Halaman

Ahad, 16 Ogos 2015

Deko-deko Open House

Mau stress kepala otak duk  mikir nak cari idea. Nie 1st time dapat tugasan kena buat deko luar office.

Kata sepakat telah dicapai, tibalah masanya untuk merealisasikan idea ini. Mula-mula nak buat siyes aku cakap memang aku malu teramat sangat kerana tak pernah di buat orang deko-deko bagai macam nak sanding nie at office. 

Untuk membuatkan aku tidak berasa malu sangat jika ada staff yang lalu lalang, jam 8 malam baru terhegeh-hegeh nak buat 1step. Kami buat deko ini di ruang legar office, jadi kami berperang dengan masa. Actually jika di beri kebenaran boleh naik deko ini awal-awal, memang aku malu sangat kerana idea deko aku ini macam nak kawen weiii.

Half way buat baru nampak sikit hasilnya, baru semangat nak teruskan walaupun dah lewat malam. Untuk pemilihan warna dan dekorasi, team kami yang putuskan. Kiranya idea team kami lah nie. 

hasilnya side sblh kiri
Untuk menampakkan lagi hasil dan kretiviti kami, aku pun pulun mintak team aku mintak kayu pallet dengan jiran kami. Mujur jiran baik hati. Orang seni kena kreatif beb..idea kena meletop..nanti tak pasal-pasal jadi bahan jew. Dengar jewlah komen juri esok. Kalu di ikotkan aku, lampu kelip-kelip dalam opis pon nak jew aku angkut. Kerana tak ada power point aku cancel jew.

taraaaaaaaaa inilah ideanya

Untuk dekorasi ini, team kami memilih warna pink dan purple, untuk dekorasi yang lain penggunaan piring kertas, belon, riben, kad raya dan sampul raya untuk menampakkan lagi  feeling hari raya.

side sblh kanan

Mula-mulanya team kami nak buat belon helium, tetapi apabila masing-masing dah buat D.I.Y memang tak menjadi. Haremmmmmm buang karen jewww. Tapi aku tetap gigeh nak jugak belon helium, aku pon survey-survey di kedai party. Memaang mahal wei.... Kerana super budget, kami pon guna salatip jew untuk membuatkan belon itu ala-ala fly. Ok lah kan dari tak ada langsung.

backdrop untuk meja VIP

Idea kayu pallet ini memang dari aku kerana memang trending sekarang ini penggunaan kayu pallet sebagsi dekorasi pelamin serta sebagai perabot buatan sendiri. Memang macam-macam boleh di buat dengan kayu pallet ini. Asalkan kreatif semua boleh jadi. Kayu buruk jadi duit beb....

meja nie tak siap skirting kerana kayu keras sgt. Esoknya cari plan B

Sepanjang menyiapkan tugusan ini kami sedaya upaya membuat yang terbaik untuk unit kami. Lewat pagi baru siap sepenuhnya walaupun ada yang tak complete. Meja lauk dan meja VIP skirting tak boleh pasang kerana kayu keras sangat. Dah beli paku payung pon tak makan. Kena fikir plan B lah pulak nie.

muka tak cukup rest

Di kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team aku atas kerjasama yang di berikan. Tak lupa juga kepada jiran kami, kerana kami asyik pinjam pc jew nak print, kerana CPU opis kami rosak. Terima kasih kepada semu Unit yang hadir serta yang memberi kerjasama.

Sebelum itu aku nak minta maaf semasa aku bagi arahan jika ada yang trasa hati. Act aku tak suka sgt nak mengarah-mengarah nie. Aku jugak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team lain yang melancarkan dekorasi team kami terutamanya team logistic. Last sekali ribuan terima kasih kepada semua team atas segala kerjasama yang di berikan.

wajah-wajah di sebalik butang '0' unit kami. Inipon tak cukup korum lagi
bersama Dato' Pengarah. TQ Dato' sudi datang ke majlis kami. 

 Akhir kata SELAMAT HARI RAYA dari kami semua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...