Pada 23 April yang lalu, aku telah menyertai AMPANG JAYA NIGHT RUN 2016, di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sesekali terasa seperti tuan rumah pulak bila berlari di tempat sendiri.
Event ini adalah julung kalinya di anjurkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan satu kerugian pula jika aku tidak menyertainya, kerana ini adalah kawasan jajahan aku jugak. Sebagai warga Ampang aku pon supportlah jugak event ini. Sekurang-sekuragnya event ini menjadi kayu pengukur sejauh mana MPAJ mampu membuat event yang lebih besar suatu hari nanti.
Semasa view track larian untuk 10KM,secara overall, laluannya tidaklah adventure sangat kerana melalui kawasan perumahan dan kawasan yang tidak berbukit. Selaku kawasan tuan rumah, mestilah suka kan jika dapat berlari di kawasan sendiri.
Cuaca pada petang itu sedikit berjerebu dan amat bahang sekali. Ini mengingatkan pertama kali aku berlari waktu malam di Penang. Tidak semestinya berlari waktu malam itu suhunya sejuk, sekarangkan musim El-Nino, semua kepanasan.
Pada jam 4 petang, langit menunjukkan seperti akan hujan serta disulami dengan bunyi petir. Satu petanda baik kerana hujan turun awal sebelum event. Syukur sangat kepada Ilahi. Tetapi satu kesulitan juga hujan turun semasa berlari kan. Macam-macam aku duk pikir semasa termenung dirumah sesambil restkan badan.
Sesambil rest tu aku tertelap dibuai oleh hujan yang turun dengan lebat beserta dengan angin yang kuat. Apa yang aku harapkan moga-moga malam nie sejuk sikit nak lari.
Jam 5.30 petang aku terjaga dari mimpi, lol ingatkan dah lari. rupanya lari dalam mimpi. Pastu tiba-tiba aku teringat kat kasut yang aku nak lari malam nie. Tak pasal-pasal aku frust nonggeng apabila aku baru teringat kasut aku tu aku letakkan kat balkoni kerana pada awal pagi aku jogging sekejap, pastu kiranya jemurlah at balkoni tu. Tak sangkalah pulak hujun turun dengan lebat dan terbasah lah jugak kasut aku tuuuuuuuuu....... tak pasal-pasal aku jadi tak keruan. Kelu seribu penyesalan sambil pegang-pegang kasut.... Lol basah rupanyer........
On moment, aku hanya ada satu pasang sahaja kasut lari iaitu Asics Gel Kayano 22. Satu lagi tu kasut New Balance yang aku guna pada pertama kali aku buat track larian dalam taman . Tapi aku tidak pernah guna untuk dalam race, kerana kasut itu bukan untuk race. Tapi aku cekalkan hati serta cuba untuk pujuk hati aku yang tengah frust nonggeng itu supaya menerima kenyataan untuk menggunakan kasut NB malam nanti.
Raser down kejap bila memikirkan mampukan kasut NB itu memberi keselesaan seperti kasut Asics ituuuuuuuu.....memang tak ler jawapan dia kan...... so lepas nie kena rembat satu lagi ar kasut race untuk mengelakkan kecuaian seperti ini. Tak pasal-pasal tak semangat nak run malam, jiwa kacau betollllll...
Memandangkan lokasinya berhampiran dengan rumah aku, selepas Marghrib baru aku bertolak. Untuk makluman jam 8 malam ada sebahagian jalan akan ditutop untuk acara larian ini. Memang jem tahap gaban ler malam nie kepada penduduk sekitar. Mau berbakul-bakul organizer kena maki nie.
Jam 8.45 malam, larian 10KM dilepaskan oleh Menteri Besar Selangor bersama-sama dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri. Semasa di KM3 aku duk lari, dah ada peserta yang telah melepasi KM6 kerana laluannya bersebelahan sahaja. Mak oiiiii bapak lajuuuuuuuuu dia lari . Terlalu memberi inspirasi betol kepada aku yang newbie ini.
Yang bestnyer, sepanjang track ini, penduduk setempat turut berdiri di tepi-tepi jalan memberi sokongan. Actually memang best, kerana memberi aura positif kepada kita untuk terus berlari dan berlari. Tapi jika dah penat berlari, berjalan lah pulak. Itulah kelemahan aku setakat ini. Agaknya apew obatnyer?
Bila dah menghampiri KM8, tidak sedar bahawa 2KM lagi baki larian aku. Mungkin kerana faktor laluan tidak adventure dan berlari di tempat sendiri kan. Apa-apa pun tahniah untuk aku. Tergamam pun ada. Rekod tidak rasmi aku 1 jam 10 mnit. Yer ker nie....ahhh malas ar aku nak layannnn. Nak tunggu yang official nanti.
After dah dapat medal pergi booth 100plus untuk basahkan tekak yang amat dahaga. Sesambil tu aku tercari-cari dimana nak dapatkan refreshment. Aku pon tak tahu apewlah refreshment yang akan diberikan. So aku pon duk berjalan-jalan di kawasan sekitar dari khemah ke khemah. Lol ini ler refreshment. Memang luar biasa. Makan jew lah jangan banyak songeh.
Acara di padang kurang meriah sedikit suram, ingtkan ada game bagai. Padang pon lecak coz petang tadi kan hujan. Suara emcee pon antara dengar dengar tidak sahaja keran audionya kurang memuaskan. Lepas dah makan gi selfie-bagai dan gerak nak balik coz tiba-tiba gerimis turun.
Pada malam ahad, organizer dah announce e-certificate & official result at fb . Terima kasih organizer. Terkebil-kebil aku nengok result aku. Macam nengok result SPM pulakkkkkkkk...... Alhamdulillah ada peningkatan larian aku. Amin..... Tapi ramai jugak peserta lelaki tu aku kecundang banyak sikit. Secara peribadi aku berpuas hati dengan rekod masa aku.
Komen aku untuk kasut NB ini ringan sahaja tapi tidak memberi keselesaan sepenuhnya . Nak kata merana pakai kasut nie tak pulak. Atleast aku dah lenjan NB ini untuk 10KM.
Aku tahu dan sedia maklum, ini adalah event pertama kali yang dianjurkan. Diharapkan MPAJ dapat membuat post mortem. Di sini aku ingin mengemukakan komen/penambahbaikan untuk di masa akan datang:
1. Organizer perlu meletakkan sekurang-kurangnya 5 orang petugas di water station untuk mengelakkan runner tertunggu-tunggu air yang akan di tuang ( contoh yang boleh di guna pakai 2 orang tuang air, 3 orang serve kepada runner tanpa membuatkan runner stop kejap nak amik air). Organizer sewajarnya meletakkan kotak-kotak kosong sebagai tong sampai selepas runner minum. Ini lebih mendisiplin runner dan kawasan sekitar tidak bersepah. Ya, mungkin MPAJ ada menyediakan tukang sapu nanti untuk kutip cawan-cawan tersebut.
2. Organizer perlu peka kepada lampu jalan yang tidak berfungsi jika laluan tersebut dipilih untuk di gunakan sebagai track larian untuk event ini. Contohnyai laluan Jalan Tasik Tambahan 2, lampu jalan tidak berfungsi dengan baik. Organizer juga perlu road tour di waktu malam untuk memastikan keselamatan runner sebelum event.
3. Hati ni rasa seperti hendak menjerit sahaja kepada pegawai yang menjaga aliran traffick ( bukan polis traffick tapi badan beruniform MPAJ) . Keselamatan runner adalah yang paling utama. Pegawai yang menjaga traffick perlu tegas dengan pengguna jalan raya supaya tidak sewenang-wenangnya melintas. Keadaan ini sedikit sulit di laluan KM7 dan KM8 . Adegan nyaris-nyaris kena langgar pon ada. Kecut perut betol. Saya mencadangkan agar di kaji betol-betol laluan track, jika di masa hadapan MPAJ berhasrat untuk mengadakan lagi event ini. Mungkin boleh diusulkan buat di Highway Sungai Besi lagi ok. Tidak mengganggu aliran trafik penduduk setempat dan senang oragnizer nak pantau. Itu hanya pendapat sahaja.
4. Acara di pentas pada malam tersebut seperti terkejar-kejar, maybe tetamu VVIP mengejar masa kot. Audionya kurang memuaskan, suara emcee antara jelas dan tidak sahaja. Maybe tak buat audio test kotttttt.
Tak lupa juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada organizer, kerana berjaya mengeluarkan result serta e-certificate dalam masa 24 jam selepas event. Memang satu pencapaian terbaik. Well done organizer MPAJ.
Tapi tang amik gambo tu tak berkenan sangat. Organizer kena berguru dengan AxtionFix Malaysia, bagaiman mereka ambil gambar runner. Tak apa benda benda boleh digilap lagi.
Tak lupa juga kepada pasukan paramedik dari Hospital Ampang yang turut serta memberi kerjasama untuk event ini.
Lastly thank you Allah, & thank you very much organizer. Hopefully jumpa lagi di next event,InsyaAllah
Tak lupa juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada organizer, kerana berjaya mengeluarkan result serta e-certificate dalam masa 24 jam selepas event. Memang satu pencapaian terbaik. Well done organizer MPAJ.
Tapi tang amik gambo tu tak berkenan sangat. Organizer kena berguru dengan AxtionFix Malaysia, bagaiman mereka ambil gambar runner. Tak apa benda benda boleh digilap lagi.
Tak lupa juga kepada pasukan paramedik dari Hospital Ampang yang turut serta memberi kerjasama untuk event ini.
Lastly thank you Allah, & thank you very much organizer. Hopefully jumpa lagi di next event,InsyaAllah