Halaman

Rabu, 17 Jun 2015

Buah Kurma Safiya YuTa

Ramadhan atau Bulan Puasa pasti sinonim dengan buah kurma sebagai hidangan wajib waktu berbuka dan bersahur. Pasti setiap kali ketibaan Ramadhan akan dengarlah iklan di corong-corong radio Yusuf Taiyoob. Aku pon tak terkecuali untuk membeli buah kurma keluaran Yusuf Taiyoob (Yu Ta) untuk stok sepanjang Ramadhan. Bagi aku, brand keluaran Yu Ta ini kena dengan selera tekak aku. 

Kurma Safia bertangkai

Jika dilihat pada jenama memang banyak sangat namanya namun kurma yang menjadi pilihan aku ialah KURMA SAFIA BERTANGKAI kerana isinya yang pejal dan tidak melekit pada jari semasa kita makan. Lagipon aku 'kureng sikit' jika isinya lembut dan manis sangat. Mungkin lain orang lain seleranya kan. 

ummmmm sedap sekali.......

Jika nak dikupas lebih lanjut tentang kelebihan Buah Kurma ini memang banyak kelebihannya. Tetapi telah menjadi trend bila puasa baru ingat kurma, walhal khasiat kurma amat bagus sekali untuk kesihatan. Sebab itu kita disunatkan untuk berbuka puasa dengan buah kurma setelah seharian berpuasa.

Insya Allah Khamis nie 18 Jun  2015 kita semua akan mula berpuasa. Akhir kata Selamat Berpuasa  & Salam Ramadhan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...