Pejam celik-pejam celik tup-tup dah setahun aku menggunakan PENAPIS AIR COWAY. Mula-mula dulu nak beli memang berkira bagai sangat. Yerlah harga riban-riban katakan. Mana mampu, kenalah buat selidik bagai. Setelah puas hati dan survey bagai, akhirnya aku memilih Jenama Coway Model MAC.
Penapis Air Coway Model Mac |
Kebetulan masa tu aku pergi jalan-jalan di IKANO POWER CENTRE ader booth Coway. Lantas aku pon tanya bagai. Tak banyak cakap aku pon terus letak deposit RM 300 dan next day nya tunggu techanican Coway datang untuk install kat rumah pula. Model yang aku pilih iaitu Model MAC. Bagi aku sesuailah model ini dengan kapasiti isi rumah aku tu. Takdelah moden sangat design nie.
Untuk makluman, sebelum nak install, dapatkan info serba sedikit tentang produk atau model yang kita idamkan. Kena tahu jumlah kapasiti anggota dalam isi rumah. Kerana jika ramai anggota dalam isi rumah itu, sesetengah model itu tidak sesuai. Jika kediaman yang mempunyai tekanan air yang rendah,sebagai alternatif motor pump akan di sertakan dalam penapis air ini dan ada extra charga. Pastikan semasa survey tanya puas-puas sebelum nak install supaya tidak ada miss comm. Untuk kes aku ini, act aku tahu akan ada extra charga untuk motor pump ini jika tekanan air rendah, dan semasa aku dah bayar deposit tidak ada pula penerangan tentang ini.
Nak di jadikan cerita, semasa hari install penapis air ini di rumah aku, technican Coway telah memberitahu aku bahawa aku perlu tambah motor pump dalam penapis air ini, kerana tekanan air di rumah aku ini terlalu rendah. So ada sedikit miss comm di situ , ha ha ha. Lantas aku pon terus call sales girl Coway di IKANO tuuu . Tak pasal-pasal aku DAPAT FREE motor pump ini di sebabkan oleh kecuaian dia tidak memberi penerangan tentang water pump ini. Nasihat aku jadilan pengguna yang bijak ha ha ha. Tak pasal-pasal jimat duit aku. Setelah pemasangan selesai dilakukan, aku dapati water plumbingnya amat kemas sekali dan tidak mencacatkan pemandangan di sinki dan tidak mengganggu paip sinki pun. Ini berbeza sekali dengan produk jenama yang lain opsssssss.
Alhamdulillah sepanjang aku menggunakannya, memang bayak sangat memudahkan kerja seharian aku. Yerlah tak perlu lagi nak masak air bagai dan aku tak perlu nak wat stok simpan air dalam peti ais lagi kerana penapis air ini datangkan dengan 3 suhu iaitu panas, suhu bilik dan air sejuk seperti air yang letak dalam peti ais tuuu. Ummmm memang best kan.
Sebagai langkah keselamatan pengguna, untuk draw air panas aku perlu tekan buttonPUSH untuk make sure air panas keluar. Ini amat bagus sekali kerana jika kat rumah ada anak-anak kecik yang suka sangat nak ambil sendiri air tapi tak tahu yang mana satu air sejuk tup tup tertekan air panas tak ke tragis namanya. Bagi aku produk ini mesra pengguna dan ada ciri-ciri keselamatan.
Kepada yang ada anak kecik memang sesuai sangat guna penapis air ini untuk bancuh susu bagai. Kualiti airnya pon sedap dan fresh. Oleh kerana aku sukankan airnya yang fresh itu aku selalu membawa bekal air ke office dan sekarang dah tak ada lagi aktiviti simpan-simpan air dalam peti ais, wat menyemak jewww so aku ucapkan selamat tinggal. Sekarang nak minum air pon semudah A B C ambil cawan & draw sahaja. Tapi jangan lupa baca BISMILLAH.
Warna pink untuk air panas dan yang biru untuk air suhu bilik dan air sejuk |
Koleksi botol air Tupperware 750ml |
Untuk makluman, water tank ini boleh menampung kapasiti 12 liter air termasuk air yang 3 suhu tersebut dan beratnya lebih kurang 22.3kg. Dalam sebulan di anggarkan hanya RM 5 sahaja untuk tenaga elektrik yang digunakan. Aku beli water filter ini secara tunai dah warranty adalah setahun dah aku perlu renew warranty membership setiap tahun. Ini berbeza dengan sewa beli. Amboi aku cakap seperti Duta Coway pulak hu hu hu. Bagi aku produk ini mampu milik untuk setiap keluarga demi kesejahteraan kesihatan yang berterusan, tetiba tercopy paste ayat KKM pulakkkkk.
Jika beli secara cash atau sewa beli, untuk tahun pertama servicenya adalah setiap 2 bulan sekali. Tentang service jangan risau kerana Coway Lady yang akan datang ke rumah untuk membuat kerja-kerja service water filter ini. Tak perlu pening kepala nak basuh filter bagai. Dan memang maintain kualiti servicenya. Coway Lady akan call kita untuk set appointment untuk membuat kerja cleansing ini.
Selepas Coway Lady dah service, aku kena tunggu dalam masa 30minit
untuk pastikan air penuh dalam storage tank dan baru boleh guna
sepenuhnya. Ataupon refer kepada level air pada skrin water level
indicator. Apabila suhu air panas dan air sejuk sudah stabil baru boleh
digunakan.
Setelah setahun aku menggunakannya, baru dua kali filter ini ditukar. Untuk maintan kuality dan servicenya aku perlu melunaskan yuran tahunan untuk tahun seterusnya. Untuk tahun kedua ini kadar servicenya adalah setiap 3 bulan sekali. Dalam setahun 4 kali sahaja Coway Lady akan datang kerumah aku. Ini aku cerita beli cash kerana jika beli secara sewa beli ,bayar bulan-bulan tu, servicenya aku tak tahu sangat.
Level storage tank dan penuh dan dah ready tuk digunakan |
Untuk korang yang berkira-kira nak install jugak water filter Jenama Coway Model MAC ini, aku sertakan senarai harga. (aku beli tahun 2014)
Harga : RM 2880.00 (after 10% discount)
Motor Pump : RM 140.00 (aku dapat FREE)
Total : RM 3020.00
Total : RM 3020.00
Total harga yang aku bayar untuk sebuah water filter ini adalah sebanyak RM 2880.00 sahaja. Selepas setahun, aku perlu membayar service membership sebanyak RM 477.00. Actually harga asal RM 530.00. Kebetulan masa tu ader promosi so dapatlah dengan harga promosi tersebut.
So far alhamdulillah kerana sedikit sebanyak memudahkan kerja seharian aku. Sebelum ini siyes aku cakap tau aku beli air mineral at kedai untuk minum.
Semoga perkongsian aku ini bermanfaat untuk korang semua. Jika info aku ini ada kekurangan mohon perbetulkan.