatar dan memberi sedikit kelegaan kepada otot aku dan di situlah cabaran akan bermula mendaki 2058 anak tangga pulak. 

Wow, mula-mula masuk tower sedap jew langkah setiap dua anak tangga. Eksyen betol kan. Yerlah energy banyak lagi kan. hu hu hu hu. Bila dah lama kelamaan dah tak daya dah nak langkah setiap dua anak tangga, nak langkah setiap satu anak tangga pon dah azab. Penat dah otot peha nie. Terlupa pula aku nak  bawa mini towel untuk lap peluh. Besi pemegang pon dah lenjun basah. Tapi aku cuba jugak berpaut pada besi untuk mengurangkan beban. 

Apabila dah lama berlari dalam  tower tu,  dah tak ada energy dah, kat mana nak parking rest kejap nie. Aku tengok ada yang parking tepi-tepi jew itu pon ngnam-ngam dengan space dalam tangga.  Suasana dalam tower tu seperti dalam microwave. MasyaAllah... hanya Tuhan jew yang tahu keluhan setiap runner. Kena pandai bernafas sebaik mungkin kan tak cukup nafas naya pulak. 

Keadaan sedikit jem di water stations. Yer lah masing-masing kehausan dan space pon ngam-ngam jew. Better bawak air sendiri baru best. Tak payah nak Q nunggu. Tapi aku rasa lama kelamaan  aku dah tak daya nak berlari dan aku jalan jew . Nak jalan laju-laju pon tak daya. Tapi tetap gagahkan diri. Masa tu dah jumpa dengan group pertama based on no bib. Maybe jika tak nak jem dalam tower tu kena run sebaik mungkin dari awal kot.Tapi jika dari awal dah terhegah-hegeh, mau jem bercampur dengar group yang sebelum-sebelumnya. 

Mau dalam 30 minit jugak aku daki KL Tower nie. Ya satu pengalaman yang best . Bila dah sampai ke puncaknya no bib dan nama kita terus terpampang di skrin laptop menunjukkan kita dah sampai penamat. masa kat atas tu tak fikir banyak pon just nak turun cepat-cepat kerana takot jem pulak kat lift. mujur masa nunggu lift tu tak ramai sangat. syukur jugak kerana aku dilepaskan dalam group yang awal.  Dah turun bawah di cari port untuk betolkan urat sikit. Adoiiiiii penat wei....... bukan mudah taw nak run dalam tower. 

Bila body dah cool sikit pergi cari menu untuk breakfast. Semasa aku berjalan sekitar KL Tower tu ada lagi peserta di lepaskan dan langit pon dah cerah.Aku pon takder mood nak nunggu lama-lama. Jam 10 pagi aku dah balik. 

 



Inilah dia official result aku. Jika tak banyak brenti mau cantik sikit result aku nie. Anyway alhamdulillah syukur. InsyaAllah next year kita joint lagi. Thank you Allah di atas kesihatan yang Engkau berikan. Amin.


Ahad, 15 Mei 2016

RACE : KL LABOUR DAY RUN 2016

Alhamdulillah, settle sudah run aku pada hari pekerja. Wah, hari pekerja pon nak run jugak kew? ha ha ha. Tapi aku memang teruja nak joint labour day run, coz nak jugak tau track larian dia. Ini 1st time joint run dalam Bandaraya Kuala Lumpur .Run ini telah berlangsung pada 2 Mei 2016.


Sebelum start lari semua peserta di hidangkan dengan zumba memanaskan badan. Skali-skala layan zumba best gak. ha hah ha. Jam 7.30 pagi 10KM di lepaskan. So bermulalah larian aku di dalam Bandaraya Kuala Lumpur ini. Secara overa all memang best lah berlari di pagi hari dalam Hutan Batu . Tapi penghujungnya pon pancit jugak. Alahai aku nie.



Satu kepuasan pulak membasahkan tekak dengan Milo dan ditambah pulak dapat lagi menambah koleksi medal. Wah sakan betol aku nie. Tapi tak ramai peserta yang joint. Maybe kerana jatuh pada cuti umum kan.



Cambiasa aku lepak sampai abis event, yerlah nak jugak tengok muka-muka juara.  InsyaAllah one day kita pulak. Tapi kena pulun training abis-abis lerrrrr. Di bawah nie my official rekod. Kelaut sikit rekod masanya ha ha ha



Ahad, 1 Mei 2016

2XU Men Compression Tights pilihan hatiku

Di sini aku nak kongsikan 2XU Men Compression Tight yang aku guna sekarang ini. Actually memang di awal pembabitan aku dalam running nie memang nak rembat selai seluar nie kerana atas faktor keselesaan. So di sini aku kongsikan serba sedikit mengenai seluar ini. Aku buat seperti temuramah feeling-feeling seperti duta produk. Yang tukang temuramah aku tu mak aku. enjoyyyyyy.

my 2XU compression tights
MAK:  Salam sejahtera saudara, terima kasih kerana meluangkan masa untuk temuramah mengenai seluar compression tight ini. Boleh saudara cerita kan serbA sedikit?
AKU:  Sama-sama Puan, ( sambil tergelak-gelak ). Untuk makluman Puan, seluar ini saya belikan khas untuk berlari. Yerlah dah terlibat dengan hobi berlari, jadi seluar ini menjadi keperluan bagi saya.

MAK:  Tak boleh  pakai seluar track atau seluar pendek kew semasa berlari?
AKU:  Boleh Puan, tak ada masalah. Atas individu. Cuma untuk keselesaan jangka masa panjang, saya fikir saya perlu ada sekurang-kurangnya sehelai seluar ini.

MAK:  Boleh saya tahu brand apa yang saudara guna sekarang ini?
AKU:  Sebenarnya memang banyak brand diluar sana yang dikhaskan untuk berlari. Di sini saya memilih 2XU sebagai pilihan hati saya. Sebelum saya  membeli, saya juga google di tenet tentang brand ini. Rata-rata mengatakan brand ini bagus serta memberi keselesaan kepada runner. Jadi ianya membuatkan saya jatuh hati pulak dengan brand ini ( sambil ketawa kecil ).

MAK:  Dimana saudara membelinya?
AKU:  Pada mulanya saya plan nak beli online sahaja kerana info-info saya dah ada, tetapi saya pon nak jugak berface-to face rasa seperti lebih yakin lagi dan banyak soklan jugak saya nak tanya dan harganya pon ratus-ratus Puan. Mula-mula saya singgah di Marathon Shop di Lot 10 Bukit Bintang kerana outlet itu yang paling hampir dengan saya. Semasa saya tiba di kedai tersebut design yang saya nak tu tak ada. Adoiiii saya pon sedikit stress kerana esoknya saya perlu berangkat ke Penang untuk race saya yang kedua. Tapi saya telah menyenaraikan outlet mana yang menjual brand ini. Saya pon terjah sahaja di Mid Valley Kuala Lumpur. Apabila sampai di sana saya tak pasti samada dalam Mid Valley atau dalam The Garden Mall. Saya pon terjah sahaja berdasarkan directory kedua-dua mall. Cari punya cari jumpalah kedai yang saya nak beli seluar ini iaitu di outlet Key Power Sports dalam The Garden Mall. Lega rasanya apabila di luar kedai dah nampak dah seluar 2XU saya. Syukur sangat kerana pada ketika itu ada sale jimat duit tabung saya. Ikotkan hati nak rembat dua helai.

MAK:  Amboi panjang lebar pulak, mujur tak ada episod sambungan. Bagaimana dengan pemilihan saiznya?
AKU:  Untuk makluman Puan, kita tak boleh nak main beli macam tu sahaja. Kena tahu ukuran pinggan kita. Kerana seluar ini memang tight dan apabila kita memakainya ianya akan fit betol-betol dengan body kita. Mujur sales asistant itu lelaki tidak segan pilu untuk saya bertanya soklan maut( sambil ketawa) dan yang paling saya suka beliau juga bersukan dan menggunaakan seluar ini juga semasa bersukan dan sedikit sebanyak pengalaman beliau di kongsikan sekali semasa saya bersoal jawab dan membuatkan saya lebih berkeyakinan.

saiz di sertakan di belakang kotak sebagai rujukan
MAK:  Boleh saya tahu berapa harganya, jika tidak keberatan untuk saudara kongsikan?
AKU:  Harganya..harganya...ehem...ratus ratus lah jugak Puan, Tapi seperti yang saya katakan tadi mujur ada sale dan saya pon tak terbeban sangat. Kiranya pakai seumur hiduplah nie. Harga asal RM 529, after sale dapat RM 370.30.( sambil tadah tangan, syukur ada sale)

MAK:  Tudiaaaaaaaaaa mahal jugak yerk, ada warranty kew seluar nie? ( sambil belek-belek seluar tight aku )
AKU:  Oh ya. memang ada warranty Puan, warrantynya pada lifetime jahitannya dan jika koyak sebab jatuh tak leh tuko.

MAK:  Apa kelebihan memakai seluar ini ?
AKU:  Terlalu subjektif pulak saya nak huraikan Puan, tetapi Puan jangan salah faham kerana seluar ini bukan sebagai penambah tenaga xtra untuk runner tetapi ianya memberi keselesaan contohnya ianya mengurangkan gegaran otot paha serta otot betis semasa berlari. Apa yang saya boleh katakan seluar ini terbaik untuk saya dan otot saya kurang letih berbanding semasa pertama kali saya race.

MAK:  Sudah berapa kali saudara menggunakannya?
AKU:  Terkini sudah dua kali saya memakainya, Pertama kali saya  menggunakannya pada race saya yang kedua di Penang

MAK:  Bagaiman cara nak guna seluar ini. Saya lihat saudara seperti terseksa sahaja nak memakainya?
AKU:  (sambil ketawa ) Semasa saya beli seluar ini berkali-kali saya tanya kepada jurujual tersebut inikah seluarnya sambil saya mengeluarkan dari kotaknya. Beliau kata ya, inilah saiznya . Cara nak pakai  sama seperti kita memakai seluar panjang tetapi hujung seluar betol-betol fit dengan buku lali kita. Memang sedikit mencabar memakai seluar ini Puan dan apabila kita sudah memakai sepenunya, ianya betol-betol fit dengan body kita dan feeling sedikit seksi pulak ( kena cobit ...adoiii)

MAK: Amboiiiiiiii feeling seksi pulak yerk, tak feeling malu kew or atau fikir ini fashion?
AKU: Adoi camner nak jawab nie yerk... Memanglah seluar ini betol-betol tight, tapi jika yang jenis kompident 100% tu memang rileks jew pakai.(sambil gelak). Tapi jika jenis yang kureng sikit kompidentnyer, maybe dia akan sarungkan short pant di luar so cover sikit seksi. Tapi ok jew cover letak bib number. ha ha ha. Tapi ianya terpulang kepada individu masing-masing. Sebaik-baiknya beli warna hitam kerana bila kiter amik gambo warna hitam kan nampak flat sikit, k guaner? (adoiiii kena cobit lagi )

MAK:  Bagaimana penjagaan seluar ini, cerewet tak ?
AKU:  Biasanya after guna lepas race saya akan rendam, letakkan sedikit sabun sambil gosok-gosok atau celup-celup manja. Jangan nak berus pulak dan saya pon tak berani nak masukkan dalam mesin basuh. After that saya jemur di tempat yang redup jew tak direct ke matahari. Semoga seluar ini terus berbakti untuk saya. 

MAK:  Ada pesanan tak kepada diluar sana jika ada yang berhasrat untuk membeli jugak seluar ini?
AKU:  Pesanan saya jika serious dalam running, memang satu keperluan untuk memiliknya dan amat berbaloi dengan pelaburan yang dibuat. Tapi jika dalam setahun race ada 5 atau 6 maybe kena fikir banyak kali juga lah. On moment, walaupun saya newbie, saya telah register lebih dari 10 race sepanjang 2016 ini. Sebab tu saya rasa, saya perlu ada sehelai kerana dalam sebulan saya ada 2 atau 3 race. 

MAK:   Amboi patotlah sakan jew traininng sekarang nie. Saudara register berapa KM nie?
AKU:  Memandangkan saya masih baru dalam running, saya hanya register untuk 10KM & 12KM sahaja. InsyaAllah bila stamina dan performance dah cantik nak jugak merasa half marathon pulak,  21KM.


MAK:  Terima kasih kerana meluangkan masa untuk temubual ini saya harapkan agar saudara terus maju jaya. Amin.
AKU;  Sama-sama Puan. Tapi kan, jika Puan boleh jadi sponser saya, itu sudah cukup bagus (sambil tutop molot)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...