Halaman

Rabu, 30 September 2015

Persiapan ke Europe

Jika di belek-belek calendar, aku sudah semakin hampir untuk pergi bercuti ke Europe, tetapi entah kenapa aku tidak begitu excited. Persiapan membeli pakaian dan keperluan yang lain di buat seminggu sebelum berlepas. Nak kata aku tak teruja pon tak sangat, biasa-biasa sahaja. Tetapi bertambah sakit kepala ini apabila ringgit merudum. Tapi apakan daya, holiday ini sudah di rancang so follow jew la. 

Maybe antara faktor-faktor lain yang menghantui aku juga adalah penemuan serpihan MH370. Siyes aku katakan aku memang down dengan isu-isu macam nie. Aku juga berdoa agar perjalan aku ini dipermudahkan dan aku juga diberi kesihatan yang baik.....amin.

Berbalik kepada persiapan aku tadi, dalam list yang patut aku beli aku plan nak beli sport shoes, stoking, jacket, glove, muffler dan thermal wear. Budget aku untuk kesemua ini mesti bawah RM400. Haaaaaa mau sakit kepala nak cari kan dengan budget seperti ini. Memandangkan aku pergi ni musim panas tetapi peralihan kepada musim luruh, kesesuaian pakaian perlu di titikberatkan. Aku pon tak tahu suhu dia macam mana sangat. tahan kew aku nanti.....

ini sahaja yang aku shopping

Selain daripada pakaian, ubat-ubatan juga perlu diambil kira. Aku mula perasan bahawa aku ini seorang mabuk laut ketika aku bercuti ke Phuket suatu ketika dahulu. Tetapi aku tidak pasti aku mabuk disebabkan oleh kerana aku kurang rehat atau sebagainya. Bermula dari situ, aku tidak lupa membawa ubat mabuk perjalan ketika menaiki flight atau ketika menaiki bot.

berat smuanya 12 kg. jika di ikotkan mau angkut satu almari
Aku plan nak bawa sedikit yang mungkin pakaian. Malas aku nak heret luggage yang berat nanti. Selain itu juga, beg galas juga memang perlu dibawa sekali. Dalam masa yang sama aku duk mikir keadaan di airport Berlin, katernyer kastam kat saner st8 giler.Mungkin lain tempat lain gayanya. Continue.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...