Sebulan yang lalu memang tak training sangat pon. Yer lah bulan poser kan. Tapi boleh jew jika nak training after terawikh. Aku jew yang kealmalasan. After raya baru terhegeh-hegeh nak training. Itu pon kena paksakan diri jugak. Teruk betol tahap motivasi aku nie. Macam manalah aku nak kekalkan stamina aku nie. adoiiiiiiiiii.
Pada 17 Julai yang lalu, aku telah menyertai TEAM MALAYSIA FAN RUN 2016 sebagai tanda sokongan untuk Team Malaysia. Wah terfeling atlit pulak. ha ha ha ha. Lokasi event ini di Dataran Putrajaya. Aku sampai pon sekitar 6.35 AM. Mau kalut, yerla kena jugak berlari-lari anak dulu. Takkan x buat warm up dulu kan. Memang ramai jugak lah yang joint event ini. Act aku suka if event running di buat di sini, kerana tempatnya luas serta selesa. Parking pon senang. Seperti biasa 10KM menjadi pilihan aku, Tak mampu lagi wei nak masuk masuk half marathon, yang 10KM pon masih tercungap-cungap lagi. InsyaAllah biler aku dah ada potensi ,maybe aku akan register jugak untuk HM ini. Amin.
Ini adalah event yang pertama aku berdiri kebelakang sikit dari starting line. Adoi nak nyelit-nyelit pon bukan senang. Tapi siyes amat mendukacitakan sikit. Bukan senang nak keluar dari crowd yang besar yang rata-rata semua berjalan after flag off. ber hu hu hu kejap aku. Dalam masa yang sama aku cuba untuk keluar dari crowd yang besar. Memang kesilapan percaturan masa sedikit awal pagi tadi. Moga-moga seterusnya bertambah baik.
Alhamdulillah, untuk 5KM yang pertama aku berjaya maintain berlari tanpa henti. Syukur sangat, sedikit sebanyak aku berjaya sesuaikan diri untuk hobi aku ini. Ini adalah run aku yang ke-7. Target yang aku letak untuk run ini adalah below 1 hour. Insya Allah boleh kot achived.
Dek kerana kurang training, adakalnya aku terpkasa mengalah untuk berjalan jugak. Dalam masa yang sama, frust kejap mikir, memang tak achived target aku nie. Semasa larian masih lagi berbaki 2KM, aku sedaya upaya untuk berlari sehabis mungkin sama ada slow atau sebaliknya. Alhamdulillah aku berjaya mengekalkan rentak larian aku sehingga ke garisan penamat.
Dalam beberapa meter ( sikit lagi nak sampai ) memang dah set kat kepala otak nak pecut habis-habisan. Harap-harap boleh buat rekod baru. Entah kenapa dalam masa yang sama aku terfeeling rasa sayu. Sayu yang sukar di ungkapkan, seperti nak menagis pon ada jugak dan memang aku meangis pon sebenarnya. Ya Allah, dah kenapa dengan aku nie. Dek kerana aku sedikit beromosi, terpaksa control sikit muka semasa dapat medal dan air minuman dari adik comel. Tetiba aku jadi bingung kejap kenapa dengan diri aku ini. Aku dapat 1st place kew tadi? Adakah aku telah mendapat aura seorang juara tadi? may be aq byk sgt duk layan drama kol 7 at tv3 kot? or syahdu kerana berlari di bulan Syawal?.....ha ha ha.
time nie tiba-tiba beremosi |
Dah
abis settle breakfast, cam biasa amik gambo bagai. Dalam duk
berjalan-jalan ada orang panggil nama aku. Ya Rabbi..... opis mate aku,
tapi lain department. Terkantoi kejap diriku ini, dress up persis atlit.
Adakah dia stalker aku? (sempat lg aku duk mikir) ha ha ha ha. Dia
masuk 5KM jew just for fun katanya. Tak pasal-pasal aku dibahannya
setelah melihat bib aku untuk 10KM. Next time, aku jumpa dia kat opis
aku nak cucuk pulak dia untuk masuk 10KM, baru dia taw feeling dia lagu
mana.....
Jam 9pagi aku dah undur diri dari tapak event. Syukur juga kehadrat Ilahi kerana memberikan aku kesihatan yang baik untuk aku joint event ini. Walaupon aku banyak ngelat semasa trainig, alhamdulillah ada juga sedikit usaha aku kearah memperbaiki larian aku. (kenalah jugak aku angkat bakul sendiri kan untuk motivasi diri aku). Alhamdulillah juga otot-otot juga kurang meragam, adakah otot-otot aku sudah semakin pejal? ha ha ha. Secara overall, enjoy and fun sangat dengan event ini. Syukur juga cuaca cerah dan tidak hujan. Terima kasih juga kepada organizer.
Inilah dia my official result. Kena tambah kuasa lagi nak nak capai target below 1 hour nie. Anyway syukur alhamdulillah & thank you Allah. Amin.
Inilah dia my official result. Kena tambah kuasa lagi nak nak capai target below 1 hour nie. Anyway syukur alhamdulillah & thank you Allah. Amin.